Thursday, September 11, 2014

Nasi Beriani Gam ala Chef Wan..

Assalamualaikum...

Nasi beriani habaq hang... Gila tak hebat aku..Rasa macam dah hebat sangat dah dpt buat nasi beriani ala ala kedai..kahkahkah hover tau. Sebelum ni aku pernah jugak buat nasi beriani tp aku buat pakai rempah segera je. Tapi kali ni aku buat sendiri weh. Aku ikut resepi chef wan dalam buku die tu. Belek2 buku tu tengok2 simple je bahan nasi beriani ni. Senang pun senang. Marilah kita bernasi beriani hari ni. Ni kejadian hari ahad lepas.

Inilah buku resepi chef wan tu. dapat beli ni pun sbb husband nk habiskan voucher buku die so aku ngendenglah nak buku ni... Berbaloi sangat sbb banyak giler resepi yg nampak sungguh menyelerakan.. Silalah beli. 


Nasi beriani gam
(sumber buku 400 resepi terbaik Chef Wan)

Bahan

125ml minyak sapi
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar (cincang)
10 biji bawang merah (cincang) *kat rumah aku ada bawang besar je so aku lebihkan bawang besar
4 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
2 batang serai (ketuk)
2 helai daun pandan disimpul
250gm kismis *aku tak letak sbb xde and husband xsuka
2 biji tomato (cincang kasar)
750ml stok ayam *aku guna kiub ayam seketul dan tambah air masak
250ml susu sejat
1 sudu saffron *xletak sbb xde kat rumah
1 sudu besar daun pudina *xletak jugak
1 kg beras basmati
4 sudu besar air mawar *xletak
Bawang goreng untuk hiasan
Garam secukup rasa

Cara2 (ini cara aku buat.. nak ikut cara chefwan boleh beli buku dia xpun klik gambar bawah)
1. Basuh beras hingga bersih dan masukkan dalam periuk nasi. Aku buat 3 1/2 pot beras.
2. panaskan minyak sapi dan tumis rempah 4 sekawan sekejap dan masukkan bawang, halia, serai, daun pandan dan biar layu. Lepas tu masukkan tomato biar lebih kurang 10 minit.
3. Masukkan kiub pati ayam dan tambah air serta susu. Air tu ikut berapa banyak nasilah. Agak2 ye. Biarkan mendidih. Tambah garam. Lepas tu tuang ke dalam periuk nasi yang ada beras tadi. Masaklah nasi seperti biasa.
4. Lepas tu, bila dah masak buat lubang2 kecil kat nasi dan tuang sedikit pewarna. Aku letak oren dgn hijau sbb lain2 warna purple pink dgn biru. Pelik pulak kalo nasi aku warna pink purple..haha.. Lepas tu bolehlah digembur2kan nasi tu tapi jgn beria sgt nanti nasi hancur pulak. Okay siap.

Ini resepi sebenar... Kalau nak sedap tahap maksima sila follow.. Aku buat ikut bahan yang ada je, Itupun dah sedap dah.. Serius mcm kat kedai...Perghhh... Terima kasih chef wan. 

Untuk gandingan aku buat lauk ayam kurma. Yang ni xyah resepi sbb aku masak guna rempah segera delichef.. Senang gila. Sedap pulak tu. Yelah dah buat nasi susah2 malas ah aku nak renyah2 buat lauk. Campak2 je siap..kihkihkih

Set nasi beriani aku. Ada lauk ayam kurma dgn papadom dgn sambal tomato nasi arab.. Sbb ayam kuram tu tak pedas so buat sambal tomato tp lupa nak amik gambar.. Acar2 takde sbb laki aku tak suka acar. Kalo buatpun aku makan sorang. Malas ah. 

Tengok gambar terliur balik... Disebabkan buat nasi beriani aku makan bertambah2. Benci betul kat diri sendiri sbb masak sedap2.. Tak makan rugi woiii... Dah makan rela jelah tengok penimbang tukar nombor..huwarghhhhhh...Ni pun dah ada plan nak buat nasi lain dalam buku chef wan tu...hadoiiii... Yang laki akupun dah cakap, nasi beriani ni boleh buat lagi...See i told you nasi ni sedap...


Daaaaaaaaaa.....

p/s: Peti ais penuh stok barang basah so hari2 masak jerlah...


6 Magic Words:

aTieYusof Family said...

wahhh! respek..memang nampak macam nasi beriani yg kat kedai lah.. sedapnya..
berbaloi beli buku resepi, sebab berjaya jg masak kan.. :)

nur anis said...

saya tak pernah lagi try masak beriani..takut tak jadi..hehe

eima said...

mmg rupanya mcm kat kedai .. hebat la .. nanti suatu hari nanti nk try jugak la .... ingat kan cam susah ..rupanya cam mudah gile

❤Kamsiah❤ said...

nampak sangat sedap...menjadi...
kalau la berjiran hehe..mau mintak tapau..

salam kenal & follow sini

LYAfrina said...

mesti sedap ni

Norhayati Sani said...

memang lama dah teringin nak wat nasi beriani ni... Tq 4 resepi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...