Thursday, November 13, 2014

Kluang Rail Coffee

Assalamualaikum...

Lepas mandi manda, husband ajak pekena kopi dan roti bakar kat Kluang station. Femes satu Malaysia tmpt ni. Dah alang2 ada kat Kluangkan marilah kite cuba. Sedap ke tidak ye dak..

Masa kami sampai orang memang ramai tapi masih ada beberapa meja kosong so senanglah nak dpt seats. 

Senarai menu dan harga sekali... Murah je aku rasa. 

Husband dgn bapak mertua aku layan kopi. Dah kata kat sini femes dgn kopi yang sedap so mestilah try kopi. Tapi aku tak minum kopi so aku amik teh tarik je.. Husband kate kopi die sedap.. Kaw! 

Yang ini roti bun bakar mentega+kaya.. Ada beberapa jenis inti yang boleh pilih.. marjerin+kaya, peanut butterlah...akupun tak ingat..

Yang ni pulak roti keping mentega+kaya... Kaya die manis pastu butter die sekeping2 gitu.. Sedaplah jugak tp kalau korang dtg sini amiklah roti bun sbb lagi lembut. Roti keping ni die keras sikit sbb dah garing. 

Menikmati nampak....

Selain roti ada juga nasi lemak yg diletakkan kat atas meja. Kami amik 3 bungkus. Kasyah je makan 2 bungkus.. Yerlah dah berendam dlm air mestilah lapo. Nasi lemak die sedap jugak. Sambal pedas. 

Aku order roti bakar juga utk Kasyah tp die tak nak so aku kena habiskan.. Dah tu caner nak diet???

Nampak pinggan aku tu ada 2 roti.. Orang lain sume satu je..hahaha. 


Kesimpulannya sedap. Nasi lemak sedap, rotipun sedap. Bila2 balik Kluang bolehlah pergi lagi... Sementara mak duduk sana lagi ni.. Tapi tak lama pun sbb 2 thn lg nak pencen dah..hehe

Daaaaaaaa....

p/s: Akukan tengah takde keje sbb sume dah siap.. Pastu boring kat opis..haha

10 Magic Words:

Amanda Suria said...

Orang ckp kat sini kopi dan roti kawen dia sedap....

nuyui a.k.a miss YUI said...

kluang eh.. kot t p jenguk adik leh sggh..huhu

Love Razila said...

Bun dia nampak menarik. HEHEHE, jauhnya nak ke sana. Hmm insyaallah one day kalau lalu sana boleh singgah =)

eima said...

ramai dah review ...cam behs je .. huhuhu dok lalu je keluang tu nanti nk ajak sepupu laki aku singgah situ jg

ruziyatul mona Adzibi said...

sedapnya tengok nasi lemak dia... huhu.. menyesai buka blog petang2 nih.. haha

FiZ said...

akakkk!! lapar nye bila tengok roti bakar tu. dah la hujan2 ni.adehh

Tihara said...

teringin nak rasa tapi takde peluang lagi..

LYAfrina said...

roti tu nmpk sedap la..
tp mmg femes kan tmpat ni.. pernah msuk tv jugak kan

adarnadzmie said...

dpt tgk pun jd le akak ni...nak pegi sana jauh sgt... femes kan tempat ni....

Hana Syed said...

adeiii hana scroll laju2.. dah la time lunch ni lapar tengok pic ni semua lagu mengigil perut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...