Thursday, June 5, 2014

Info - Melansingkan badan.

Salam...

Banyak je cerita nak letak kat blog sbb gambar sume kat tepon husband so kite citer pasal lainlah ye. Minggu ni rajin pulak nak share tips. Tips ni aku amik kat berita harian.. Mana tau boleh diamalkan... Setakat makan badam tu apaadahal..

1. Lulur kulit dua kali seminggu
Melulur kulit penting untuk menanggalkan sel kulit mati daripada badan. Partikel mikro dalam dahan lulur badan merangsang peredaran mikro supaya badan dapat melupuskan toksin dengan mudah. Bahan lulur juga membersihkan sel kulit mati yang berkumpul pada permukaan kulit dan menjadikan epidermis lebih mudah menerima khasiat produk penjagaan badan yang disapukan selepas melulur.

2. Gunakan berus kering untuk buang selulit
Sebelum mandi, gunakan berus bulu asli unutk memberus kulit anda semasa ia masih kering. memberus kulit kering adalah satu kaedah terkenal untuk mengurangkan kemunculan selulit. Ia meningkatkan pembaharuan sel dan merangsang peredaran darah. Jangan berus terlalu kuat.

3. Amalkan senaman otot seperti pilates atau kickboxing.
Ia menggerakkan seluruh badan anda setiap kali bersenam. Pilates bertumpu kepada kekuatan teras untuk melatih seluruh badan serentak, sambil menguatkan otot dan menjadikan sendi lebih mudah lentur. Tambahan lagi, pilates tidak memenatkan dan boleh dilakukan sesiapa saja.

4. Makan badam
Kekacang membantu menghidrat dan menyerikan kulit. Badam kaya dengan nutrien untuk mencantikkan dan menyihatkan badan. Amalkan makan badam setiap hari untuk mendapatkan khasiatnya..

So korang, kalau rasa badan tu xberapa nak langsing, cubalah amalkan tips ni. nmpk mcm xde pape tp kalau dah jadi amalan, in sha Allah dapatlah hasilnya.

Daaaaaaaaa...

p/s: Hari ni hujan. Alangkah nikmatnya tido di rumah..

8 Magic Words:

Haura Marissa said...

nak badan langsing memang kena jaga apa yang masuk dalam mulut tu kan..hehehe

aTieYusof Family said...

TQ berkongsi tips.. InsyaAllah boleh diamalkan.. mudah jg kan..:)

Love Razila said...

Macam best je pakai berus kering tu, nak cubalah. HAHAHHA...melulur setahun 2x je buat, boleh??tu pasal gamaknya i x kurus kot Anne, baik..tukar jadual lulur make in 2x per month...wah...macam nak jadi pengantin pula rasanya..jangan lepas kerap lulur ni terus pregnant udahlah . HEHEHHE.

Thanks Anne, share the tips =p

nuyui a.k.a miss YUI said...

info berguna

nak cari badam. makan sbji sehari agak ada kesan dak? ekekeke..

nuyui a.k.a miss YUI said...

brt yui 57 kg kak skg ni..huhuh

husna zahidi said...

teringin nak lulur..boleh bersihkan diri jugak kan..:)

lieyalatif said...

ishhh lieya bab2 langsing ni syok bace ni ekekekeek...semua petua syok nieh...tapi tu laa rajin tak rajin nak buat jek nieh...

tapi tang makan badam tu senang tu...esok leh pi survey cari badam nih heheeheeh

Maria Firdz said...

nice info... saya ni dah terlebih langsing dah... hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...