Tuesday, December 2, 2014

Restoran Mee Tarik Warisan Asli Bangi

Assalamualaikum...

Minggu lepas kami ke Manjaku Bangi untuk beli barang anak2. Lepas dah membeli belah, jam dah pukul 6.30 petang. Terus decide untuk pergi makan je. Perut pun dah kebulur dah. Husband ajak makan kedai Chaiyo je tp aku komplen sbb bosan. Takdelah nak mencuba kemain banyak kedai makan kat Bangi tu last2 nak pergi chaiyo je. So aku suruh pusing cari apa tempat makan menarik yang kite boleh cuba. Ternampak pulak restoran mee tarik ni.. Sebab aku memang teringin nak try mee tarik tp takde masa nak gi Sungai Besi so bile dah nampak ade kat Bangi pergi jelah.

Kasyah seperti biasa akan suruh amik gambar die tp die selalunya bukan nak senyum tp kali ni senyum pulak... Tengok gambar die ni rindunye kat die walaupun baru petang semalam je die ikut atuk die balik kg...Masa die nak gerak tu sebak gak aku tp aku buat tak reti je sbb diepun ceria je... 

Along jgn nakal2 tau. Jadi good boy kat kampung. Nanti minggu depan mama balik jenguk along. 

Suci mengada..

Suasana dalam kedai.. Nampak bersih je kedai die... Korang boleh tengok diorg buat mee kat depan tu. 

Order air standard. Husband Teh o ais limau aku limau suam.. Jrg sgt tukar air. 

Mee untuk Kasyah.. Aku ingat2 lupa nama mee ni. Kalau tak silap aku Fried lamen with beef kot. Mintak tak nak pedas. Suci pun makan mee ni jugak. Nampak mcm plain je tp sedap hokeh wlaupun tak pedas. Harga RM8.80 kot.. Lupe.

Ni aku punye mee tak tau nama.. Ala2 mee sup. Pedas sikit tp kalau ikut aku tak pedas manapun. Yg ni pun sedap.. Harga RM8 kot..lupa jugak.. Ni katanya specialty die... Sup apentah..Tak kesahlah nama apapun. Yang penting sedap. 


Yang ni husband punye. Fried wet mee with beef..Sedap jugak. Sayur tu manis2 rasa die. Tapi serius aku tak tau sayur apa. Nak kata asaparagus kulit die licin je... Yang ni harga RM9.80 kot... Haha semua harga aku tak ingat tp lebih kurang gitulah...


So kesimpulannya pada aku makan kat sini sedap. Mee die sedap aku suka. Kalau korang nak try boleh ke Bandar Baru Bangi.. Alamat aku tak tahu tp kedai die kat bangunan baru depan restoran Mohd Chan tu.

Daaaaaa....

p/s: Rindulah kat anak..huhuhu

3 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

Eh eh td blogger lelaki up entry kedai ni..
nmpk best menu dia.

- said...

hmmm biasa dgr nama restoran ni...mcm familiar je... cuma belum bkesempatan nak makan kat situ...

*majlis mun, ahad ni..

LYAfrina said...

menu dia kat sini semua mee2 ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...