Wednesday, June 18, 2014

Main sama-sama

Assalam..

Harini takmo buat entry tanpa kata... Tapi mau berkata2. Semalam husband ajak pergi berjalan. Katanya saje nak release tension lepas final exam yang tough tu. Tapi mana ada masa kecuali this weekend sbb next week ahad dah puasa. Tapi kata nak hantar anak2 balik kampung? Kalay pergi berjalan, macam mana nak hantar? Kan nak kemas umah sblm puasa? Pastu bilanya nak gi cari baju raya? Dah nak puasa dah ni. So sebenarnya apa plan kami? Akupun tak tahu. So skrg ni tgh fikir2 apa yang patut aku buat. Usha gak hotel2 destinasi yang boleh pergi tapi kebanyakannya dah fully booked. Yang tak fully booked umah mak aku jek..hahaha. Kasyah pulak hari2 bising kat kami kata nak balik kampung umah tokmak. Umah mak aku ler tu. Sejak dari minggu lepas die sibuk nak balik kampung. Rindu kat atok, kat tokmak, kat pakngah...erm yolah nak oiii... Confuse dah mak ko ni. Balik kampung? Shopping baju raya? Jalan? Kemas umah? Entah..

Kan kemain panjang membebel sebelum nak cerita yang sebenar ikut tajuk entry..ekekeke. Si adik sekarang ni memang suka sangat kacau abangnye main. Yang abang pulak kemain kedekut langsung tak kasi adik usik mainan dia. Tapi datang mood baik memasing, elok je main sama2. Selalunye main game ler.

Main game sambil tengok tv. So kejap mata kat game, kejap kat tv. Same je adik dgn abang.

Sambung main balik... Along main, adik tengok jer ye.

Suci lagi 2 hari genap 8 bulan. dah mula angkat2 buntut. Tak lama lagi bolehlah merangkak agaknya. Skrg ni menyusur pun dah kemain jauh perginye. kalau merangkak lagi pening mak nak kejar.

Peace. Asal amik gambar je nak peace. Stereotype sgt gaya ko nak. Nanti mak ajar gaya lain ye. hehe

Daaaaaaa...

p/s:Tak sedap lah wehhhh...

1 Magic Words:

Tihara said...

comelnya dua beradik ni
baik je kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...