Thursday, October 9, 2014

Cuti2 Cameron - Nak balik dan Mee Rebus Tapah

Assalamualaikum....

Mohler sambung part last citer cameron ni.. Lepas ni boleh citer pasal raya haji walaupun sebenarnya takde benda nak citer sangat..hehe. Lepas ke Ladang teh BOH kami terus ke pasar KEA farm.. Tak jauh pun sbb memang dah nak balik so kalau kami nak balik ikut tapah mestilah lalu kea farm ni. Tak sah kalau gi Cameron tapi tak gi pasar ni. Aku bukan nak beli apa sangat pun.. Nak beria2 beli sayur, aku dgn husband je yg makan. Last2 aku beli capsicum, lada merah yang mcm pelik sikit, kimcam, salad dgn kacang buncis. Beli jugak keledek dgn jambu epal tu. Kasyah masa ni buat perangai lagi nak beli menan. Setiap kali berhenti setiap kali tu nak menan. Mana boleh layan sgt. Nanti die ingat sume die nak dia akan dapat. Lagipun kami dah nak balik so xde makna nak beli menan sbb nak bagi die behave...hehe. Bo layan je.. nangis ler ko melalak lalak kat situ tapi mama don't care. huhu. 

Aku beli gak bantal patung strawberi.. Satu kecik satu besar. Yang kecik utk Suci yang besar utk aku...hahaha nak jugak...

Dah beli apa yang diinginkan, teruslah gerak pulang. Sebelum tu wajib singgah beli teh kat Bharat. Teh jenama Cameron valley. wuuiiii harga teh dah naik ler. Rasanya last aku datang harga teh sekotak dalam RM7++ tapi now dah RM9.80.. Ada yang RM10++ dah...huhuhu. Aku amik teh strawberi dgn oren je. belikan mak aku jugak. Eh, teh oren tu sedap ah. weols suka sgt.

Perjalanan turun anak2 tido. Aku tak tidopun syok tgk pemandangan korner2 tu..hehe. Nasib baik tak mabuk sbb masa naik aku pening kepala giler sampai rasa nak muntah. Dok tahan je tekak. Agaknya sbb aku dok blkg tu yg pening semacam tu. Kalau dok depan ok sikit. Since kami tak makan tengahari lagi, aku ajak husband try mee rebus tapah yang femes tu. Dah beberapa kali masuk tv. Kedainya tak jauhpun dari simpang masuk highway. Kalau dari highway, korang belok kanan jalan sikit nnti korang nampak kedai tu belah kanan. Masa kami sampai kat kedai ni dalam pukul 5. so ni kire makan malam terus sbb dah malas nak makan lagi. 

Aku punya mee rebus tulang. Harga Rm6. Rasa? Bolehlah tahan. Tapi sbb aku pernah makan mee rebus lagi sedap so taklah teruja sgt. Sedap lagi mee rebus haji wahid..hehe.  Tapi kalau dah alang2 sampai tapah, okey je nak makan mee rebus ni. 

Korang terliur tak??? hehe


Lepas makan, teruskan perjalanan. Kami sampai umah pukul 7.30 malam. Habis dah percutian singkat kami.. Tapi apa yang dapat aku simpulkan untuk percutian kali ni, Cameron highland dah tak sejuk. Siang die panas berpeluh. Malam je yang sejuk. Itupun tak macam masa aku tido dulu. Siap demam sbb sejuk sgt. Kali ni okay je tak sampai sejuk mengerekot pun.. tapi nak pergi lagi tak? Mestilah nak sbb aku suka..hehe..

Okaylah itu saja.. Jumpa lagi di lain percutian.. Eh?!hahaha

Daaaaa....

p/s: Aku masih busy.. ni pun curi2 masa update kejap. BW mungkin lewat.. Nanti aku jenguk korang ye..

4 Magic Words:

aTieYusof Family said...

Dah habis cerita CH ye?? hehe.. seronok kan dpt meluangkan masa dgn family di sana.. Teh pun dah naik harga? adoi! memang terasa lah.. nmpk sedap mee rebus tulang tu... :)

Amanda Suria said...

Bedt la cuti2 CH...SA last naik pun 2012 kot....rasa mcm nk repeat lg la....

nur anis said...

Syok nya...terasa nak pergi cameron pulak..huhu

nuyui a.k.a miss YUI said...

NMPK BEST JUGALA MEE TU..HUHU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...