Friday, July 11, 2014

Jalan2 JB - Kacang Pool Haji

Salam 13 Ramadhan...

Kejap jer dah nak masuk 2 minggu puasa. Dah siap ke persiapan raya korang? Aku ni hal baju raya dah settle dah sbb aku dah tempah dgn makcik aku bulan 3 lagi.. Tinggal nak cari benda2 kecik je mcm songkok kasyah, sampin, dan beberapa benda lain. Kuih raya pulak entah kenapa taun ni takde mood betul nak buat kuih raya. Selalunya tu dah siap dah listkan kuih yang nak dibuat. Tapi kali ni xde pun. Tengoklah minggu2 depan kot2 datang mood nak membaking pulak.

Ni nak citer pasal kacang pool ni. Korang pernah makan tak? Kalau orang JB mestilah taukan pasal kacang pool ni. Aku pulak memang tak pernah makan pun selama ni. Pernah dengar je pasal kacang pool ni. Cuma 2 bulan lepas kot ada husband aku belikan sbb die nmpk ada org jual kacang pool kat Bangi. Masa rasa tu okaylah sedap tp husband cakap kat JB lagi sedap. Yelah dah namanya pon femes di JB. Haruslah yang JB lagi sedap.

Makanya lepas keluar dari Legoland, kami terus ke bandar JB untuk cari makan. Dah pukul 4 tak lunch lagi mmg kebulur ah. Mula2 nak makan nasi tapi bila fikir2 malam ni kami nak terjah makan best kat JB, kalo makan nasi kang kenyang sangat pulak. Dahlah nak dekat pukul 5 ptg. So decide utk makan kacang pool. Kacang pool ni memang dalam list makan2 aku di JB. Kami makan di kedai Kacang Pool Haji, Larkin dekat medan selera sebelah bomba tu. Alah ko waze kan aje Kacang Pool Haji ni mesti jumpe..hehe

Inilah rupa kacang pool tu. Mak akupun tak pernah makan tau walaupun kami ni orang Johor tp JB tu jauh dari Segamat..hehe. Kacang pool ni makan dengan roti bakar tu. 

Sedap hokeh. Menjilat2 mangkuk tu bila dah habis. Lepas ni kalau pergi JB lagi aku nak makan kacang pool ni. Wajib diletakkan dalam list makan2..hehe

Lepas makan ni, kami terus cek in hotel. Yelah masing2 dah penat dari pagi lagi berjalan. So cek in hotel sangatlah heaven ye. Aku amik hotel bajet je. Amik family room kat Agoda. Rm138 je. Murah hokeh utk family room. Bolehlah untuk tido jek pun. Malam pulak, kami keluar lagi cari makan. Ke mana? Nanti kita sambung ye...

daaaaaaaaa...

p/s: Suci demam dah 4 hari.. Risau hati aku ni..

6 Magic Words:

Zee Suhaini said...

tak pernah makan pon anne..
nampak cam kuah kacang..

Hans said...

xpernah makan lagi tapi diorang kata sedap

Love Razila said...

Eh..x pernah makan pon Anne. Ni ape benda ni... hahaha jakun hokey...suzy 2y duduk JB x tau pon pasal kacang pool ni, biasa gak makan kat Larkin tu...ambil bus balik kl pon kat situ gak tapi dok teringat sampai sekarng is otak2 larkin. HAHAHHA nyaman =p

nuyui a.k.a miss YUI said...

pnh dgr tp tak pernh rasa..pergh..akk kata best mknanya bestlah tuuu

husna zahidi said...

pernah dgr sebelum nih tapi tak pernah makan lg..dgr akak ckp sedap, lepas ni kalau jenjalan jb boleh lah try..hehehe..

ct cheery said...

Arghhh..sedapnya laksa..dah terliur pulok dah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...