Friday, November 7, 2014

Sup Tulang Sedap...

Assalamualaikum...

Hari ni kite share resepi lagi ye.. Tapi ini deepavali punye citer. Cuti hari Deepavali tidak aku sia2kan.. Dah dua hari demamkan sebelum tu so tekak ni cuma nak makan benda panas2 dan berkuah je. Sambal tumis ke asam pedas ke tak mo. Memandangkan masa raya haji aku ada bawa balik tulang rusuk, terus terfikir nak buat sup tulang. Lain kalilah kite buat BBQ ribs tu ye. Tulang yang aku bawa balik tu cukuplah untuk kami anak beranak makan sampai ke malam. Kebetulan adik ipar akupun ada, dapatlah jugak die merasa. Aku ni sebenarnya terliur tengok sup tulang yang kak Azlita letak dlm blog die. Nampak sedap sgt jadinya akupon buat follow resepi tu. Semua bahan aku follow tau. Nasib baik senang nak jumpa leek kat Aeon.

Tengok gambar ni sendiri terliur... Aih sedapnye lahai sup ni.

Moh ler kite tengok resepi... Mohon dihalalkan share resepi kat sini. Kalau nak lebih detail siap ada step bergambar boleh tengok di blog kak Ita

SUP TULANG JANGAN PANDANG BELAKANG
Resepi Oleh : Chef Amer Hamzah

1 kg tulang lembu ~ cuci bersih, Ita rebus dahulu tulang hingga empuk. Masa merebus tulang jika ada lemak atau buih kotoran tu buang. Air rebusan jangan buang sebab kita akan gunakan untuk masak kuah sup. (Akupun rebus dulu smpi empuk)
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1 labu bawang besar di hiris
1 peket kecil rempah sup anggaran 2 sudu besar
air secukupnya ~ boleh guna air rebusan daging
1 batang lobak merah ~ di dadu
1 batang celery ~ dihiris (aku tambah)
2 biji kentang ~ di dadu
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng untuk tabur
Garam secukup rasa
1 sudu teh lada sulah

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inc halia * ( *Dikisar sekali)
1/2 batang lobak merah #
1 batang celery#
1 batang leek# (#dikisar sekali)

Cara2.

Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk
Tumiskan, rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang yang telah di hiris hingga harum dan garing
Masukkan bahan kisar ( bawang merah, bawang putih dan halia ) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak
Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus.
Masak lagi hingga garing
Kemudian masukkan rempah sup. Rempah sup ni boleh campur air untuk jadikan pes.
Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih. Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk.
Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang.
Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil
Masukkan juga daun sup dan bawang goreng
Tutup api dan sedia di hidangkan.

Serius weh sup ni sedap kat tekak aku. Pekat melekat supnya.. Lagi2 tulang tu dah empuk. daging diapun senang tanggal daripada tulang. 

Selain makan dengan nasi, aku buat jadi mee sup tulang. Makan pulak dengan sambal kicap.. Waduh waduh waduh enak banget sih... Hirup kuah die panas2 tu memang terbaik.. 

Exceli satu kurang dalam sup aku ni.. Tadek daun sup. Kedai habis daun sup pulak.. Tu yang tak meriah kaler sbb takde warna hijau..hehee...

Korang patut cuba resepi ni.. Aku rekomen sangat. Lari sikit dari sup biasa kite buat. Okaylah jumpe lagi di lain masa...hehehe poyo.

Daaaaaaa....

p/s: Bos aku yang annoying tu tadek seminggu..yeahooo..

6 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

perghh mggoda btoiii

LadyBird said...

Menjadi btl sup tulangnya.. buat tekak ni rs nk mkn jugak jerk... yumm yumm yumm..

P/s : salam knl.. jemputlh ke teratak lady..

Abang Bear said...

pernah sekali buat sup tulang... sampai menjilat siku orang makan... tapi sayang nya tu lah sekali menjadi... lepas tu berkali kali tak pernah menjadi... sedey

husna zahidi said...

alahai kak sabar jelaa.. meratah pon sodapp ni..:p

lieyalatif said...

perghh menarik wey!!

sup tulang ni laa aku takut n tak berani nak masak wey....takut betul tak empuk tulangnyer... nak pakai presure cooker tu tak reti plak ...

LYAfrina said...

yumm..yum..memang nmpk sedappp la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...