Wednesday, October 1, 2014

Cuti2 Cameron Highland - Lavender Park

Assalamualaikum..

Aduh senyap sunyi blog aku terus... Bukan aku malas ke takde mod ke tapi dua hari ni aku super duper busy smpi makan pun tak lalu..Stress mak nak. Boss besar aku yang aku nyampahkan sangat tu buat hal betul dgn aku dua hari ni... Actually dari minggu lepas lagi tp kemuncak kesakitan hati aku kat dia mmg Isninlah. Apsal lah bengap sangat ko ni??? Tapi semalam last2 kate die faham dah apa yang aku sampaikan... Pagi ckp faham pastu petang tanya lagi.. apa kes? Ko faham ke tak ni? Semak betul!

Sorryle korang, mukadimah dah keji dah.. kahkahkah.. Mohler sambung citer cuti2 aku ni walaupun dah sejuk beku citernya tapi nak gak masuk dlm blog. Bangun pagi seawal jam 6.30 gitu sbb mcm aku ckp anak2 aku ni spesis bangun awal. Marilah kite bersiap2 untuk pergi breakfast... Standard ah dah ada anak ni nak bersiap2 pun amik masa berejam. Kul 8 lebih sikit kot baru kami turun breakfast. Oh ya sapa yang tanya kat mana aku makan steamboat tu actually kat Hotel Titiwangsa. Sekali dgn pakej bilik. Gambar masa breakfast mmg yilek sbb laparkan. Menu standard ah ada nasi lemak, mee, kue tiaw, roti, salad2, adelah telur, sosej tu sume.. Tak banyakpon tp bolehlah buat hilang lapar. Nasi lemak die sedap.. Aku makan banyak smpi kenyang ke tengahari..hahaha..

Lepas makan, kemas2 nak cek out. Kami nak terus gi jalan2 dan lepas tu boleh balik. Tak nak sampai umah lmbt sgt sbb takut penat esok nak keje. Destinasi pertama lepas cek out adalah ke Lavender park di Tringkap. Agak jauh dari Brinchang dalam 10km rasanya. Kitorg pun mula2 igt dah salah jalan sbb mcm tak sampai2..hehe Tapi akhirnya sampai jugak. Masa ni orang belum ramai sgt tp dah agak ramai.

Mintak tolong orang amik gambar tp Kasyah mmg spoiler..Geram betul.

Ni pun puas suruh pandang kamera. Oh ya nak masuk sini kena bayar tiket RM5.

Taman lavender kenalah bergambar kat bunga lavender.


Taman ni tepi bukit so nak masuk mmg kena mendaki. Mengah jugaklah tapi sejukkan so layan jelah.

Suka kat sini sbb banyak bunga...

Kasyah takmo join so kite bertiga pon ok..yg penting sume pndg kamera..hehe

Kat sini ada dua bahagian.. Yang ni lagi atas...lagi mengah nak sampai..hehe.Selain bunga2 boleh juga petik strawberi kat sini. 

Bunga daisy ni sekuntum RM2.. Petik sendiri. 



Kasyah sibuk tgk ikan kat kolam.. Cantik jugalah dtg sini... Not bad. 

Ada pumpkin besar...Lepas tu kamipun turun.. Sblm keluar akan lalu bahagian jualan2 dia.. Payah nak tahan Kasyah supaya takyah beli menan..

Sblm masuk sibuk nak amik gambar dgn minion tp bila dah sampai taknak pulak sbb mood die dah kelaut tak dpt beli menan..Suci dah melentok tido dah.

Ada hello kitty jugak.. Jom ler keluar.. Oh ya masa masuk tadi ada maskot mickey mouse so diorang akan suruh bergambar nnti nak keluar boleh beli gambar tu.. Tapi aku tak amikpon gambar dng mickey sbb kasyah takut. Dah nangis2 tak nak so ignore jelah..hehe

Itu je. Malas aku letak gambar byk2. Nipun dah byk dah. Masa nak keluar ni orang dah ramai. Smpi ke hujung jalan orang letak kete.. Untungler sape dpt parking kitorg yg mmg depan entrance je.  Moh ler ke tmpt lain...Sambung esoklah ye. Aku nak buat keje...

Daaaaaa...

p/s:Masa buat entry ni, opis aku blackout... Dah pukul 12 baru ada karen. hehe Nasib baik tak hilang apa yang aku taip..hehe

4 Magic Words:

nadia mansor said...

RIndunya nak pergi cameron, petik buah strawberry :)

last pegi masa bulan 3 haritu ..tapi cameron memang fevret place ..sebab sejuuuukkk!

kita folllow awak

safurara said...

rara g cameron x pernah masuk sini.sedihnyaaaa.bila ntah nk masuk.asek x sempat je.

aTieYusof Family said...

seronoknya... lavender park, sejuk je mata tengok bunga2... rm2 bunga daisy tu?? klu sy kompom sy beli byk2.. hehe

LYAfrina said...

cantiknya view bunga2 kt blakang tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...