Monday, July 14, 2014

Jalan2 JB - Bubur Nasi Taman Sentosa

Assalamualaikum....Salam 16 Ramadhan..

Korang puasa tak?? Ke baru lepas lunch? hehe. Aku ni baru je balik shopping kuih raya kat Kompleks Kraf Jalan Conlay.. Kuih raya ni aku dah idamkan sejak tahun lepas so tahun ni gigih gaklah gi sana sbb nak cari kuih raya tu. Gigihlah sangat padahal Kompleks Kraf tu area belakang opis aku je..ekekeke.. 

Mohler sambung citer jalan2 JB. Dah nak habis puasa dah pun. Kang terus tak update. Lepas cek in hotel petang tu, kami bersantai-santaian dulu sampai maghrib. Lepas solat, siap2 pulak untuk makan malam. Kali ni aku nak ke bubur nasi Taman Sentosa. Femes wooo bubur nasi kat sini. Aku dah lama teringin. Last makan tahun 2004 dulu pastu xde dah. Yelah lepas tu aku belajar kat UM dan hingga kini menetap di KL, so payahler nak ke JB sana. Bila dah pergi JB ni, takmo lepaskan peluang nak gak makan bubur taman sentosa. Bubur ni die gerai tepi jalan je. Sepanjang jalan tu ade orang jual. Pilihlah bubur ori taman sentosa. Hanya available waktu malam sbb siang die jadi parking depan kedai..hehe. 

Bubur belum sampai kite layan otak2 dulu..

Inilah buburnye. Satu set RM5. Bubur nasi, kangkung, sambal ikan bilis, telur masin, ikan masin, lobak jeruk dgn serunding ikan kalau tak silap aku. Memang sedap ah. Aku suka. Pastu kitorang ada amik kerang bakar. Kalau order lala goreng pedas pon mantop tp aku tak order ah. 

Yang ni pulak otak2 ayam. Serius sedap. Aku siap bungkus bawa balik. 

nyum nyum....

Lepas makan bubur nasi, husband ajak pulak makan steamboat kat dataran bandaraya. Aduh perut dah sentak dgn bubur tapi rugi ah tak makan steamboat sbb bukan selalu datang JB. So kami pun gerak ah ke sana. Banyak yang dah berubah sejak aku tinggalkan JB. Dah rasa macam pergi tempat lain pulak. Rindu nak dok JB..eh..hehehe

Since masa sampai tu masih kekenyangan, aku ajak lepak2 kat dataran dulu. 



Nak buang masa, aku ajak Kasyah main buble ni. Mula2 die tak nak ala2 takut gitu. Tapi dah tgk aku main, baru nak terhegeh2 main sama...

Excited terus sampai tumpah2 air sabun. Rugi tau. 

Nak main jugak.... hahahahaha. Die pulak lagi beria dari cucu.. kihkihkih.

Lepas buang masa, jam pun dah hampir pukul 10 malam, kami pun pergilah makan steamboat. gambar yilek sbb makan pun sikit je. Amik 5 cucuk je. Suci dah ngantuk. Kasyah pon sama. So cepat2 makan, terus balik hotel. Habislah hari pertama di JB.

Esok nak balik dah.....sambung esok pulak eh.

Daaaaa....

p/s: Ngantuk weh.



4 Magic Words:

Pn Sheila said...

dh lama x mkn bubur nasi... oatak udang... sedappp... :)

aTieYusof Family said...

dah lama sangat rasanya tak makan otak udang..sini susah nak jumpa.. :)

husna zahidi said...

kat sana femes dgn otak2 kan..
husna pernah main bubbles tu kat tasik jitra..hehehe..

iqbal said...

As salam semua.

Peminat bubur nasi boleh cuba pula signature kami di 'The Midtowners' di midtown jalan semarak KL(berdepan bangunan jupem). Bermula pkl 8 mlm - 2pg, setiap hari kecuali Isnin.

Cari kami di instagram. #midtownsbuburnasi #themidtowners

Insyaallah, tidak akan mengecewakan.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...