Friday, February 28, 2014

Mini pretzel

Salam...

Aku dah restock mini pretzel. Jom beli. Tak rugi sebab sedap sangat. Makan sekali tak berhenti.

Perisa yang available:

Coklat
Butterscotch
Strawbery
Bluebery
Coklat + Butterscotch
Coklat + Bluebery
Coklat + Strawbery
Coklat + Oren
Coklat + Mint
Coklat + Honeydew
Coklat + Apple
Strawbery + Bluebery

Sedap hokey... Kasyah pun kalo dah makan satu mesti mintak lagi dan lagi dan lagi sampai die boring.

Rupa paras mini pretzel yang pelbagai perisa. In sha Allah akan datang akan ada perisa baru yang menyusul.. Cepat2 order sekarang. Boleh rasa dulu mana tahu raya ni boleh jadi glemer letak cookies omputih atas meja makan. Yum yum..

Sms aku di nombor 019-7125977 atau wasap aku di 012-7082606. Pm kat fb pun boleh. Search saja Anne Raini. Rasa sekali pasti nak dua kali pastu tiga kali pastu berkali2. Senang citer order je dgn iols..hehe

#Serius buyer only.

ps:Letih asik jawab pertanyaan nak order tp bila suruh confirmkan terus senyap sepi.

Thursday, February 27, 2014

Kena rasuk ke apa?

Ya ampunnnnnnn... Setan malas manalah yang dah merasuk aku ni? Kemmahhin malas nak berblog skrg. Aritu lepas up entry kenduri Suci, dah semangat dah nak citer pasal jalan2 Melaka. Alih2 esoknye jadi tak rajin pulak. Hadoiii.. Lepas tu aku BW baca jer. Nak komen pun ikut mood. Ada yg aku komen, ada yang tak.

Yang benonyer pun macam2 berlaku dalam this few weeks. Tak perlulah aku share semuanyakan. Yang pasti memang betul2 buat mood tunggang terbalik. Bercampur baur perasaan. Nak nangis ke nak ketawa? Nak kata benda tu menyedihkan, rasa mcam kelakar pon ye. Nak kata kelakar, rasa nak menangis pun ye. Yang penting..haih! Mengeluh jer yang aku boleh buat. Tabahlah hati weh.

Cuma dalam ujian yang datang ada terselit kenikmatan. Bab menyakitkan hati tu, kita buat2 donno je. Tak boleh buat apa pun. Yang penting, bulan 3 ni Suci dah start duduk dgn aku. Yayyyyy tak payah nak rindu2 lagi. Kami dah jumpe pengasuh yang boleh jaga Suci. In sha Allah, pengasuh ni baik dan menyenangkan hati. Tawakkal Suci akan baik2 saja. Tak payahlah aku berulang alik tetiap minggu balik Segamat. Dah ler penat drive, duit pun keluar macam air. Cuma mak bapak aku jerlah sedih sikit. Yerlah dah 4 bulan Suci kat kg. Hari2 mak bapak aku ngulit Suci. Gomol die pagi petang siang malam. Alih2 dah xde budak nak digomol. Huhuhu.

Layan jerlah gambar my precious ni. Gambar sebulan lepas. Banyak benda nak cerita ni weh. Blog pun dah sendu jer... Sesendu hati tuannya..huwarghhh awat jadi lagu ni... Cek nak rajin berblog balik.

p/s: Stress.

Monday, February 24, 2014

Tragedi lemas di Segamat

Rasanya ramai yang dah tahu tragedi lemas 8 sekawan di Segamat Jumaat lepas. Sedih menyelubungi warga Segamat sepanjang hujung minggu. Well, sebagai orang Segamat aku turut terkesan dengan tragedi ini.

Tragedi berlaku di Sungai Muar dekat pekan Buloh Kasap. Actually Buloh kasap tu pekan dekat kampung aku. Aku kalau balik kampung umah makcik2 dan atok aku akan lalu Buloh kasap. Lepas tu kan sungai tu mmg tmpt pakcik aku mencari rezeki sebagai nelayan sungai. Stok udang galah ke ikan sungai ke mmg selalunya pakcik aku bagi. And bapak mertua aku pun setiap hari memancing kat sungai tu.

Semua mangsa pulak adalah dari Taman Mewah Buloh Kasap. Taman Mewah tu sebenarnya taman umah makpak mertua aku. Setiap kali balik segamat mestilah balik umah mertua kat taman mewah. Malah bebudak tu semua husband kenal. Salah sorang tu adik kepada kawan husband sendiri and salah sorang mangsa juga adik kawan sekolah aku. Takziah Norizan. Moga adik ko tenang di sana. Salah sorang mangsa lagi merupakan cucu kepada jiran mak aku. Rumah die sebaris dgn umah mak aku kat Felda Pemanis tu. Patutlah malam hari Jumaat masa aku sampai dari KL aku lalu depan umah die, ramai orang. Masa tu aku dah tahu pasal tragedi tu tp xtahu pulak cucu die salah sorang mangsa.

Dan kesemua mangsa bersekolah di SMK Buloh Kasap. Sekolah aku tuuu. Aku sekolah kat sana masa aku form 6. Aku baca dalam paper dan juga fb group Segamat, sekolah buat tahlil dan yasin, sebak pulak rasanya. Sedih.

Semoga roh arwah tenang di sana. Doakan mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al-Fatihah.

Sesapa yang tak tahu cerita boleh klik sini

Friday, February 21, 2014

Tak adil.

Salam.

Kehidupan tak pernah adil.

Aku rasa tak dilayan dengan adil.

Aku rasa tak diberi dengan adil.

Tak Adil!

p/s: Aku penat dah! Kadang2 rasa dah putus asa.

Tuesday, February 18, 2014

Kenduri doa selamat dan cukur jambul Suci

Salam...

Haduii payah betul ye nak jumpa balik mood hilang. Ni pun aku jumpe mood tersorok kat bawah ketiak laki aku..motip??? hahaha xde maknanya. Ni aku menggigihkan diri resize gambar pastu menaip pulak sbbnya aku skrg xberapa boleh nak buat kerja dek kerana pc aku tgh kosong. Actually aku baru dapat pc opis baru semalam. Tapi pc ni agak kosong. Adobe pun xde. file pdf sume xleh bukak. Acaner? Buatlah keje lain dulu. Tu yang nak update citer basi ni..

As you all know kenduri cukur jambul Suci dah pun dibuat 18 jan lepas. Dah sebulan kooo. Kepala botak diepun dah tumbuh rambut dah..haha. Plan nak buat kenduri nipun dlm 2-3 minggu je. Rasa mcm tarikh tu okay terus proceed. Yelah skrg kan Johor cuti Jumaat sabtu so nak buat kenduri kenalah ari sabtu. Kebetulan mggu tu ada cuti thaipusam so dptlah aku cuti jumaat utk buat persiapan. Buat majlis simple2 jer. Xdenyer nak berpelamin bagai. Nak berendoi2 letak buai tu mmg tak ah aku nak buat. Membazir sume tu. Tapi kalau duit dah terlebih xpelahkan.

Persiapan ala kadar je. Makanan sume org2 kampung yang masak. Rewang ler katakan. Akupun masak jugak. Aku masak sayur campur chinese style. Kemain makcik2 tu kata, nak merasa aku masak. Tak memasal berpeluh aku dgn suami masak sayur..haha. Entry ni kemain byk gambar. Layan jerlah.

Suci papa jaga. Masa ni pakai baju biasa dulu. Dah nak mula majlis baru pakai baju princess. Aku tgh menyinsing lengan kat dapur.

Ini pulak goodies bag Suci. Buat sticker tu dan print lps tu tmpl. Senang ko print atas kertas print n stick tu jer. Isi dalamnyer ada air kotak, biskut coklat cip, biskut butang, choki2, lolipop dan epal.

Hoiii kemain bersepah rumah. Dah namanyer kenduri takkan rumah bersih berseri pulak. hehe

Abang aku jadi tukang goreng ayam. Buat ayam ala KFC jer.

Buffet table. Lauk hari tu ikan patin salai masak lemak cili api, sambal sotong kering, gulai lemak nangka, sayur campur dan ayam goreng. Air laici dengan kuih muih dan juga candy buffet.. Candy buffetlah sangat... haha.

Dah lepas zohor mari salinkan baju dak kecik ni. Pakai baju ala2 princess. Mama ko mmg bercita2 nak pakaikan anak baju gaun kembang gini tau. Tercapai hajat mak..hehe

Orang dah mula datang...

Kasyah sibuk main kat luar. Sepupu die ramai melayan.

Masa untuk cukur jambul pun tiba...Bagus tau Suci. Diam jer ala2 pasrah gitu.

Kokak terus rambut die..haha

Dah selesai majlis... Sementara nak tunggu orang makan, kite bergedik2 santai dulu... Mood Suci mmg tiptop hari tu. Xmeragam pun. Cuma hek hek nak susu je. Good girl.

Kasyah mengada2 masa ni. Ajak ambik gambar tp die buat pesen gedik2 lentuk. Xnak tgk kamera.

Kan..kemain mengada lagi dia. Sampai Suci pun pandang slack je. Apa kes abang aku ni??? hehe

Ni je yang semenggah sikit. Suci pun nampak macam senyum. Tapi aku ni hoiii kenapa kembang semangkuk sgt??? mencik tau.

Masa untuk makan. Jommmmmmmm....

Sementara mama makan, Suci duduk dgn nenek ye.

Gitulah majlis serba ringkas untuk Suci. Masa Kasyah dulu buat kat rumah mak mertua aku so kali ni buat kat rumah mak aku pulak lah. Penatnyer lahai seminggu pun xhilang. Esoknya kami terus botakkan Suci. Sayang wooo rambut lebat die tu tp xperlah nnti tumbuh jugak.

Daaaaaaa...

p/s: Bertabah nak habiskan entry tertangguh jalan2 Melaka.. Haduiii.

Tuesday, February 11, 2014

Nak minta tolong...

... cari mood nak berblog aku ni hilang ntah ke mana???huhuhu

Salam..

Weh korang, aku rindu kat korang. Seriusly malas betul nak update blog lately. Tengokler aku bg entry WW jer. Tolong ler cari mood aku hilang ntah ke mana.. Kena culik ke, lari dari rumah ker, akupun tak tahu. Kang kalo aku repot polis kang, polis kate aku gila..huahuahua. Nak aku iklankan soh orang caripun payah jugak sbb mood aku ni aku sendiri tak tahu bentuk die mcm mana. Ntah bulat ker, bersegi ke, kotak ke, heart shape ke, mmg aku tak tahu.

Err korang kalo jumpa bgtau aku eh.

Daaaaaa...

P/s: Entry mengarut buat warm up...hihihi

Wednesday, February 5, 2014

Wordless Wednesday

Salam...

Mak hencik siap2 nak gi pasar...layan..kihkihkih




Arghhhh rindunya kat si kecik sorang ni... Dah ler dah pandai ketawa. Dah pandai berborak. Geram sangat tau...

p/s:Mood rajin belum mari.. Cuti lamaler katakan.

Tuesday, February 4, 2014

Mini pretzel yang ohsem. Mari pakat beli ramai-ramai.

Ini sticky post... Entry baru sila scroll ke bawah.

Salam...

Siapa ingat aku pernah share pasal mini pretzel kat blog aku ni dulu? Masa tu ramai jugaklah yang tanya mana nak dapatkan mini pretzel tu. Jadinya sekarang ni ada berita baik buat korang yang teringin nak rasa mini pretzel tu.. Korang boleh order dgn aku... Yay.. Happy tak? Happykan.. Haha sendiri tanya sendiri jawab..sedih..kihkihkih.

Mini pretzel N Bretzel yang sangat sedap ni didatangkan dalam pelbagai perisa. Ada coklat, apple, mint, honey dew, lemon, orange, butterscotch, strawbery dan blueberry. Ianya cruncy yang membuatkan anda tak boleh berhenti mengunyahnya. Rasa mini pretzel ni adalah lemak lemak masin bercampur manis dari coklat pelbagai perisa itu. Memang terbaik!

Mini pretzel ni datang dalam 3 jenis bekas iaitu besar, medium dan kecil. Yang dalam gambar ni bekas medium mengandungi 48 biji pretzel. Perisa yang terdapat dalam gambar ini adalah strawbery, butterscotch, coklat, orange, mint dan lemon. Tiada dlm gambar apple, honey dew dan blueberry.

Mini pretzel ni adalah produk bumiputra yang dijamin halal. Sila2 jangan malu jangan segan untuk order supaya korang tak ngences lagi..


Anda boleh order sekarang dan in sha Allah, barang akan di pos selepas raya cina. Sila bagi masa seminggu untuk kami prepare order anda. Buat masa ni cuma ada balang medium saja. Untuk order balang besar dan kecil akan diberitahu kemudian. Sebagai promosi pengenalan, aku buat harga promo. Hanya RM27 sahaja untuk balang medium. Harga tidak termasuk pos. Sila tambah RM7 sebagai pos ya. Berminat nak order? Boleh sms aku di talian 019-712 5977 ataupun pm di fb aku Anne Raini. Nak whatsapp pon boleh di 0129082606. Tapi harap maklum kalau aku lmbt balas tu faham2lah bahawasanya anak aku suka sgt main tepon dan tab aku tu. So selalunya kena tgu die xnak main baru boleh guna.

Mari pakat order ramai-ramai. In Sha Allah tak rugi. Memang enak. U can't stop munching it.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...