Friday, October 10, 2014

Masak-masak makan-makan #4

Assalamualaikum....

Entry santai di hari jumaat. Entry masak2 makan2... Ini kes malas nak share resepi ler ni..kehkehkeh. Jom ler layan.. Aku tak tahu nak bebel apa dah. Petang ni bajet dibentangkan. Seperti setiap tahun, harapan mmg tinggi nak kerajaan bantu rakyat tapi selalunya end up takde banyak perubahan pun. Aku masih macam ni. Ah malas ah fikir. Buat sakit otak je. Cakap lebih2 bukan 'mereka-mereka tu' dengar pun. Hah kan dah terbebel. Kata tak nak bebel tadi..kehkehkeh.

     
Lepas menjadi buat nasi beriani hari tu, aku meneruskan kerajinan nak buat nasi berperisa. Kali ni aku try buat nasi hujan panas... Dilawankan dgn lauk daging masak hitam, sambal tomato dan salad.. Sedap hokeh nasi tu. So kesimpulannya buat nasi berperisa kalau pakai beras basmati kompem jadi.. Aku suka aku suka...Aku akan share resepi nanti so tungguuuuu...

Keesokan harinya, pagi2 dah keletang keletung masak nasi lemak sbb husband nak pergi kelas. Aku mmg setiap kali husband kelas pagi mesti siapkan sarapan sbb tak nak die lapar. Kalau tak sempat sgt, air milo je pun jadi. Nasi lemak dilawankan dgn sambal kerang. Maveles sgt.. Aku yang terliur sekarang...haduiii.

Ini kes terlebih rajin. Since pagi dah masak nasi lemak, so tghari dah tak yah masak. Aku mmg kalau buat nasi lemak akan buat untuk makan sampai malam..haha. Sekali masak je. So tghari tu masa Suci tido, aku godek tepung buat kek coklat pulak... Siap topping...hahaha

Perghh sate siotttt... Ni kes malas masak.. Jadi husband pergi bungkus sate saja sbb die kata teringin nak makan. Aku layan je. Beli 20 cucuk tapi tak berapa cukup sbb Kasyah je makan 6 cucuk...hehehe. 

Kimcam yang aku beli kat Cameron aku masak sos tiram campur dgn udang putih. Tumis bawang merah dgn bawang putih, campur sos tiram letak udang pastu campak kimcam dgn carrot. Kacau hingga layu sikit. Sedap weh. Rangup2 gitu. 


Hari gaji makanlah sedap sikit. Dah lama tak layan Chicken rice shop so ke sinilah kite. Kebetulan adik ipar aku ada, ajak die sekali... Mengah perut nak habiskan..

Gitulah sesi membusungkan perut.. Ni pun ada lagi gambar makanan tak masukkan. Nantikan episod masak2 makan2 aku seterusnya..hahaha...

Daaaaaaa...

p/s:Aku stress ah, raya haji haritu berat naik sekilo..mencik ah.

3 Magic Words:

Zee Suhaini said...

alamak anne, dah lama tingin nak pekena ciken rice..malas benornya nak gi mall..huhuuhuu..paling nak ngap pai tee ngan sayur dier..nyum nyum..

ye la, pakai beras basmathi memang menjadi..dulu takot2 gak nak try..skang tidak lagi..hahahaa dah macam iklan..

aTieYusof Family said...

hahaha..anne baru naik sekilo, sy dah naik 3kg balik..ahaha..tensen! wahh nasi hujan panas ni lama dah nak cuba masak, tapi blm tercapai.. huhu

suri solehah said...

salam kenal sis..sedapnya nasi ujan panas..kak duk dengar bajet jgk ni..tunggu kot2 ada yang menarik hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...