Thursday, May 22, 2014

Godzilla - Filem wajib tonton????

Salam..

Dah lama sangat tak review cerita mahupun movie. Yelah nak tengok moviepun 2 tahun sekali. Itupun mujur. Kebetulan mak aku ada haritu (skrg mak dah balik), jadi husband beria2 ajak tgk wayang. Citer paling baru haruslah Godzilla. Aku malas nak tengok tapi sbb die beria sgt so aku layankan aje.

Meh sini aku nak citer best ke idok citer ni. Jawapan aku adalah satu je kurang dalam filem ni iaitu takde Ultraman. Kalo ada Ultraman complete terus.. Hahaha. Giler hampeh hokeh. Godzilla tu dah sebijik rupa raksasa dalam citer Ultraman. Gemuk semacam dan langsung tidak menakutkan mahupun mengancam bumi.

Mula2 citer dah okeh dah. Ada konflik di situ bila pakar loji nuklear tu bini die mati sbb radiation. Pastu ada bacaan data pelik bagai. Pastu 15 thn kemudian dah start kehampehannya. Lagi hampeh bila bacaan data2 tu bukan godzilla tapi Muto. Muto ni ntah menatang hapa keje die makan radiation. Vongok giler. Rupanya data2 tu si Muto ni ada jantan betina nak panggil satu sama lain sbb nak mengawan. Yang Godzilla pulak muncul sbb nak bunuh Muto ni. Segala pakar pengkaji Godzilla dlm citer ni langsung takde fungsi. Yang askar2 pun xde fungsi. Hero dlm citer ni si Godzilla tu sbb die berlawan dgn Muto2 ni. Pastu lepas godzilla menang die masuk balik dlm laut.. Aku yg tgk ni terpinga2 sbb hujung2 citer die kata Godzilla penyelamat bumi.. Hoiiii vangang tahap dewa. Serius ntah hape2. Patutnya Ultraman dtg masuk campur..hahaha.

Godzilla gemuk dah macam raksasa Ultraman. Godzilla bukan ke pengancam bumi? Bukan ke kite patut melawan godzilla tu?

Menatang Muto ni yang bentuk die dah mcm serangga dlm citer starship troopers. So aku bagi kesimpulan godzilla adalah gabungan citer Ultraman dgn starship troopers.. hahaha. Aku serius tak faham mana dtg Muto ni. Tetibe je ada. Mcm tak logik pun ye..

Jadi secara keseluruhannya, membazir je RM27 tgk citer ni. Sangat mengecewakan. Filem bajet besar tp hasil sgt hampeh. Boooooooooooo

Sekian review saya...:p

p/s: Ini pandangan aku. Sape suka, sukalah. Aku memang boooooooooo citer ni.

3 Magic Words:

FiZ said...

akak! saya tergelak baca entry ni.nampak la betapa takde fungsi watak2 dalam tu.tetiba bila akak cite macam tu, ha..betul jgk.ada ultraman nampak best sikit.anyway..saya pun tak bape minat citer2 macam ni.hehe

husna zahidi said...

kalau filem macam nih susah skit husna nak tgk..sebab payah nak hayati..:p

aTieYusof Family said...

aduuh! bila lah nak tgk citer ni..huhu..mcm seronok je kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...