Wednesday, January 29, 2014

Wordless Wednesday


Orang lain selfie, akupun nak selfie gak..


Festime pakai tudung ala2 Najwa latif. Terus nampak muda 10 thn..hahahak tuih..

Monday, January 27, 2014

Santai Isnin

Salam...

Tak sempat nak citer panjang. Busy weh kalo hari Senin nih. Badan pun sakit2 lagi sbb penat cuti2 semalam. Balik Putrajaya pun baru pagi tadi. Sampai2 jek terus bersiap pergi keje.

Kawan aku share quote ni pagi tadi. Tergelak aku. Terus tunjuk kat ofismate aku yg masih single lagi..hehe.

Citer jalan2 lain kali yer...Gambar pun tak masuk laptop lagi.

Daaaaaa...

Friday, January 24, 2014

Suci sebelum botak.

Salam...

Semalam patutnya aku buat prosedur operation tu kan, tp sebenarnya tak jadi. Terpaksa ditangguhkan gara2 teknikal problem. Huhuhu. Aku ni tak kisah pun pasal penangguhan tu tp yang aku kesahkan adalah cuti aku tu beb. Tak pasal2 rugi sehari2. Huwarghhh... Kalo cuti tu untuk gi berjalan2 takpe jugak..huhuhu nangis lagi. Tapi xpelah, dah tercuti nak buat camne. Yang penting hari sabtu ni kami sekeluarga nak gi bercuti dalam erti kata sebenar. Tak jauh pun. Nak ke Melaka saja. Kami dah booking bilik di Bayou Lagoon Resort. Terpikat dgn hotel ni sbb ada kolam renang siap gelongsor bagai ala2 waterpark gitu. Kiranya ni untuk kepuasan Kasyahlah. Aku sah2 tak boleh nak join sbb Suci kecik lg. Kite dok tepi kolam jelah dik. :(

Moh ler layan gambar Suci ni. Oh sekarangkan Suci dah botak... Huhuhu nangis lagi. dah macam budak lelaki dah. Dah hilang keayuan sbb dah botak. Tapi xpelah, tak lama lagi ayu lah balik anak mama. Hehehe. Gambar die botak aku xde lagi sbb malas pulak nak ambil gambar budak botak. hahaha.





P/s: Nak gi Melaka sbb nak try coconut shake Klebang..hehe

Wednesday, January 22, 2014

Amboi mak sibuknyer...

Salam..

Dah hari rabu dah weh... Baru la ni sempat nak jenguk blog, belek2 fikir nak up entry apa..hehe. Dua hari ni aku busy bebeno. Semalam most of the time aku xde kat ofis. Ada kat ofis pun untuk uruskan interview calon biasiswa. Lepas tu keluar balik. Bayangkan aku ni duduk putrajaya. So pagi tu travel dari putrajaya ke KL pastu ke Putrajaya pastu balik KL pastu keluar lg ke putrajaya pastu balik KL balik and balik ke putrajaya semula. Hadoi berapa banyak kali ulang alik daaa... Balik umah terus lepak. Dah ler sepanjang hari berhigh heel. Aku ni dah ler jrg2 pakai kasut sbb selalunye berselipar. Tp sbb smlm nak meeting dgn JPA dan KKM so pakailah kasut. Xkan nak pakai selipar pulak. Tapi sudahnye balik umah kaki xboleh pijak lantai.. Sakit giler.. Malam tadi makan pun tak sbb tak selera sbb penat sgt.

Esok dan jumaat aku akan cuti. Esok aku akan undergo satu operation. Apa dan di mana nnti aku citer ye. Doakan semuanya berjalan lancar dan aku selamat..huhu.

p/s: Hari ni baru nak berdebor.. Sblm ni okay jek..huhu

Thursday, January 16, 2014

Durian Udang Merah

Salam..

Hari ahad haritu, lepas balik shopping barang2 untuk kenduri Suci, aku tetiba rasa macam nak durian sesangat. Kebetulan skrg mmg musim duriankan so adalah orang kampung menjual durian kat tepi2 jalan nak balik rumah. Terus suruh husband berhenti nak beli durian. Sampai kat tempat orang menjual tu, terus dibaginya rasa durian udang merah. Durian 'selamat datang' katanya. Bila kami rasa tu, alahai sedapnya. Lemak, manis, pahit sume ada. Pahit die pun lite2 je. Memang sedap ah. Bila tanya pakcik penjual tu kata itu durian udang merah. Aish terus tanya harga. RM10 sekilo jadi kami ambillah sebiji yang agak besar dgn berat 2kg. Selain durian tu beli gak durian kampung 2 biji dan seguni durian longgok yang rosak sikit tp still boleh makan isinya. Semua sekali RM50. Hambik ko memang puas makan. Yang durian longgok tu pun kemain elok isinya. Yang rosak cuma sepangsa je tp pangsa yg lain sume sedap2. Aku makan durian sampai sakit tekak nak demam. Balik sini terus kena flu koooo...hahaha

Ni durian kampung yang dibeli.. Sebelah tu seguni lagi durian... Memang kategori melantak.

Inilah durian udang merah tu. Sebiji RM20. Sekali sekala nak try udang mahal sikit..hehe. Tapi kalau kat KL xdpt harga ni.

Isi durian udang merah. Kuning2 dan tebal. Makan seulas dah kenyang. Memang puas sangat makan.

Sekarang ni aku nak petua hilangkan perit tekak dgn selesema ni. Dah ler sabtu ni kenduri. Badan kena fit sbb banyak keje nak buat ni wehhh...

Daaaa..

Wednesday, January 15, 2014

Wordless Wednesday

Salam...

Just nak share wajah2 Suci. Lepas ni Suci akan botak..huhu





P/s:Entry dlm draft yg terpublish sendiri..huwarghh..

Friday, January 10, 2014

Petang ni nak balik kampung nak gomol si Suci.

Salam..

Hah kemain panjang tajuk siap bagitau tujuan. Dah tak payah nak tulis banyak2 lagi..haha

Aku tak pernah amik gambar lagi dengan Suci. Ni ler baru amik gambar masa nak balik minggu lepas. Bukan tak nak amik gambar dengan anak tapi aku ni kemain kembang setaman, tak kuasa ah aku. Yang ni ambik tang muka je so xpe..hahaha

Suci masa ni baru lepas menyusu. Lama okay die nyusu macam tau2 je nak kena tinggal. Malam tu mak aku kata die tidur nyenyak dan hanya bangun sekali je nak susu. Hamboi baiknya. Selalu dgn mama sampai 3-4 kali bangun. Oh, lupe die kenyang giler..haha

Ni gambar masa dia baru bangun tido. Dia kalau bangun tido memang ceria. Gelak, sengih tak sudah2.

Hah kemain gelak beso. Apa yang kelakar sangat tu Dik? 'Kawan' adik buat lawak ke?

Haiiiii... Saje je ku edit gambar ni. Orang lain aku tengok kemain cantik edit gambar so akupun tak ketinggalan..

Petang ni aku balik naik kancil je. Suami aku suruh bawa kancil sbb nak jimat. Kamikan berulang tetiap minggu. Kalo bawa kancil minyak RM50 cukup pergi balik. Kalau bawa kete merah tu, RM40 sekali jalan..huhu. Tapi aku kena bertabahlah bawa kancil sbb kete kecil kan takde pick-up. Slow ler weh. Tak boleh nak mencanak-canak di highway..huhuhu.

Balik kali ni banyak benda aku nak buat. Actually minggu depan 18hb aku buat majlis kesyukuran Suci. So minggu nilah nak settle goodies bag, kemas umah, itu ini. Isnin pulak aku cuti supaya dpt lama sikit dgn Suci. lagipun boleh buat persiapan tu lah.

Jumpa lagi..daaaa

Thursday, January 9, 2014

Ayat-ayat Kasyah

Salam.

Sejak2 dah pandai bercakap ni, selalu jugak aku terkedu dgn ayat2 yang keluar dari mulut Kasyah. Lawak pun ada.

Situasi 1:
Kasyah tengah main2 tepon dgn Pak Ngah die (abang aku ler tu).. Konon2 tgh borak2 dlm tepon alih2 je dengar die cakap
"Papa ni poyolah".
Tergelak aku terus. Husband pon konfius apsal tiba2 papa yang poyo ni??? haha

Situasi 2:
Kasyah tengah tengok TV citer Mickey Mouse Clubhouse.

Mama: Along, mama nak tengok citer mama..
Kasyah: Along nak tengok citer along..
Mama: Alaaa, mama nak tengok citer mama laaa..
Kasyah: Along nak tengok citer alonglaa.. Citer along xabis lagi..
Mama: Alaaa.. mama nak tengok citer mamaaaaa...
Kasyah: Jangan kacau along!
Mama: ????? (hampeh, kena sound aku. hahaha)

Situasi 3:
Aku tengah siap2 nak keluar. Kasyah datang dekat.

Kasyah: Mama, along nak ikut.
Mama: Xboleh. Along xnak dengar cakap mama so xboleh ikut. Mama xnak bawa along.
Kasyah: Alaa, along nak ikutla.. Mama ensem. (konon bodekler tu)
Mama: Ek? Apsal mama ensem. Mama cantiklah. Papa yang ensem.
Kasyah: Mama ensem, papa comel.
Mama: ???? Apakah?

Situasi 4:
Kami sedang siap2 nak gerak balik Putrajaya dari kampung. Masa ni malam kul 9.

Kasyah: Mama, tu antu tu.
Mama: (terdiam sbb dah start nak seram).
Kasyah: Tu antu tu. (sambil tunjuk ke atas bhgn beranda rumah)
Mama: Tu bukan antu. Tu lampulah..
(hadoiiii..tak pasal2 seram..)

Gitulah serba sikit yang aku ingat.

Ni gambar pagi tadi. Husband letak kat fb. Katanya hari ni die xmengaruk nak gi sekolah. Semalam pun die cerita die makan kek angry bird kat sekolah die. Nampak seronoklah sikit semalam. Hopefully teruslah bertahan. Trauma2 tu boleh die lupakan. Budak2 ni kalau xde yg menakutkan die, die okay je.

Daaaaa...

p/s:Esok nak balik naik bas ke drive sendiri ek???

Wednesday, January 8, 2014

Lirik lagu omputih..

Salam..

Hari ni entry santai2 je. Entry terfikir masa drive gi keje tadi. Aku terdengar lagu roar (Khaty Perry). Ayat pertama lagu tu I used to bite my tounge and hold my breath. Tetibe aku tersengih sbb aku rasa lirik tu kalo tukar bhs melayu mesti jadi kelakar. Aku tergigit lidah dan aku tahan nafas. Haha tak puitisnyer. Banyak jer lagu omputih yg lirik die mengarut dan tak puitis. Yang kalo kite dengar versi omputih tu sendiri mmg kena je tp cuba kalo tukar maksudnya ke BM mmg ntah apaapa. Macam lagu rihanna Umbrella tu, tak ke bodoh je nyanyi lagu "payung, payung, payung". Pastu lagu Bruno Mars yang lazy song tu. Lirik die bermaksud aku malas nak buat pape, rasa nak baring atas katil je dan malas nak angkat tepon. Apakah? Tapi kalo nyanyi dlm english kemain international bunyinya padahal.. hahaha

Macam lagu melayu jugak, aku kurang berkenan lagu2 versi sekarang ni. Lirik tak puitis langsung. Tak indah didengar. Lagu dah sedap, dah catchy dah tp lirik mmg spoil. Mcm lagu Najwa latiff yang cinta muka buku tu, mmg aku kurang berkenan. Lagu Tasha Mansahar tu pun lirik xindah. Lagu2 lirik direct selling ni mmg xmenepati citarasa aku. Sbb tu aku lagi suka lagu lama. Even lagu rock kapak pun lirik puitis. Macam lagu Karam kumpulan Zabarjad.

"Karam aku di lautan duka, bila wajahmu hilang di mata, tiada berita pengubat rindu, di kala sendu..."

Kan sedap tu. Ini tak asik aku suka kamu, kamu suka aku, aku merajuk kau pujuk. Apahal? Haha. Lagu Waris pun aku nyampah. Macam Rembau most wanted tu. Asiklah lirik diulang2 byk kali. Asik tanya Where you at? where you at? Akupun boleh buat lagu kalo gitu. Mak kat mana? Abah kat mana? Along kat mana? Bos kat mana? Tanya je sesapa kat mana...hahaha. Pastu lagu yang dengan Era FM tu. Asiklah ngulang "kito monang yo" sampai habis lagu.. Aku yang dengar ni macam ????? Akupun boleh nyanyi "aku lapar yo aku lapar yo aku lapar yooo" hadui. Satu lagi lagu Waris yang aku xgemar jugak lagu bertingkek-tingkek... Asiklah ngulang "duit den bertingkek-tingkek". Stress aku dengar tau.

Cuba tengok lirik lagu 'angin syurga' dari Misha Omar.

'Ku himpun waktu ucapan terindah
terbenam sudah asmara
mesranya siang dan malam
selalu kau tiup kan angin syurga padaku'

Kan indah tu. Nak dengar pun syahdu je... Tu pasal kalau gi karaoke kebanyakan lagu aku nyanyi lagu lama...Baru layan. Kalau lagu baru ni, lagu Nomad ke, Chakra Khan ke, Asfan ke, dan beberapa lagi je yang aku layan. Tp kebanyakannya mmg tak ah! Baik gua layan dangdut 'ah,ah' lagi bagus..hehe.

Well ini hanya pendapat peribadi aku je. Kalau korang suka itu hak koranglah. Telinga lain2 maaaa.. Telinga aku tak sama dengan telinga kau. Warna taik telinga kita pun berbeza..hahaha.

Okaylah, aku nak sambung keje.

Tuesday, January 7, 2014

Camno nak buek ni?

Salam...

Alkisahnya, semalam lagi nak cerita tp aku mc lah pulak. Tak sakitpun tp sbb aku gi cek mata so doktor tu bg mc..hehe.

Aku risau sebenarnya dgn Kasyah. Masa hari pertama tu mmg die bersemangat waja nak pergi sekolah. Kejut pagi tu senang je. Pakai bajupun senang. Masa balik tu aku amik die siap xnak balik. sibuk main dgn kawan2. Bila tanya, sekolah best x, die jawab best.

Tapi hari kedua die dah xnak gi sekolah. Terpaksa husband pujuk siap bawa mainan lg. ( Mainan die sume hilang..huhuhu). Balik tu bila aku amik, die mula monyok. Aku tanya pasal sekolah xnak jawab. Senyap je. Bila dah tanya banyak kali baaru jawab. Itupun sepatah je. Tanya nak gi sekolah lg x, die jawab xnak. AH sudah! Dah kenapa xnak gi sekolah. Hari kedua tu kan hari jumaat so ptg tu kami balik kglah nak jenguk Suci. Masa dlm kete aku perasan ada lebam kat kaki kasyah atas lutut. Aku belek betul2 nmpk kesan kuku. Hati ni jadi geram dan sedih. That is when aku figure out kenapa kasyah cakap xnak gi sekolah. Die kena cubit rupanya. Patutlah. So aku pesan kat hubby soh ckp kat cikgu2 tu jgn cubit cie or pukul die smpi berkesan. Lagipun baru 2 hari kot sekolah. Sah2lah Kasyah tu baru 3 thn setengah. Baru nak belajar gi sekolah. Kalo hari kedua dah kena cubit kena marah, mmglah budak tu takut.

So semalam Kasyah buat perangai lg. mati2 die xnak pakai baju sekolah and tak nak pergi sekolah. Husband hntr pakai baju biasa. Itupun die menangis cakap nak ikut papa gi keje. Husband tanya kat cikgu pasal lebam tu, semuapun xmengaku. Bera je muka memasing. Seriusly aku ni bukan mak yg ngengada xleh pukul anak aku tp jgnlah sampai berkesan gitu. Kalau berkesan tu maknanya kuat. Aku ni pukul gak anak aku tp sejam je kot merahnya. Xdenye sampai lebam 2 hari. Hari ni Kasyah masih xnak gi sekolah. So kami dah buntu dah. Die macam takut nak gi sekolah. I wonder why?

Kami bagi masa seminggu ni.. Kalau masih xnak gi sekolah, aku stopkan jelah. Bayarpun aku baru bayar separuh. Saje aku suruh husband hold dulu bayaran tu. Mungkin Kasyah terpaksa aku hantar sekolah kat kg. huhuhu. But hopefully Kasyah makin ok. Lagipun kami dah pesan pd cikgu2 tu jgn buat kasyah fobia nak pergi sekolah.

Haiiihhhh... (mengeluh panjang)

p/s: Pagi2 terkejar2 nak pergi keje awal dan siapkan kasyah.

Friday, January 3, 2014

Entry baru di tahun baru


Salam...

Dah masuk hari ketiga tahun baru, barulah berkesempatan nak menaip sedikit warkah buat pembaca belogku sekelian..chewahh..

Aku kalau naik je kerja lepas tahun baru mmg busy. Mana tak busynye kalo dah kena baca paper untuk 6 hari tak ke muntah ijoo namanya. Ni pun aku baru settle baca semua paper2 tu. Barulah boleh ngedate dgn korang... Hehe. Aku tau korang rindu kat aku. Takyahlah tanya, korang mesti jawab rindu punye.. hahaha (sorry, azam tahun baru nak jadi lebih perasan..boleh?)

Semalam Kasyah dah start sekolah. Aku tak hntr sbb aku keje. X amik cutipun sbb kebetulan suamipun xkerja semalam so biarlah die hantar.

Gambar Kasyah pagi2 sblm ke sekolah. Gambar dah sampai sekolah haram laki aku nak amik. Kasyah sekolah kat little Caliph jek. Dah itu yg dekat dan ada day care. Nak masukkn smart reader xde day care pulak.

Balik keje aku amik die. Tgk2 die kemain seronok main dgn kawan2. Alhamdulillah cikgu die kata die ok je cuma xnak tido siang. Nak main sesaja. Tapi pagi tadi buat perangai xnak gi sekolah pulak..haduilah. Mcm2 peel.

Okaylah kita akhiri entry ini dgn gambar adik Suci... Ptg ni balik Segamat lg nak tgk anak dan hntr bekalan susu.

Daaaaa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...