Thursday, September 25, 2014

Sambal isi ikan

Assalamualaikum...

Hari ni kite skip citer Cameron highland eh.. Gambar kat dlm tepon aku so xdpt nk masukkan dlm blog sbb data aku abis semalam dilenjan Kasyah..Kat opis ni dahler takde wifi. Hehe. Hari ni aku nak share resepi yang sedap ditekak aku.. Aku ni apa2 yang pedas in sha Allah aku suka.. Kesahnya, dalan peti sejuk rumah aku tu ada lagi 2 ekor ikan kembong yang dah berusia 2 minggu.. Ni kes ada hari malas nak masak ler ni yang menyebabkan ikan tak habis2.. Nak dimasak berkuah mcm asam pedas ke masak lemak ke rasa tak sedap sbb ikan tak fresh. Nak goreng pon mesti tak bape best jugak.. So aku mendapat inspirasi masa tengok blog Kak Madiha die masak sambal ikan keli kat sini. Jadinya akupun buatlah sambal isi ikan tapi guna ikan kembung je.




Sambal isi ikan

Bahan-bahan
2 ekor ikan kembung
7-8 batang kacang botor
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
20 biji cili padi (ikut kepedasan yang disukai)
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara2.
1. Rebus ikan hingga masak dan ambil isinya.
2. Kacang botor dihiris halus manakala bawang besar, bawang putih dan tomato dicincang. Cili pula ditumbuk
3. Panaskan minyak dan goreng isi ikan hingga agak garing.
4. Kemudian masukkan bawang dan cili. Kacau hingga bawang layu. Masukkan juga serbuk kunyit
5. Masukkan tomato dan kacang botor. Perasakan dgn garam. Agak2 kacang dah masak bolehlah angkat.

Sedap hokeh. Pedas dan ada rasa masam tomato. 2 ekor ikan dpt semangkuk ni. Tak habis pun. Esoknye aku buat nasi goreng guna sambal ni.. Terbaik. 

Akan buat lagi lauk ni.. Tengok pon terliur...poyo jek..hahaha.

Pagi tadi laki aku buat taik dgn aku.. Malam tadi die keluar gi study so dia bawa kete kancil yg aku selalu bawa gi keje. Bila balik tgh mlm parking mmg xde so parklah kat mana2. Die bgtau kete parking sebelah surau tepi jalan. Surau tu kat area blkg umah aku so kena naik tangga dua tingkat. Aku smpi surau tgk kete takde. Jalan sampai blok sebelah surau pun takde. Eh, mana kete? Terpusing2 aku cari last2 aku call husband yang masih kat rumah tu. Beria2 die ckp kete sbelah surau. Aku kata takdepun.. Alih2 die cakap "eh, lupa.. Kete parking kat basement sebelah court (badminton)." Ceh! *&%**&$$.. Aku dah penat2 naik tangga pusing bagai rupanya kete kat level bawah je. Xyah naik tangga pon.. Hampeh. Tak pasal2 penat... hahaha...Poyo giler. Terus paksa die dtg opis aku dari Putrajaya tu bawa aku gi dating lunch sama2..hahaha.

Okaylah.. Daaaaaa...

p/s: Perut kenyang mata ngantuk.

5 Magic Words:

aTieYusof Family said...

wahh...menarik nya sambal isi ikan?? tak pernah makan ni..nti nak cuba juga, sebab kat sini ikan2 sangatlah murah..hehe..
hahaha..husband nak suruh bersenam lah tu..tu yg pusing2 cari kete tak jumpa..saja je kan..:)

- said...

uiiii.... ni yg rasa nak try nie.... pestime tgk resepi ni.....

telan liur mun dibuatnya..hehehe

encik hubby suruh exercise tu..kekekeke..

FiZ said...

hahaha...dapat bayangkan betapa geramnye akak utk part yang last tu.

pssst..mcm sodap je...

nuyui a.k.a miss YUI said...

uihh sedapnyaaa kak..

nsb bek la yui tak ngandung..lau tak melelelhhhhhhh je nanti..hahaha

LYAfrina said...

nmpk sedap la..
ingt nasi goreng ikan mulanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...