Thursday, October 2, 2014

Kerana 20 sen

Assalamualaikum...

Sana sini orang dok sibuk cerita pasal 20 sen. Nampak mcm sikit. Alah 20sen je pun.. Tapi kerana 20sen ni lah macam2 perkara akan jadi..

Malam tadi bila husband bagitau minyak akan naik 20sen, aku terkedu. Terus mulut potpetpotpet bising. Kepala hotak dah fikir macam2. Kalau ikut logik, 20 sen tu tak memberi kesan pon. 20 sen cuma boleh beli gula2 2biji je. Eh, ke 4 biji ek? Tapi sebenarnya 20sen tu besar hokeh. Minyak naik 20sen seliter tapi kau tengoklah esok, semua barang akan naik 20 sen jugak.

Kak, minyak naik 20sen, apasal nasi lemak akak naik 20 sen jugak ni? Dik, akak gi beli barang buat nasi lemak ni naik kereta dik. Pastu akak nak bawa nasi lemak meniaga pon, bawa kete.

Itu kata penjual nasi lemak..Abis supplier pon kemain naikkan harga bahan mentah kenapa? Wa, pergi hantar barang naik lori guna minyak.. Wa kena naikkan harga jugak maaa.

Tibe2 ko pergi kedai, tengok roti paun pon naik 20sen. Apakah?

Ko nak minum teh tarik pon naik 20 sen. Dey macha, teh tarik guna petrol ka? Saya keluar beli susu sama teh naik kereta juga..itu pasallah naik..

Ko pergilah Tesco, Aeon, Econsave, malah kedai runcit Saadiah juga, ko akan perasan barang2 naik harga 10 sen atau 20 sen. Bila bayar tibe2 selalu belanja korang cuma RM200 dah jadi RM220. Yelah kalau dah semua barang naik 20sen, tak ke total pon naik.

Bila ko bagitau bos pasal kenaikan kos sara hidup, bos kata alah 20 sen je pun. Minyak naik 20 sen takkan saya nak naikkan gaji awak Rm200... Huhuhu...

Orang kaya tak kata apa sbb diorang Rm2000 pun mcm Rm20.. 20sen mungkin tak pernah tengok agaknya. Tapi aku, korang, dia yang tak kaya ni apa cerita?

20 sen itu besar nilainya... 20 sen membuat hidup orang huru hara. 20sen boleh mengubah dunia.. Impak 20sen bukan kecil buat orang kecil mcm aku.. mcm kau...

Kerana 20sen....

p/s:Sapa2 ada hutang 20sen dgn aku sila pulangkan. Aku tak halal okeh...huhuhu

7 Magic Words:

Zee Suhaini said...

entry meluahkan perasaan ni anne..kadang rege barang naik bukan doploh sen..boleh smpai limapploh sen pon tau..

LYAfrina said...

sabo je la..
smlm tkejut gk tgk org penuh kat stesen.. kt mmg nk isi sbb dh nyala dah.. mmg xtau pon minyak naik..sbb xtgk berita

lieyalatif said...

setuju sgt aini...dari nilai dueposen tu laa akan membawak pada disaster harga2 barang yg lain.... bygkan laa kalo roti kosong naik 1.20....adoiiii....

senang citer gini laa stop brim, bagi balik subsidi petrol ngan barang2 bersubsidi yg lain...tu lagi adil dan saksama....bak kate tun mahathir...

adarnadzmie said...

sama la kita akak pun dok terfikir mcm tu jugak semalam....kiki...

pasal 20 sen mcm bole jadik....huhuu

AnneRaini said...

seriusly gaji tak seiring dgn kos sara hidup skrg..sentap ah gini..huhuh

aTieYusof Family said...

Isu 20sen ni memang panas dari smlm..adoi! tensen kan..sebab 20sen nilah akan mengubah corak perbelanjaan isi rumah.. rakyat pasti akan terbeban.. nak redha pun dah tak ikhlas ni..

- said...

kerana 20sen minyak tu laa.....yg menjadikan tragedi oktober huhuhuhuhuhuhu

sangat terkesan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...