Friday, March 21, 2014

Lepas ngidam di Mohd Chan Restaurant

Salam..

Ada satu hari di bulan Februari aku mengajak encik laki untuk ke mari.. Berima sgt ayat aku. Masa aku dalam pantang ker sblm bersalin lagi, aku memang teringin nak makan ketam telur masin. Dlm pantang dah rengek2 kat husband soh bawa gi makan kat chinese restaurant lepas pantang tapi dek tak berkesempatan, bulan lepas baru dpt. Tak kesahlah lambat sikit asal dapat gak lepas teringin aku ni.

Kami ke restoran Mohd Chan kat Bangi jer. Dekat sikit. Kebetulan mak akupun ada masa tu so bolehlah belanja mak sekali.

Menu utama haruslah ketam telur masin. dah kata teringinkan. eh sedap rupanya masak telur masin ni. Menjilat2 aku kulit ketam tu sbb nak perisa dia. Kami set 1 set consist 3 ekor ketam dgn harga RM38.

Sebab sedap aku letak lagi satu gambar..hahaha saja nak buat korang terliur sbb akupun terliur lagi...

Selain ketam ambik jugak ikan siakap masak stim ni. Yang ni biasa2 je sbb kamikan suka pedas tp ikan ni tak pedas so tak menepati selera kami. Patut amik ikan masak lain. Ikan ni Rm38 juga.

Ambil juga sayur campur ni. Yang ni aku suka sbb aku mmg peminat sayur campur. Yang ni RM7 rasanya. Lupalah.

Itu je lauk yang kami ambil. Makan bertiga je malas nak membazir. Yang ni pun tak habis tau. Bungkus je bawa balik. Kasyah pulak makan mee goreng. Die mana nak sangat makan nasi berlauk ni.

Overall okaylah mkn kat sini. Nanti nak try sotong telur masin dgn butter prawn pulak. Skrg ni kena kurangkan makan seafood ni sbb takut gatal mata. Mata akukan baru lagi...haha barulah sangat. Saja jaga mata sbb xnak gatal mata dan buat aku gosok mata aku. So mungkin bulan2 depan baru leh makan kot..

p/s;Skrg kat kampung.. Best!

5 Magic Words:

FiZ said...

bila dgr je restoran mohd chan.sayu je.sebab...msa kje kt upm dulu, ofis prnh plan nak bt buka puasa kat situ.sy dgn kakak admin pg survey lg, sekali da penuh tarikh yg kami nak.huhu.sedih2.bila tah dapat pg sni lagi.

nuyui a.k.a miss YUI said...

terliuq tgk..huhuh

Love Razila said...

Hemm sedap eh?? xpernah try pula ketam telur masin...kureng sikit ketam sebab kene kopek kulit dia. HEHHE tapi nampak sedap je, memang xder kuah eh ketam tuh???

izzah said...

Smua menu nmpak menarik n tertarik...sedapnyer..mmg nk kna gi try ni..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

waa semuanyer sedap2 nih telan ailio nengok ..ikan ketam tu menggoda sungguh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...