Wednesday, August 27, 2014

Masak-masak makan-makan #3

Assalamualaikum...

Plan berubah lagi.. Tak jadi sambung citer raya.. Semalam tak sempat nak transfer gambar... Boooo Anne booooooo.... hahaha. Moh ler citer pasal masak-masak.. Korang suka kan main masak-masak.. Tapi ni nak letak gambar bagi meleleh air liur je.. Bukan untuk berkongsi resepi mahupun pengetahuan sbb aku malas.. Booooo lagi... Gambar masak-masak dalam ni pun sejak dari 3 minggu lepas kot.. Aku sekarang tengah dalam fasa xde selera makan nasi berlauk.. Tak tahu kenapa. Tengok lauk macam xleh bayang masuk kat tekak.. Xde selera weh. Tapi kalau nasi berperisa aku okay je. Nak kata beria nak makan tu taklah tp boleh le masuk tekak ni. So dah dekat seminggu jugak aku xmasak lauk. Buat nasi goreng je.. Haish tekak tekak!

Mee segera perisa kari jenama Sajimee.. Ni memang teringin sejak dari bulan puasa hari tu. Aku ni mee segera mmg saangggatt jarang makan. Bukan feveret kami laki bini. Lagipun tak bagus untuk kesihatankan. Tapi bulan puasa haritu teragak pulak maggi kari. Lepas raya gi shopping brg dapur belilah mee saji ni sbb maggi kan boikot..hehe.. Tak sangka sedap hokeh sajimee tu. Pedas. Syok woo.. Siap letak fishball, kerang, sosej, sawi dgn telur rebus..Giler ah... Memang syahduuu.. Yang lagi 4 bungkus tu ntah bile nak makan... hehe

Menu ni masak 2 minggu lepas. Ayam asam pedas letak bendi.. Aku jarang masak asam pedas letak sayur2 ni sbb husband tak makan bendi. Aku pulak mmg suke giler kot bendi dlm asam pedas. Tapi dah die tak suka so takleh derhaka..I mengalah jelah. Tapikan haritu die gi makmal seminggu so aku balun masak ikut selera aku. Masa ni selera tu ada lagi tp dah ala2 nak ke tak selera jugak.

Masa mak temankan aku haritu, die tengah puasa enam so tetibe die request nak makan roti jala. Sebagai anak yang solehah (;p), akupun buatkanler. Alah roti jala bukan payahpun. Sap sap soi siap. Kari semalam pun dok ada lagi.. Layan.

Mee kari dibuat sempena kedatangan sepupu aku ke rumah. Ajak sekali opismate aku dtg...Mee kari aku terpedas sikit tp masih sedap dilayan. Cume budak2 takleh makan banyak. Mak budak je bedal seolah2 tiada esok bagimu...huhuhu

Di hari yang sama dgn mee kari tu aku beli lemang sbb teringin. RM15 sebatang tau. Beli gak rendang dia RM5 bekas kecik je. Pergh mahal giler. Tak sedap pulak tu. So pairkan lemang dgn serunding daging ni. Lagi maha hebat rasa dia.. Terus kecur dan dan je. 

Weekend sempoi.. Malas dah nak masak beria2. Mari sarapan sosej dgn telur. Nak bg mcm best buat bentuk love..Padahal sosej dgn telur jek..kahkahkah.

Antara hari aku tak selera nak makan... Buat sambal telur pecah je.. Perghh layan koooo....

Sambal telur pecah dimakan bersama sawi bening dan ikan goreng... Nampak mcm takde pape tp itu yg bertambah.. Adoi.


Sambal sotong enak bangat nih. Sayang suaminya ngak ada dirumah waktu gue masak sambal sotong ini.. Kalo dimakan sama nasi lemak harus lebih enak... (Motif aku cakap indonesia????)

Ituler serba sedikit masak-masak aku. Dalam tengah tak selera nak makan ni, aku balun ler roti ke, biskut ke. Semalam dah mentekedarah nasi arab. Raya kali ni, semalam ler 30 Syawal baru aku gi beraya tau. Raya kat kg tu lainler ni kat umah sendiri. Semalam baru dpt gi beraya itupun umah pengasuh lama Suci. Kesian kat aku. huhu.. Madang je laki gi makmal ler kursus ler.. Nipun hari ni smpi jumaat die gi kursus lagi kat Gambang. Nyampah.

Okayler.. Nak gi bergosip jap sementara bos takde ni.. Daaaaa...

p/s: Takde selera makan nasi tp benda lain makan macam tak ingat dunia... Baru dua hari turun berat, hari ni dah naik balik.. I is stress...

6 Magic Words:

aTieYusof Family said...

Perghh.. sedap2 menu... mau tak naik berat badan lagi ni..haha..
wah! kreatif telur & sosej buat bentuk love-love tu..unik! :)

Zee Suhaini said...

kecur liur tengok anne..
memang la tekak ni kan kadang time takde selera apepon taknak..
tapi kena pikir gak tekak anak2..huhu

nuyui a.k.a miss YUI said...

cubaan sgguh tgk gmbr2 ni..hahahahah

Azian Elias said...

dasat2 lauk tu.. sedap je i tengok.. yang best tu, sosej dgn telur tu.. simple..but m sure happy kalau bebudak makan tu..

LYAfrina said...

Aummmmm...smua sedap2..esspecially asam pedas ayam tu mmg feverettt la..
Dah lama x wak sosej telur live utk asya...

FiZ said...

makanan lagiii...sedapnye.terliurnye...aaaarrr..stress tgk makanan bila tgh lapar...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...