Thursday, October 23, 2014

Cerita raya haji

Assalamualaikum....

Ye ye aku tau dah lepas deepavali dah tapi kalau citer pasal raya haji aci jugak kan?? kehkehkeh. Aku tengah takde mood nak buat keje ni. In fact nak berblog pon macam takde mood tapi layan jelah sisa2 kerajinan yang ada. Kepala ting tong sbb aku masih flu pastu pagi tadi batuk pulak dah.. Keje ngulang toilet je buang kahak dgn hingus. Nyampah tau. Tu yang buat malas nak buat keje. Dokumen2 kat tepi ni aku pandang sepi je. Tgklah kang sblm balik aku buat ah.

Kembali ke cerita raya haji, kami gerak dari rumah Putrajaya dalam pukul 6 ptg. Memang dah plan nak ikut highway LEKAS tapi kali ni nak lajak terus ke Kuala Pilah. Mulanya nak balik ikut jalan biasa selalu balik tp tenghari mak aku call tanya jadi tak aku nak beli itik sbb bapak aku tanya. Die dah sebut2 sedap makan itik aku nak beli. Aih dah dengar mak aku cakap gitu, tak best pulak kalau tak beli. So aku ajak laki aku lajak ke kuala pilah kite ikut jalan lain. Sampai jugak kat Segamat. Masa perjalanan lebih kurang je.

Rezeki banyak lagi kedai jual itik salai kat area Kuala pilah tu. Mari berhenti dan beli.

Sempat lagi amik gambo. Aku beli 2 ekor, Sekor RM35. 

Lepas dah berjaya beli itik so kami nak ler cari makan. Dah pukul 8 lebih dah masa ni. Husband nampak je kedai terus berhenti. Kami pergi kedai warisan apa ntah. Kedai nmpk cantik gah tapi seriusly korang janganlah makan kat situ. Sblm pukul 9 dah order, pukul 9.40 baru dapat makanan. Gile kake. Order nasi goreng je pun. Bukan grilled chicken ke pizza ke nak amik masa lama nak masak.
Budak berdua ni pun dah lapar. So bagilah layan youtube sbb Suci pon dah tak senang duduk. Orang sebelah siap cancel order die yang bungkus sbb lepas die abis makan pon order tak dpt lagi.. Last2 kul 10.10 malam baru gerak dan dalam pukul 12 kami sampai umah mak. 

Hari sabtu sehari sblm raya, aku buat projek tart nenas. Aku memang ngidam betul nak makan tart nenas sedap gebu gebas tapi sepanjang raya haritu, aku tak jumpa satupun tart yang sedap dan kena kat tekak aku ni. Stress okay. Last2 buat sendiri.. Memang sedap gile. Hari isnin dah habis dah. Aku nak bawa balik umah pon tak dapat..huhu. Buat jugak kek pisang sbb pisang bnyak kat umah. tapi kali ni kurang menjadi sbb terlebih pisang..hahaha.

Sibuk sangat buat tart sampai bapak aku tanya, tak nak masak ke sbb jam dah pukul 11 lebih. So aku cakap kat bapak aku biar aku buat nasi ayam je. Sap sap soi siap. Ayam pon memang siap potong (guna ayam nak masak untuk raya) pastu sgla kaki, leher sume aku sup kan. Pukul 1 tghri dah boleh makan... 

Itik dah sedia untuk di potong. Itik ni lebih besar dari ayam so banyaklah dapat. 

Rendang itik in the making. Aku buat rendang cili api tapi taklah pedas sgt. 

Lauk raya haji. Daging dendeng, ayam masak merah dgn rendang itik. Sambal kacang dgn lodeh mls amik gambar..


Jiran aku buat korban tahun ni so abah dgn abang aku angah giler menolong.. Akupun nyibuk jugak tp sibuk tengok jelah...hehe. Laki akupun nak nyibuk jugak. Die tolong pegang lembu masa sembelih. Nasib baik tak kena darah. 

Gitulah raya haji aku. Petang tu aku gi umah pak ngah aku beraya. Esoknya pergi umah atok hubby. Malam lepas makan malam kami gerak balik putrajaya. Dengar radio siap2 nak tau jem ke tak. So kami guna waze untuk cari jalan alternatif. Bagusnya waze ni, die bawa jalan kampung ntah mana2 kitorang tak pernah lalu dgn gelap gelita jalan bengkang bengkok siap ada pokok tumbang lagi. Tapi last2 keluar kat exit tol PD. So kamipun masuk tol dan pukul 12.15 dah sampai umah. So kami tak terperangkap dalam jem. Kejap jelah dari tol PD smpi Seremban. Takdelah sampai 5 jam..hehe.

Okaylah daaaaaa...

p/s: Orang gov dah gaji, tapi aku yilek lagi..hadoiii..

3 Magic Words:

- said...

omak aiiii....order nasi goreng je pon smpai lama cenggitu....huhuhuhu....

Muzai Samilan said...

nasi ayam nasi ayamm... nak buat lah..teringin plak rasanye.. haishhh suci, awat muka hang serius beno tu..

Kesuma Angsana said...

wah bestnyer.. meriah dgn cerita & pic2 menarik ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...