Thursday, July 10, 2014

Cuti2 Legoland - Part 2

Assalamualaikum...

Hari ni gigih nak gak habiskan citer legoland. Dilayan sangat malas ni kang, sampai raya taun depan pun tak berupdate. Kebetulan tgh takde keje ni, jom ler gigih. Pasal luahan aku semalam, thanks ye pada yg concern. Sebenarnya masalah bukan pada aku tp orang lain cuma aku ni kire terkena tempiasnyerlah. Orang lain punye tindakan, aku pulak yang terasa kesannya..huhuhu.. Okaylah malas nak citer lagi. Mari kita move on.

Lepas je keluar dari baby room, Kasyah merengek nak main keretapi lagi. Husband dah malas dah so akuler kena teman... Keretapi tu kat playground depan baby room tu je.

Sempat lagi posing tu..hehe. Kat sini memang banyak replika daripada lego. Larat dgn tak larat jer nak bergambo...

Hah ni ler keretapi budak2 yang Kasyah nak naik. Poyo jer kan tapi layankan jelah... Dah ada anak ni kalo naikpon xler malu sbb temankan anak. Cuba kalo ko sorang2 naik mendealah ni kompem orang senyum2 sumbing..hehehe

Sebelum keluar dari playground ni sempat lagi mama dibaham lion..eh! hehehe. 

Lepas main playground, kami ke 3D cinema. Ada tayangan citer kartun lego dalam versi 3D. Eh, kejap. 3D ke 4D ek? Ah lantaklah. Dah lupa. Dah panas2kan masuk dlm wayang pon best jugak sbb ade aircond. Dptlah melepas lelah dan keringkan peluh. Tapi aku tak amik gambar pulak. Cuma nak bagitau mmg best tau 3D die. Real sgt. Nampak objek2 tu depan mata je. Syok ah tgk 3D die. Siap ada effect air lagi. Kalo kartun tu kena air, kite pon kena air jugak. Kalau kartun tu kena ribut, kitepon kena jugak. Syok wooo...

Lepas tengok wayang, teruskan perjalanan. Kami ke miniatureland. Tempat banyak replika2 bangunan or tmpt2 terkenal di asia dan malaysia yang dibuat daripada lego. Tapikan masa ni mmg matahari tegak atas kepala ko. Panas giler,


Aku lupa belakang ni tempat apa...

Yang aku bergambar ni pun aku tak ingat. Malas dah google dah..hehe

Hah yang ni tanah lot Bali...

Yang ni takkan tak tau. Taj Mahal. 

Sbb tmpt cinta hagung Shah Jahan dgn Mumtaz so kena amik gambar berdua dgn laki...hahaha

Mula2 amik sendiri tp ada staff legoland yg merayau2 kat situ akan offer utk tolong amikkan gambar...Jgn risau, no charge.

Berlatabelakangkan Singapura...Lepas amik gambar ni aku surrender. Ajak mak aku duduk kat bawah pondok. My husband dgn Kasyah round2 tgk miniland lain..




Takleh letak gambar semua walaupun banyak lagi gambar miniature land ni. Sikit2 sudah.. Dah puas husband round, kami teruskan lagi perjalanan..

Nampak menan ni ajakler Kasyah naik. Aku malas sbb matahari atas kepala. baik aku tunggu bawah atap..hehe. Papa jelah layan anak. 

Lepas tu kami naik keretapi besar pulak. Keretapi ni panjang so boleh ramai orang sekali naik. Dia akan pusing2 sekitar legoland tp area depan2 jelah. Yang kat kingdom2 tu tak sampai.

Mak aku muka boring...hahahaha.

Lepas naik keretapi kami teruskan perjalanan. Ada area driving class yg tak sesuai utk Kasyah. Pastu ade jugak boating area pun tak sesuai utk kasyah. Lagipun kami dah tak larat dah sbb panas. Dah lah lapar sbb dah hampir pukul 4. Just masuk lego shop die tp aku tak beli papepon. Semuanya mahal. huhu

Ni dah keluar dah dari legoland. Kami nak ke kereta nak terus ke JB cari makan. 

So kesimpulannya, berbaloi ke tak bayar sampai seratus lebih masuk legoland ni? Pada aku tak berapa berbaloiler. Kalau tiket bawah seratus ok kot. Dahler dgn panasnyer yang mmg tak enjoy nak berjalan sgt. Minuman dgn makanan pon mahal. Tapi kalau untuk budak2 mungkin ler diorg suka. Pada aku, aku suka genting lagi. Sejuk je nak main pape pon. Husband aku kate, tak pergi lagi kot lepas ni kecuali ade yang nak sponsor..hahaha. Tunggu duit dah berlebih ataupun Suci pulak merengek ajak gi Legoland..hihihi... 

Dah habis dah citer legoland. Tapi akan ada cerita jalan2 JB pulak... Tungguuuuuu...

Daaaaa..

p/s: Ptg ni nak masak kari. Kalo rajin boleh buat roti jala..

4 Magic Words:

LYAfrina said...

cantik.. sbb klerful je kat sni.. mau bdk2 tak tetarik kan

nuyui a.k.a miss YUI said...

eceh tgk muk mak ja eksiteddd lbh tu..hahaha..

ok tak berbaloi ea. cancel kalau masuk dlm list. hahaha

sueada said...

kalau nak merasa kembali zaman kanak-kanak, berbaloilah.
kalau panas berdenting nie, agak tak berbaloi.

husna zahidi said...

tak dapat bayang brapa luas kawasan nih sbb modelnya je dah besar..jenuh berjalan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...