Monday, August 18, 2014

Cerita raya - Pagi raya pertama

Assalamualaikum...

Akhirnya, setelah 22 hari Syawal menjelma, barulah muncul cerita raya aku..hehehe. Orang dah nak raya haji dah..kahkahkah.. Alah sebenarnya tak menarik manapun hari raya aku ni. Lebih kurang je mcm tahun2 sebelumnya. Tapi tak kesahlah, dah ada gambar ni, marilah cerita sikit.

Tahun ni turn balik kg husband di Terengganu. Seperti yg sedia maklum, husband aku bukan org Terengganu tapi die orang Segamat sama mcm aku. Terengganu ni kg mak mertua aku. Nenek husband dgn makcik pakcik die sebelah mak mmg kat sinilah. Kami gerak balik Terengganu ni dari Segamat umah mak aku. Gerak lepas berbuka hari Sabtu 26hb tu. Dapat wasap dari adik ipar kata jalan Bukit Besi takleh lalu. Kena ikut jalan pantai Kemaman tu. Sampai je kat Jabor, pergh jem giler kot. Kat situ sangkut sejam lebih kot. Last2 husband tgk waze mcm ada jalan so die ikut jalan kecik umah mana ntah keluar kat Sg. Ular. Save stgh jam kot. Sudahnya, dekat pukul 4 pagi baru smpi K.Terengganu. 7 jam weh dari Segamat. Padahal selalu tu 5 jam je. Tapi adik ipar aku lagi kesianlah sbb die dari KL 12 jam baru sampai..3 ptg smpi 3 pagi...Nasib baik kete tak panas..huhuhu.

Hari ahad tu, xde buat apa pun. Just ke Giant beli brg untuk raya saja. Hari raya kat Terengganu mcm biasalah menu nasi minyak dgn daging gulai. Pastu mak mertua aku ada rebus ketupat segera tu dan buat rendang ayam, lodeh dgn kuah kacang. Raya kali ni, aku tak mkn beria sgt. 2 kali je kot aku mkn hari raya tu. Tapi mkn tak beria pun naik gak berat. Stress mak.. huhuhu. Gambar makanan tak kuasa ah aku nak amik. Bukan berhidang cantik2 pun. Siap aku amik nasi kat periuk lg..hehe.

Dah makan, dah tak tahu nak buat apa, sementara tunggu mak mak sedara datang, marilah bergambar sat. Letak sikit2 dahlah ye.

Sebelum betul2 bersedia, kami dah posing dulu. Ni baru nak test kamera je sebenarnya. Aku, akak ipar, adik ipar dgn anak2 dan anak sedara. 

Gambar tak complete sbb bapak mertua aku dok sibuk berasap kat luar..huhu

Hah yang ni baru complete family husband. Tapi apasal aku nampak gemuk ni..mencik ah.. (Hello tu bukan nampak tapi dah memang okeh)

Nak bergambar dgn anak2 ni bukan senang. Suci tu okey lagi sbb die mmg ceria je. Kasyah tulah. Suruh pandang kamera die sibuk tgk sepupu die main.

Kami lagi.. Gambar ni comel sbb Suci senyum...Kasyah pun pandang kamera..

Dak kecik yang menjadi perhatian.. Tok nyang die suka kat die ni sbb die tak banyak ragam. Senyum sokmo. 

Dah lama tak bergambar berdua gini.. Dah rasa mcm pengantin baru...kihkihkih... Barulah sangatkan..

Acah je ni....Padahal...bercakar je kejenya..hehehe

Baru nak feeling anak dara sunti tapi ada pulak yang menyelit. .Takda can..huhu

Gitulah cerita di pagi raya. Lepas ni aku up gambar Kasyah dgn Suci. Nak masuk dlm entry ni mcm banyak pulak. Hari raya pertama mmg duk di rumah saja. Sampai tepulah otak kebosanan.. Petang baru keluar..huhu. Tak bestnya raya duk umah.

Okaylah.. Sambung lagi nanti eh....

4 Magic Words:

Love Razila said...

Cantik...warna grey..
Selamat hari raya Anne =)

nur anis said...

selamat hari raya kak...:)

aRz MoHa said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

mrs adam said...

cewah 1st time beraya tanpa spek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...