Friday, December 5, 2014

Masak-masak makan-makan #9

Assalamualaikum...

Edisi masak2 makan2 kembali lagi...Aku ni hari2 makan cuma rajin dgn tak je nak amik gambar..Malas pulak nak membebel lebih2. Hari ni mood kurang baik. Malas nak citer...

Rasa dah lama tak buat mee goreng. Memang lama pun. Sebulan lebih ada. Ade mee husband beli aku gorengkan aje.. Habis okey mee sebungkus aku goreng kami makan bertiga.. Nampak sgt kebulur. 

Makan kat kedai Brothers kat Bangi. Masa ni bawa family aku gi dinner sbb diorg pun baru sampai dari kg. Aku bgtau mee bandung kat kedai ni sedap terus semua order mee bandung.. Tapi aku dgn husband order nasi goreng.


Selain makanan asas, wajib jugak amik sate ni.. Sedap sate die. Aku lagi suka sate ni dari samuri. Besar2 gemuk2. Abah akupun ckp sate die besar2 dan sedap. Kalau sate daging pon lembut je. tak liat pon. Sate Hakimi namanya kat Brothers gak. 

Tetibe datang mood nak berdiet nak eat clean la kononnya.. So aku soh husband beli ayam tp potong empat je. Buat grilled chicken. Aku makan ayam je tp utk husband dgn anak2 aku masakkan nasi mediterranean atau dalam bahasa mudahnye nasi butter. Cairkan butter pastu tumis rempah 4 sekawan (cengkih, kayu manis, pelaga dgn bunga lawang) dan kemudian masukkan bawang merah dgn bwg putih yg dah siap tumbuk. Tumis sampai naik bau. Masukkan dlm nasi yg dah siap basuh dan dah masuk dlm rice cooker.  Tambah air, letak garam dan masukkan mix vegie. Masak nasi mcm biasa. Gitulah. 

ini mee bandung untuk aku pulak. Ulang gi makan kat Brothers so aku orde mee bandung. Hari tu tak makan. Sedap mee bandung kat sini. Aku suka. Dpt 2 ketul udang galah tp kecik jelah. 

Tahu bakar.. Kat kedai yang sama dgn sate tu.. Cuma kali ni xorder sate tp order tahu bakar. 

Kan kata tetibe dtg mood nak berdiet so pagi2 kat opis makan nestle fitness dgn low fat milk.. Poyo sgt kan.. hahaha.. Tapi aku konfius berat tak turun pon...nyampah. 

Itu jelah untuk edisi kali ni.. Daaaaa

p/s: Takde p/s lah.

8 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

ni mencik mai ni.. tgk gmbr2 ni..huwaaaaaa..

Ann Ishak said...

macam mana nak turun...makanan kemain meriah ni sayang oiiii. keliuk suda :)

Kniedaz said...

semua sedap huhu

eima said...

ai dah la lapo ni tak lunch ... huhu

Eda Ejai said...

sate tu mmg wajib kan kalau makan kat luar.. sambil sembang sambil ngap2 dah tak prasan habis.. hehehhe..

LYAfrina said...

yummm..
mcm2 ada...

Najib Ariyan said...

bestnya tengok mee udang melingkar dua tiga ekor besar hp tu... erghhhh....

- said...

waduhhh meriah tgk makanan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...