Friday, September 19, 2014

Edisi mari membebel...

Assalamualaikum...

Bengang, marah, sakit hati, sedih, geram, dan segala macam rasa ada dalam hati aku terhadap akak ipar aku dan juga abang sulung aku... Aku citer direct jelah.. Takdenya nak tutup aib ke apa.. Aku dah penat memendam rasa... Dulu aku dah pernah cerita dah pasal die kat entry ini . Kali ni nak melepaskan geram lagi...  Aku cadangkan kalau korang nak faham bebelan aku hari ni, better korang baca entry lama aku tu dulu.

Okay, dah baca dah??? Kalau dah baca mari sambung bebelan aku...

Akak ipar aku ni, kami gelar 'menantu setahun sekali'. Kenapa dapat gelaran tu sbb memang setahun sekali je die muncul. Time hari raya dalam pukul 11 pagi die dtg... Pastu kalau kami nak gi beraya, die ikutlah sampai petang. Kalau kami tak gi raya mana2, dalam pukul 11.30 gitu die baliklah umah die... Lepas tu ko tunggulah raya tahun depan baru ko jumpe dia lagi sbb raya haji die tak datang...huhuhu... Baguskan perangai die... Die bukan duduk kat Sabah or kat london yang menyebabkan die takleh balik selalu tapi die duduk satu felda dgn mak aku... Dekat je weh, Naik motor 5 minit je dah sampai...

Macam yang korang baca dalam entry lepas, aku memang hangin sbb die menyombong dgn mak bapak aku.. Tapi walaupun aku kata aku nak halau die, tapi tu sume aku tak buat sbb akukan baik..kahkahkah... Yang menyebabkan aku hangin semula ni pasal raya tahun nilah. Dah lama dah aku geram tapi baru hari ni terbuka hati nak bercerita.. Tahun ni kan aku beraya kat kampung husband so balik umah mak aku raya ketiga tu aku tanyalah, "menantu setahun sekali mak tu datang tak?" Sekali mak aku bagitau tak datangpon. Lagi best, abang aku yang selalu dtg bawa anak2 die tu pun tak datang jugak. Aik, pelik? Kalo pompuan tu tak dtg aku tak heran dah tapi dgn abang2 aku sekali tak dtg ni memang dah lebih. Tapi takpe, mari kite enjoy beraya.. Sampailah hari raya ke enam pukul 6 ptg, aku dgn mak abah aku tgh siap2 nak gi beraya umah jiran belakang umah, abang aku muncul dgn anak bongsu die seolah2 takde apa2 berlaku. Die dtg mcm biasa die selalu dtg sblm ni... Pergh...bagusnye perangai..

Abah aku memang dah tak boleh sabar. Abah aku selalunye diam je malas layan tapi kali ni die yang serang abang aku dulu.. Abah aku kata, lepas ni tak payahlah ko datang lagi... sampai raya pun tak datang. Bini ko tu tak datang dah satu hal. Yang ko pun langsung tak menjengah hari raya tu kenapa?? Bla bla bla... Nampak sangat abah aku kecewa.. Aku yang mula2 mcm malas nak campur tak boleh tahan. Aku pulak sembur die...

"Apa masalah bini ko ni?? Yang nak menyombong sangat tu apasal? Ko suruh die dtg malam ni. Aku nak cakap sikit. Kawen bukan sehari dua. dah 13 tahun dah.  Aku tengok bukan makin elok. Makin melampau perangainye. Baru keje Jakel dah sombong. Baru pakai kete, dah sombong. Ko lupa dulu, sapa yang bawa anak2 ko? dah besar lupa diri. Bla bla bla..." Memang bertubi2 aku sembur. Pastu abang aku jawab, "Die kate ko yang sombong.. Kalo die datang pun bukan korang layan." Perghhhhhhh hangin siut aku.  " Ko ingat bini ko tu duduk London? Ko nak suruh aku peluk cium die sbb rindu dah lama tak jumpa? Hah ko dah setahun sekali tak penah jenguk orang tua ko suruh aku tatang ko?"

Ye, aku mengaku tahun lepas masa raya memang aku tak layan dia. Tapi macam aku cakaplah, ko menyombong tak pernah nak jenguk mak abah, alih2 ko dtg raya sekejap ko nak suruh aku peluk cium ke? Umah ko tu jauh sgt ke? Lainlah kalo duduk london, balik sekali sekali bolehlah aku rindu. Ini umah sekangkang kera je jaraknye bajet nak aku layan mcm raja. Memang tak ah. Tahun lepas tu aku cuma tak bercakap je sbb memang takde benda nak dicakapkan. Bukannye aku halau die dari umah. Dah sah2 ko tu jenis tak pandai bawa diri. Umah mak mertua buat macam umah orang asing. Sendiri mau ingatlah. Huiiii memang sakit sgt hati aku ni. Aku suruh abang aku bawa bini die dtg unutk bincang tp haram xde sampai aku balik KL. Kat KL aku whatsapp die tanya kenapa tak dtg? Die boleh  balas, tuduhlah akak mcm2.. Akak rela.. bla bla bla mcm die pulak mangsa keadaan. Aku terus terang cakap memang aku takde dah nak cakap baik2. Aku sembur je die mcm aku sembur abang aku. Tapi dalam whatsapp jelah sbb bila aku call die tak jawab. Sakit hati tak korang??? Aku ni call sbb nak jernihkan keadaan. Cakap terus terang apa masalah supaya lepas ni takde lagi dah hal berbangkit tapi pompuan tu punya  *&6=% (aku mencarut), langsung tak nak jawab call aku. Langsung tak nak berbaik... Fine! Aku dah malas. Aku cakap lepas ni jgn sibuk2 nak dtg lagi. Xpayah anggap kitorg ni family lagi... Kalau mak abah aku takde nanti, jgn ko jengah. Serius aku sangat marah.

Oh ya, kalau korang nak tau, masa abah aku masuk ICU tahun lepas, pompuan ni memang langsung tak jenguk abah aku tau. Kat sepital takde, kat umah pun takde. Aku buat kenduri cukur jambul Suci pun die mana dtg... See.. Memang dasar bebal takleh di ajar. Takleh buat baiklah senang citer. Layak sangat dpt gelaran menantu setahun sekali... Eh, kena tukar menantu dua tahun sekali. Lama2 nanti boleh jadi menantu tak ada lagi... Dah la dlm wasap die ckp tuduhlah akak macam2.  Aku balaslah kata tak payah nak tuduh2... Benda memang nyata sampai jiran2 pun tau tanpa kitorg cerita. Dah kalo sepanjang masa takde, mestilah diorg tau ko tak dtg...huhuhu...

Sampai ke hari ini di saat ini, abang aku langsung tak jengah mak abah aku lepas kejadian semburan di petang hari itu. Anak2 die pun takde dtg dah. Memang dah macam terputus hubungan gitu. Ko bukan lagi mak ayahku... Wah gitukan. Pompuan tu tak nak dtg, boleh jalanlah sama kau.. Tapi abang aku sendiri yang lahir dari perut mak aku pun tak datang, ini memang melampau. Sangat2 melampau.

"Along, aku nak ko fikir, syurga ko kat tapak kaki mak. Bukan kat bawah kaki bini ko. Aku dah tak nak cakap pape lagi cuma kalau satu hari nanti, anak2 ko buat kat ko mcm ni, jangan pelik dan salahkan takdir tuhan pulak sbb ko sendiri tau puncanya,"

p/s: Sedih pulak teringat kat mak aku....huhuhuu

8 Magic Words:

Zee Suhaini said...

sadisnya anne..
sampai hati anak sendiri kan..kalo menantu tu lain citer..tapi sebagai ketua keluarga dier kena la nasihat bini dier bukan jadik pak turut..

pepon moga mak ngan ayah anne tabah..
sekali terluka hati orang tua ni berkali2 dosa kita bertambah..

FiZ said...

erm...speechless saya membaca ni.gulp...

Rose Azadir said...

Salam kenal, harap2 abg n akak ipar sis tu berubah sebelum terlambat...anyway saya blogwalking kat sini. Jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

mrs adam said...

sedih kan kalau adik beradik sendiri wat perangai kat mak abah kita..saya pon ada adik wat perangai,tp sy tak tulis kat blog sbb malas taip.haha

Muzai Samilan said...

hmm aku pun x reti ckp apa anne.. kita doakan moga terbuka hati dan minda diorg eh.. betul kata ko.. anak2 ni mewarisi sifat ibu bapa..takut2 terjadi kat diri sendiri menyesal tak sudah..huhu

LYAfrina said...

ermmm... biasa berlaku mde2 mcm ni.. dlm ramai2 mesti ada y x ngam n sebulu kan..

aTieYusof Family said...

Ya Allah! sy yg baca pun rasa sayu..bukan apa, abg awak kenalah main peranan kan..dia anak lelaki.. syurga dia tetap dibawah tapak kaki mak..
pelik juga perangai mcm tu kan, dekat je jarak tapi tak menjenguk org tua.. sabor je lah..
doakan moga family abg awk terbuka pintu hati..

lieyalatif said...

ya Allah aini....ni masalah besar nie...sumpah masalah besar...melibatkan anak beranak...tak balik umah..... takut plak lieya dengar..... abg aini ni mesti kene ape2 dgn akak ipar tu.... sbb sanggup die buang keluarga terus..... nasihatka laa abg tu baik2...die ajek yg leh tegur bini die dan perbetulkan keadaan.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...