Friday, October 17, 2014

Masak-masak makan-makan #5

Assalamualaikum...

Salam jumaat. Yay dah jumaat dah. Asal jumaat je happy..Tapi jumaat kali ni aku taklah happy sangat. Stress adalah. Esok hari yang mencabar dan menduga untuk aku.. Ah stress fikir pasal esok. Tapi kite watlekwatpeace je. Doa banyak2 semoga suksess. In Sha Allah.

Dan kali ni kite bertemu lagi dalam edisi masak2 makan2. Masaklah sgtkan padahal banyak gambo makan kat luar je..hehe.Moh ler layan. Malas nak bebel lebih sbb aku nak fokus study lepas ni.

Try kedai baru kat area opis. Menu aku ni sizzling chicken. Harga Rm12. Rasa bolehlah tahan. Sedap sangat pon tak. Tak sedap pon tak. Senang citer boleh dimakan sampai habis..hehe

Yang ni menu yang diorder oleh opismate aku. Burger daging. Harga RM12 jugak. Burger besar tapi tak tahu sedap ke tak. Kawan aku kata not bad. Sedap jugak. 

Potato fritter aka cekodok kentang. Korang buat akupun nak buat jugak. Buat minum petang.

Dah lama tak makan japanese food, moh ler layan. Menu macam biasa. Saba steak with tempura. RM35.. Restoren Kirishima ni akan tutup tahun depan so lepas ni xde dah nak makan japanese food. Kena gi Rakuzen kat G-tower nampak gayanya. 

Cheese nan di tengahari. Makan kat restoren nasi kandar Pelita kat jalan Ampang. Orang nak belanja aku okay je. Layan dgn teh 3 layer..pergh syahdu.

Kua teow kering goreng. Ni kua tiow segera jenama A1. Korang kena rebus kejap sblm masak. Macam mihun jugak.  Buat pedas2 letak kerang banyak baru best. Kalo ada taugeh dgn daun kuchai lagi mabeles..

Itu saja untuk edisi kali ni... Tunggu episod seterusnya...hahaha.

p/s: Doakan kejayaan aku kawan2. Walau dalam apa jua yang aku buat. In sha Allah ada masa aku cerita. Nak study jap. Daaaaa..

12 Magic Words:

aTieYusof Family said...

Salam Jumaat..
wah! edisi makan2 ni yg buat lapar..haha..sizzling chicken tu sy tak pernah makan..huhu
* apapun moga di permudahkan urusan ya.. :)

Zee Suhaini said...

gud luck anne..wah sambung study plak..
cik abe dah abis ke study??
syok jer dengar..sendiri malas..huhu..

Amanda Suria said...

Wah...mkn western eh....SA tertarik ngan potaro fritters tu....mcm mn nk buat erk?

ruziyatul mona Adzibi said...

good luck ya utk exam
Sizzling steak tu kat mana .. selalu mona makan sizzling steak kat station 21, bangsar..

adda syuhada said...

Wow! betul-betul sedap ni ...Punyalah mengggoda selera..

AnneRaini said...

zee: bukan smbg study tp benda lain..hehe.. smbg study tu lain tahun..

AnneRaini said...

SA: ini buat ikut suka.. tak ikut resepi..resepi google je.

AnneRaini said...

mona:kat restoren area persiaran stonor. dkt dgn opis sy.

- said...

aduyaiiiii...bikin moon lapar aja..... hehehehehe

Kesuma Angsana said...

semua sedap2 bikin terliur ajelah ptg2 ni !

LYAfrina said...

SLURPPPPP
semua sedap2

husna zahidi said...

semua nampak sedap..kecuali mkanan jepun tu je.. mungkin tak de selera sebab tak pernah mkn kot..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...