Friday, June 13, 2014

Petrosains, KLCC

Salam nisfu syaaban. Salam Jumaat.

Pergi Petrosains ni dah lama dah weh. Aku pergi cuti hari pekerja bulan lepas. Kebetulan family husband datang, jadi mari jalan2 bawa anak2 berhibur. Tiket masuk ke petrosains adalah
Dewasa: RM15
Kanak2 (3-12): RM8
Warga emas (55 ke atas: RM8
Family pakej: Rm30 (2 dewasa 2 kanak2)

Nak jimat aku amik pakej family terus. Walaupun aku cuna 2 dewasa 1 kanak2 sbb Suci tak kira, tp kalau amik satu2 lagi mahal..hehe. Haritu hari cuti jadi setengah jam juga beratur nak masuk dalam. Ramai rombongan sekolah kat sana.

Dalam petrosains ni terbahagi kepada beberapa bahagian. Akupun tak ingatlah nama2 bahagian2 tu. Tapi yang mula2 macam kampung2 style. Ada wayang kulit gitu... Ni saje je bergambar kat sebelah Albert Einstaine.

Ni first section kampung style.. Adelah benda2 sains yang korang boleh main.. Aku ni layankan Kasyah je..

Jom nak replika kete ni.. Kite kena buat2 jakun supaya anak teruja..hahaha.. Alasan padahal mmg jakun pun.. Eh, xlah. Ni kali kedua aku dtg sini. Dulu pernah pergi sblm kawen.

Suci nenek jaga. Tapi kejap jer sbb lepas tu die tidur. Dah tidur masukkan dlm stroller. Stroller boleh bawa tp ko kena lipat masa naik gondola nak masuk tu. Xpe, pekerja kat situ akan tolong.

Masuk section kedua, prasejarah. Adalah T-rex ni yang akan menyambut korang. Kasyah mmg penakut jadi maknya kena dukung die. Sengal pinggan hokeh.

Jalan lagi akan sampai section interactive tmpt ko boleh bermain bermacam2 activity sains.. Kasyah jumpe lego, haruslah tidak mau melepaskan peluang. Kat umah lego cenonet je.. Kat sini bapak besor.

Yang ni pulak kat area pelantar minyak... Me, Kasyah, Sister in law and father in law..

Yang ni pulak area engine dan kelajuan kot.. Ni je sekeping gambar satu family tau.. Suci tu baik punyer nyonyot tudung aku sampai masam baunye..huhu.

Lepas section ni ada lagi section lain2.. Bunyi2 lah, apalah tapi aku masa ni dah penat dan Suci pun dah merengek nak susu. Aku jalan dulu cari port baik punye nak susukan Suci.. dah puas duduk dalam Petrosains lebih kurang 2 jam lebih jugaklah, kamipun keluar. Overall mmg bestlah bawa budak2 ke sini. Kasyah pun next weeknyer pergi lagi Petrosains ikut rombongan sekolah.. Layankan aje.

Sebelum balik, sempat lagi singgah kat Mark & Spencer beli cekelat...

Daaaaaaaa...

p/s: Gusi sakit...huwarghhh

6 Magic Words:

CikLily Putih said...

sesuai untuk bebudak sekolah kan bagi tambahkan knowledge.. ktorang yang tak de anak ni pun dah 2-3 masuk ke sini

FiZ said...

Seronok kasyah masuk situ.Dulu2 teringin jugak nak masuk tapi masuk pun.

aTieYusof Family said...

Wah seronok Kasyah gi Petrosains kan.. macam2 ada kat dalam tu kan.. nanti ada kesempatan nak juga pergi bawa Pa'e..:)

ct cheery said...

nampak mcm best..cheery skali pun xg lagi..huh sedaih!

Azuha idris said...

comel.....best gak tempat tu kan sebab belajar sains tapi secara life so memang menarik minat kids....

LYAfrina said...

murah je tiketnyer,.,
lya pnh smpai sini zaman sek dulu,. ada rezeki bawak asya lak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...