Wednesday, October 29, 2014

Konsert The Magic of Asean

Assalamualaikum....

Dah hari rabu..yay yay sukeee... Padahal stress sbb ada lgi 2 hari kena keje sebelum weekend..hehehe. Sapa yang ada fb dgn instagram aku mesti tahu pasal Suci smlm. Aku balik keje nampak lebam dan calar kat tepi dahi die. Aku suspect die terhantuk kat bucu tapi budak pengasuh kat taska tu tak cakap pape pun dgn aku. Ni aku tunggu laki aku report apa pengasuh ckp psl lebam smlm tapi skrg laki aku tgh training bola so xdenya die nak jawab wasap. huhuhu..

Moh citer pasal konsert.. Dah berkurun lama tak tengok konsert weh. Last konsert aku pergi rasanya errr errr bila hah? Jap2 aku senaraikan. First konsert aku masa Johor FM dtg tempat aku buat karnival. Ramai artis masa tu. Dua malam ada konsert. Aku gi jalan kaki je sbb padang dekat dgn umah. Sedara mara pun ramai dtg rumah aku nak tumpang tido tumpang lepak sbb nak tgk konsert.. hehe. Artis masa tu Exist (popular woo dgn lagu Jesnita masa tu), Siti Nordiana, Ali mamak lagi aku lupa... Lepas tu aku tengok konsert kat UM ada artis feveret aku Ziana Zain.. Perghhh best konsert ever ah. Ada jugak kumpulan MAY dgn sape lagi ntah. Aku lupa. Aku ingat Ziana Zain je..kehkehkeh. Pastu konsert Anugerah Juara Lagu yang Spider menang tu.... Best giler. Pastu konsert TM sempena Le Tour De Langkawi..Konsert Battle of The Band dgn Spider..  Lepas tu ni lah kot... Err after 8 years lebih kurang..hehe..

Takde plan pon nak ke konsert ni sbb akupun tak tahu konsert ni wujud. Alih2 je husband aku ajak sbb ade pass masuk. Wife ofismate die keje Kem. Pelancongan so dpt pass. Aku mula2 mls sbb konsert ni malam, sapa pulak nak jaga anak2. Pastu husband deal dgn pengasuh lama Suci minta die tolong. Die okay je sbb die mmg suka Suci dtg umah dia. Kasyah pun okay jek nak duduk umah ibu. So pergilah kami. Tak jauh pun kat UKM jek. Boleh pulak hujan malam tu, basah selipar nak masuk dewan.

Sebelum konsert mula.. Konsert mula dlm pukul 8.45 gitu. Penuh dewan.. Aku punye seat kat tepi pentas.. 

Konsert Magic of Asean ni menggabungkan muzik dari negara2 Asean.. So banyaklah persembahan tarian nyanyian dari Asean.. Syok jugak. Di pimpin oleh orkestra traditional Istana Budaya.. Antara artis yang ada Ernie yang menang bintang RTM.. Sedap suara die... Siap nyanyi lagu Frozen..

Artis yang ditunggu2.. Datuk Siti Nurhaliza... Wooooooooooo.. menjerit2 peminat dia. Aku ni bukan peminat siti. Tapi takdelah benci kat die.. So layan jelah...


Nak amik gambar die kat pentas jauh so amik gambar kat screen sbelah aku ni...hahaha. Orang kata Siti ni kalo tgk depan2 kecik je orangnya tapi aku rasa die memang tembam ah.. 

Dekat pukul 11 jugaklah habis konsert ni... Bergegas kami balik sbb fikir anak kat rumah orang. Tapi sempat lagi tu amik gambar depan pentas..hehehe

Ade ke wife ofismate husband tak perasan aku. Die ingat aku ni student  UKM sbb tu die buat dek je kat aku...kahkahkah.. Padahal aku berjalan sebelah die. Bile husband die tanya mana bini? Pastu husband aku tunjuk aku kat sebelah bini die, terus bini die terkejut.. Apada...

Gitulah setelah sekian lama tak bersosial dapat jugak layan konsert..hehe. Tapi hati dok teringat anak kat rumah...huhuhu...

Daaaaaa...

p/s: Dah 2 hari tak masak... Penat.

5 Magic Words:

Fai CeritaCinta said...

bestnye sesekali dating dgn husband pergi konsert.. hihi..

LadyBird said...

Xpernh g tgk konsert.. mesti bising yg teramat kan?

miza yusof said...

Wow. meriahnya. macam best je :)

Kesuma Angsana said...

wah sempat juga yer, mesti seronok giler kan !

LYAfrina said...

bestnyer,,lya xpernah pegi mana2 konsert melainkan jom heboh tu.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...