Thursday, October 16, 2014

Daging masak hitam

Assalamualaikum...

Bersua lagi dalam rancangan mari memasak bersama Anne..hehe. Hari ni tibalah giliran aku nak share resepi daging masak hitam yang aku gandingkan bersama nasi hujan panas. Sekali sekala ubah selera. Kalau tak asik2 makan dengan ayam masak merah. Since kat rumah daging je yang ada so kite buat daging masak hitam pulak.. Resepi aku ambil dari blog kak Azlita masam manis.



Jom semak resepi..

Daging Masak Hitam
sumber: Blog Azlita masam manis

1 kg daging batang pinang ~ di potong, cuci bersih. Jika guna daging lain, rebus dahulu hingga empuk.

Bahan tumis
3 tangkai daun kari ~ di raut
1 batang serai ~ dititik
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
5 kuntum cengkih

Bahan Kisar
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merag
15 tangkai cili kering ~ rendam lembut dan kisar
1 inc halia

Semua bahan di atas di kisar

4 sudu besar kicap pekat
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar

Bahan Perisa
1/2 cawan air asam jawa
1 kiub daging
garam dan gula secukup rasa
Maggi Cukup Rasa jika suka

Cara2:
1. Panaskan minyak. Tumiskan rempah tumis, daun kari dan serai hingga harum.
2. Masukkan bahan yang dikisar, bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Masukkan cili kering kisar. Masak hingga garing dan terbit minyak.
4. Masukkan daging batang pinang. Jika guna daging biasa, rebus dahulu hingga empuk.
5. Setelah daging empuk, masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih yang telah dibancuh dgn air. Masukkan kicap pekat.
6. Kacau rata dan biarkan ia mereneh. Kemudian masukkan air asam jawa, gula melaka, kiub daging (jika suka) serta maggi cukup rasa. Kalau tak cukup masin baru tmbh garam tapi rasanya mmg dah masin dah.
7. Akhir sekali masukkan cili yang dibelah.


Gitulah rupanya.. Tapikan aku punya ni tak cukup hitam. Aku sebenarnya kurangkan kicap sbb yang ni pun dah masin dah aku rasa. Aku ni tak kuat masin. Husband pun lepas kawen dah jadi tak kuat masin jugak sbb dah biasa makan masakan aku yang kurang masin. 

Gandingan mantap. 


Ngantuknya lahai mata aku ni.. Aku ni jarang sgt tido siang tp tadi cannot tahan meh. Dapat gak tido setengah jam. Barulah segar sikit. Keje melambak2 tak settle2. Niat nak study pun x terlaksana lagi. Apa nak jawab nanti? Hantam sajalah labu. Yang lagi stress, bila nak buat keje tp dokumen tak lengkap.. Dah kena cari orang minta dokumen. Ni lah die bila buat keje tak baca arahan betul2. Yang susah aku jugak kena terangkan balik. Orang nak buat ko nak buat jugak tapi buat sambil lewa... Stress mak..

Okaylah.. Daaaaaaaa...

p/s: Hari ni besday abah akulah... Balik nanti aku call die ucap happy besday.

10 Magic Words:

FiZ said...

aduh....kelaparan nih...

eima said...

awat semlm aku tak leh komen ek .. puas dok refresh ngan tekan komen tu huhu ...

wei sedapnye .... aku slalu buat yg masak kicap sempoi tu ja .. kali ni bleh try tp aku tak reti masak nasi hujan panas tu

ruziyatul mona Adzibi said...

assalam..
hehe.. hellow mak kasyah.. ni mak hadif =) hehe anak kita bff kat LC haha ;)

aTieYusof Family said...

wahh..kat rumah ada lagi daging korban.. nak cuba lah resepi Anne ni..TQ sharing ya...hehe
Happy birthday buat ayah awak..moga terus sihat & pjg umur...amin...

AnneRaini said...

hehe...camne leh jumpe ni??

ruziyatul mona Adzibi said...

hehe.. saja dok google pasal little caliphs.. sekali nampak gambar Kasyah masa hari sukan =) teruih klik laju2. Happy macam jumpa long lost fren. hahahah ;p

nur anis said...

nyum nyum..sedap nampak..

nuyui a.k.a miss YUI said...

tu dia meriah tgk..sedaaappp

Kesuma Angsana said...

tq berkongsi rezepi menarik ni yer !

LYAfrina said...

sedapnya..
cantik la deko..lg selera nk mkn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...