Friday, July 25, 2014

Sembang nak raya

Alhamdulillah dah ramadan ke27. In Sha Allah hari Isnin ni kite semua akan menyambut hari raya. Malam tadi aku dah kemas baju dah. Bawa beg yang paling besar sekali. Yang boleh masukkan aku dlm beg tu. Balik ni tinggal nak masuk sikit2 mcm makeup tu dlm beg. Rumah pun kami dah kemas last weekend (walaupun dah kecah balik). Tahun ni xde tukar langsir baru. Guna yang sama je. Cuma tukar bantal hiasan je sbb aritu beli murah kat Air Hitam.

Barang dapur pun dah clear. Stok bubur Suci pun clear. Last aku masak hari Isnin haritu. Sejak selasa memang makan kat luar atau tapau je. Malam semalam berbuka di Manhattan Fish Market Alamanda. Nak buka kat tmpt lain sume penuh masa husband dtg tghari tu. Memang sedap makan semalam. Gambar langsung xamik sbb lapar.. hehehe.

Ni puding karamel aku buat masa minggu pertama puasa kat kampung. Buat versi tanpa telur. Sedap tp manis sikit. Next time kalau nak buat kena kurangkan manisler. Tahun ni aku xde baking cake macam tahun lepas. Malas pulak rasanya. Tengoklah esok kalau gi jalan2 jumpe orang jual kek beli jelah.

Petang ni aku balik Segamat dulu. Esok malam lepas buka baru gerak ke Terengganu. Malam raya kedua, gerak balik Segamat semula. Hopefully perjalanan aku lancar. Jauh dari malapetaka.

Raya pertama untuk Suci so mama excited nak dandankan anak. Dah beli macam2 eksesori cuma tak tahulah guna ke tak...

Tadi datang keje jalan clear tak jem. Hopefully petang ni nak balik pon sama. Boleh sampai umah awal. Aku dah xde mood nak bekerja. Fikir nak balik kampung je ni. Rindu mak, rindu abah rindu semua...

Okaylah itu saja... Selamat hari raya uolssss....

Daaaaaa...

p/s:Aku cuti seminggu. Lepas raya kite citer2 ye..

2 Magic Words:

FiZ said...

selamat hari raya kak. maaf zahir dan batin :)

semoga selamat sampai ke destinasi.

sueada said...

selamat hari raya in advance, akak. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...