Tuesday, June 3, 2014

Tips mendapat anak perempuan..

(Maaf entry ini sedikit lucah..sesuai untuk mereka yang dah berkahwin sahaja..hehe)

Salam...

Dah lama dah aku plan nak share tips ni. Ramai pulak yang tanya secara offline macam mana aku boleh dapat baby girl. Since ramai yang tanya aku rasa elok kalau aku share tips yang aku amalkan untuk dapatkan Suci. Skrg ni Suci pun dah 7 bulan lebih. So ada masa ni meh aku share tips ataupun apa yang aku buat untuk dapatkan baby girl. Ini adalah berdasarkan pengalaman dan percubaan aku base dari sumber2 yang aku dapat dan aku implementkan. Sebelum dapat baby aku ada share cara nak dapat baby girl. Dari situ aku buat kaedah cuba jaya..hehe.Jadi, apa yang korang kena buat?

1. Mula2 korang kenalah planning bila masanya korang nak 'buat' baby. Maksud aku bulan ni ke, bulan depan ke, dua bulan lagi ke. Kena planning bila sbb ia sangat berkait rapat dengan masa 'bila' nak 'buat' baby. Macam aku, planning dah di buat dua bulan lagi. Jadi aku bersedia dari segi mental dan fizikal selama 2 bulan. Oh ya, bukan perempuan saja kena bersedia tau tapi suami pun kena berusaha sama.

2. Kalau dah plan maka korang dah kena mula menjaga pemakanan. As for me, aku dah mula stop makan seafood bila aku plan nak 'buat' baby. Kenapa aku stop seafood sbb seafood ni kandungan alkali dia tinggi maka aku kena elak makanan beralkali dan lebihkan makanan berasid. Kenapa? nanti aku citer kaitannya. Jadi korang yang perempuan ni makanlah makanan yang tinggi asid macan limau, nenas, cuka, air bikarbonat. Lagi satu minum susu dan makan tinggi lemak pon bagus. Aku memang banyak gak minum oren jus dgn air gas sblm nak 'bersama'. Untuk suami pulak, stop makan daging. Kononnya daging ni elok untuk baby boy so kalau nak baby girl stop ler beberapa hari sblm bersama. Lagi satu suami juga kena stop minum kopi sbb kopi akan menguatkan sperma Y iaitu sperma lelaki. Kalau nak anak perempuan janganlah kuatkan benih Y tu ye.

3. Sebenarnya, secara saintifiknye, ovum ataupun telur perempuan ni dah memang benih X. Sperma lelaki pulak terdapat benih X dan juga benih Y. Jadi spermalah yang akan menentukan jantina baby. Benih X tu benih girl dan benih Y tu benih boy. Kalau benih X campur benih X akan jadi XX so dptlah anak perempuan. Kalau benih Y campur benih X jadilah XY anak lelaki. So fokus korang kenalah matikan benih Y supaya benih X dapat bercantum dengan benih X. Benih Y ni lebih cergas dari benih X, sbb tu secara sainsnya nak dpt anak lelaki agak senang. Sbb benih Y kuat so die boleh berenang dgn pantas untuk bercantum dgn ovum. Apa yang korang kena buat untuk melemahkan benih Y adalah mengasidkan vagina isteri. Sbbnya benih Y xboleh bertahan dalam asid yang tinggi. Manakala benih X pulak boleh tahan lebih lama dln keadaan berasid. Sbb tu korang kena makan makanan berasid dan kurangkan makanan beralkali.

4. Sebelum 'bersama', suami diharuskan mandi air panas. Ini bagus untuk mematikan benih Y sbb benih Y tak tahan panas. So seeloknya sblm 'bersama' mandilah air panas. Ini memang antara yang kami amalkan untuk dapat baby girl. Aku memang paksa suami mandi air panas dulu..hehe .Korang kena ingat, untuk dapat baby girl, point die adalah matikan sperma Y.

5. Hey, dah mandi air panaskan? Jangan terus terjah je. dah pastikan korang tu subur ke belum? Isteri kenalah tau hari subur sendiri. Sbbnya ikut apa yang aku baca, nak dapat baby girl kenalah 'bersama' sebelum hari isteri betul2 subur. Ini sbb benih Y tadi walaupun kuat tp tak tahan lama. Die boleh mati dalam 24jam sahaja sedangkan benih X hidup 72jam. So seeloknya 'bersama' sblm hari subur dan benih X standby dlm vagina. Bila ovum dah ready, maka benih X boleh terus berenang2 masuk..hehe. Yang ni pun antara tips yang aku buat. Alhamdulillah period aku teratur so senanglah sikit aku nak agak.

Nampak gambar ni? Hanya sperma yang kuat akan berjaya masuk ke telur.. Jadi kuatkan sperma X untuk dapatkan anak perempuan.


Mesti korang tertanya, abis yang dapat berderet anak perempuan tu apasal senang pulak kalau dah kata sperma Y tu lebih kuat. Well teori aku senang je. Mestilah sbb dalam vagina perempuan terlalu berasid sampaikan benih Y tadi tak mampu bertahan dan mati. Logikkan? hehe.. Kenapa org boleh dapat berderet anak lelaki ke anak perempuan ke, itu diluar bidang kuasa aku. Wallahualam... Tapi kalau korang tengok balik sejarah macam mana korang 'buat' baby tu mungkin akan terungkai kenapa asik boy je ni or asik girl je...

So basically, itulah yang aku buat sblm nak dapatkan baby girl. Lepas aku pregnant, memang kami tak sabar nak scan untuk cek jantina. Bila dah confirm dpt baby girl, mmg syukur sgt. Kiranya usaha aku berhasil. Alhamdulillah. Tapi semua itu berbalik kepada rezeki Allah. Kalau dah memang rezeki, In Sha Allah dapatlah korang baby girl. Aku taknak korang ingat buat benda2 ni semua mesti akan berjaya. Ini adalah salah satu cara berusaha. Selebihnya serahkan pada Allah.

Lagi satu korang kena ingat, tips ni hanya untuk mereka yang merancang nak ada baby. Kalau spesis main terjah alih2 mengandung tu tak dapek den nak menolong eh. Korang redha jelah baby apa korang dapat.. Aci tak? hehe.. Hopefully tips ni membantu korang yang nak dapatkan baby girl. Kita hanya mampu berusaha. Allah adalah sebaik2 perancang..

Nak tips dapat baby boy? Kalau rajin aku share...


Daaaaaaaaa...

p/s: Sesapa yang berjaya ikut tips ni, bagitaulah aku ye.. hehehe


11 Magic Words:

aTieYusof Family said...

Wahh. .bagus tips ni..mmg nk kena simpan buat rujukan... InsyaAllah dgn izin-NYA pasti membuahkan hasil kan...tq sharing ya...:)

Zee Suhaini said...

tips berguna sangat ni..boleh dicuba..mana tau ada rezeki nak dapat gegirl plak lepas ni..

Fara said...

hahahaha! lawok yg main terjah2 tuh ekeke.. bagus laa u share tips ni.. saya walaupun dh ada emapt and nak masuk anak ke-5, still tak pandai nak bagi tips... adakah kerana saya spesis terjah? oopss hahaha

Salam kenal yea! :-)

Fara

husna zahidi said...

detail..hahaha.. kita hanya boleh usaha/ikhtiar hanya Allah yg mampu laksanakan..:)

ct cheery said...

walaupun agk lucah disitu..hahah tapi tips yang bagus untuk pasangan yang nak baby girl..good sharing sis..cheery pun kena simpan ilmu ni..kihkih.tq

nana kimie said...

wah,bagus akak share.mana tau boleh bantu parents yg nak dapat bby girl kan kak=)

lieyalatif said...

good tips beb...

aku lak ikut kalender cina tu....sbb dok tgk mse mia ngan mija same so try kat dayyan...eh mengena plak....ala saje2 ikut.....yg pasti tetap doa mintak ngan Allah taala...

aTieYusof Family said...

Singgah Rabu..:)

Love Razila said...

wah...heibat siap ada tips segala..terbaiklah, saya suka. alhadulillah...saya main terjah je so Allah bagi girl. maybe nasib and rezeki saya kot sebab among of tips yang Anne bagi saya x buat pon dah nama pon terjah kan...kalau letak tu jadilah kalau x lekat tu kira selamatlah. HAHAHHA ape pon thanks sharing tips, nanti boleh share pada kawan2 yang nak baby girl =)

Maria Firdz said...

nice tips... hehe

Nurul Syahida said...

Tips y sangat bagos..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...