Friday, March 28, 2014

Macam macam

Salam..

Baru minggu lepas kemain semangat nak update blog tp semangat tinggal semangat. Minggu ni hari Jumaat ni lah baru sempat nak mencoret sesuatu kat sini. Macam-macam berlaku. Berita terkini mengenai MH370 turut menjejaskan hari aku. Well, hari Isnin aku super busy sampai terpaksa buat OT. Hari selasa pulak aku ada function yang perlu diuruskan dari A-Z. Petang baru dapat balik ofis tp kerja kat ofis pun dah sedia menanti. Hari rabu pulak aku cuti sbb bawa Suci inject 5 bulan. Datang ofis semalan kerja masih tak berkurang. Kerja sendiri tak buat2 lagi. Dok sibuk dgn kerja request dari big boss. Letih sgt.

Dah lah tu dpt pulak berita yang menyedihkan. Pasal kerja jugak. Berita tu dah buat aku xde motivasi nak buat kerja but still kerja tetap diteruskan. Lepas satu, satu. Di sebalik hati yang gundah, tanggungjawab tetap ditunaikan. Tapi entahlah. Masih perlu mencari jawapan.

Pasal MH370, aku malas nak komen lebih2. Biarlah aku simpan sendiri apa yang aku rasa. Biarkan monyet2 diluar sibuk memekik tak tentu arah asal kita tahu kebenarannya. Chinese will always be chinese ( I mean from China). Ignore them as they did not give us any important.

Okaylah, xde mood nak bebel panjang. Think positive.

p/s: Aku harap aku kuat... Ya Allah, give me the strength.

Friday, March 21, 2014

Lepas ngidam di Mohd Chan Restaurant

Salam..

Ada satu hari di bulan Februari aku mengajak encik laki untuk ke mari.. Berima sgt ayat aku. Masa aku dalam pantang ker sblm bersalin lagi, aku memang teringin nak makan ketam telur masin. Dlm pantang dah rengek2 kat husband soh bawa gi makan kat chinese restaurant lepas pantang tapi dek tak berkesempatan, bulan lepas baru dpt. Tak kesahlah lambat sikit asal dapat gak lepas teringin aku ni.

Kami ke restoran Mohd Chan kat Bangi jer. Dekat sikit. Kebetulan mak akupun ada masa tu so bolehlah belanja mak sekali.

Menu utama haruslah ketam telur masin. dah kata teringinkan. eh sedap rupanya masak telur masin ni. Menjilat2 aku kulit ketam tu sbb nak perisa dia. Kami set 1 set consist 3 ekor ketam dgn harga RM38.

Sebab sedap aku letak lagi satu gambar..hahaha saja nak buat korang terliur sbb akupun terliur lagi...

Selain ketam ambik jugak ikan siakap masak stim ni. Yang ni biasa2 je sbb kamikan suka pedas tp ikan ni tak pedas so tak menepati selera kami. Patut amik ikan masak lain. Ikan ni Rm38 juga.

Ambil juga sayur campur ni. Yang ni aku suka sbb aku mmg peminat sayur campur. Yang ni RM7 rasanya. Lupalah.

Itu je lauk yang kami ambil. Makan bertiga je malas nak membazir. Yang ni pun tak habis tau. Bungkus je bawa balik. Kasyah pulak makan mee goreng. Die mana nak sangat makan nasi berlauk ni.

Overall okaylah mkn kat sini. Nanti nak try sotong telur masin dgn butter prawn pulak. Skrg ni kena kurangkan makan seafood ni sbb takut gatal mata. Mata akukan baru lagi...haha barulah sangat. Saja jaga mata sbb xnak gatal mata dan buat aku gosok mata aku. So mungkin bulan2 depan baru leh makan kot..

p/s;Skrg kat kampung.. Best!

Thursday, March 20, 2014

Operasi spring cleaning

Salam...

Dah alang2 mc seminggu tu, marilah kite buat spring cleaning atau dalam bahasa melayunya pembersihan tempat... Tapi aku bukan nak bersihkan tempat aku nak bersihkan wardrobe. Banyak sangat baju2 yang tak boleh pakai atau dalam bahasa kasarnya takmuatdekkeranakodahgemuk.. huwarghhh nangis :'(

Sementara Suci tido, akupun apalagi punggah semua baju2 dalam gobok (Johornya.. : p) letak atas katil. Mulalah sesi sorting baju. Yang mana tak muat, xnak pakai, xsesuai bagai semua aku campak dalam plastik itam. Mana yang cantik2 tapi xmuat dan tak sesuai utk aku tu, aku nak bagi kat anak sedara aku or sepupu aku yang memang spesis tak boleh nak besar..hehe

Baju berhanger yang aku longgokkan. Skrg ni wardrobe aku dah clear sikit. Dah tak payah nak tolak2 untuk sangkutkan baju..haha.

Tapi hari tu aku bukan buat pembersihan untuk baju aku je tp baju suami dgn anak aku sekali. Mana baju Kasyah yang tak muat dan dah lama, aku buang. Nak bagi orang pun dah mcm belacan so takyahlah.  Baju husband pulak, aku suruh die pilih nak ke tak nak. Tudung pun aku buat cleaning jugak. So total 4 plastik hitam besar barang2 yang aku xnak.. Setakat ni tudung mak aku dah angkut bawa balik sbb byk tudung yg masih cantik mak aku boleh pakai. In sha Allah ptg ni nak balik kg so boleh bawa lagi 3 plastik tu.. Oh kenapa aku balik ptg ni sbb esok aku cuti sbb opis tutup. Yay dpt cuti time org lain tak cuti. Lagipun dah rindu sgt kat Suci. Suci mak aku bawa balik Isnin hari tu sbb anak pengasuh kena demam campak sblm ni so aku mmg kebetulan mc tp lepas mc tu mak aku tolong jaga. Lepas tu mak aku insist nak bawa Suci balik... Tu yang rindu aku kat dak tembam tu...

Tunggu bonus hujung tahun boleh beli baju baru... Harapannya size boleh jadi M..haha

p/s: Semalam aku sgt stress dgn bos dan bebanan kerja. Sampai menggigil tangan menahan marah dan bengang. Hari ni aku dtg opis dgn aura positif jadi harapnya takde yang tukar jadi negatif..


Wednesday, March 19, 2014

A new ME

Salam...

Tajuk macam aku dah buat renovation untuk diri sendiri pulak..hehe. Sebenarnya aku dah berimej baru sekarang. Apa dia? tengok gambar kat bawah ni.

Boleh detect? Ya, aku dah tak perlukan spek mata lagi. ALhamdulillah aku skrg dah boleh melihat tanpa kaca mata. Dalam erti kata sebenar aku dah buat lasik operation. Itu pasallah aku mc seminggu sbb doc bagi aku mc seminggu. Hari ni genap 2 minggu selepas lasik operation.

Meh nak citer sikit pasal lasik ni. Aku buat di Eye Laser Correction. Beli kupon je kat groupon. Gamble hokeh beli kupon tu walaupun dalam tu dah bagitau untuk power mata bawah 500. Aku mmg dah lebih 500 pun. So harga groupon adalah Rm3000 tp sbb both my eyes lebih 500 power maka aku kena tambah lagi Rm1000. Jadi total aku buat lasik adalah RM4000. Consider okaylah sbb cousin aku buat kat Princecourt kena RM7000. Kalau RM7000 aku kena tggu 10 thn lagilah kot..hehe.

Proses lasik ni kejap jer. Setiap mata 5 minit. Laser die 25second saja. Berdebar gak ah sblm buat tu tp tawakkal jer. Once the doctor letak alat sengkang mata tu, akupun berzikir dlm hati. Secara totalnya aku sedar dan nmpk apa die buat. Malah aku boleh rasa die sapu mata aku mcm penyapu tu. Aku boleh rasa cuma tak sakit. Lepas laser, aku kena tutup mata 24jam. Tapi takdelah tak boleh bukak terus. Takkan nak makan sambil tutup mata pulak. Seminggu kena pantang makan mcm org bersalin. Terus turun 2 kg..haha. Ok tipu. Xdelah mcm org bersalin tp tak boleh mkn seafood, frozen food, oily food, spicy food, soft drink, canned food dan bottle drink. No tv, komputer, sms, driving utk 3 hari pertama. Tak boleh basuh mata utk seminggu dan die bagi ko ubat utk titik kat mata 4 kali sehari. Seriusly ubat tu kuat giler smpai airnye masuk kat tekak. Pahit nak mampus bila dah jatuh ke tekak tu. Sampai nak termuntah. Senang citer minggu first tu adalah penjagaan rapi.

Lepas seminggu kena cek up balik. Actually sehari lepas laser kena cek up jugak. Die nak tgk bola mata kite okay ke tak. So far mata aku okeh tp belum betul2 sharp lagi. Doktor kata in 1-2 month akan sepenuhnya nampak. Tapi skrg pun aku dah okay dah. Aku pulak rasa pelik sbb selalu sblm tido bukak spek dah gelap dunia dah tp skrg nak tido pun terang lagi pemandangan..haha.

Yang paling best skrg dah boleh pakai sunglasses..weehuuuu... Sblm ni nak pakai spek itam kena pakai contact lense... Zaman gedik bolehlah nak pakai lense tp skrg malas. Bila mata dah clear ni boleh suka2 hati pakai spek itam.

Spek itam original pertama aku... Boleh kumpul sunglasses pulak pas ni..hehehe

Daaaaa..

Tuesday, March 18, 2014

Jalan2 Melaka - Day 2 Part last..hehe

Salam...

Menggigihkan diri update gak sambungan citer Melaka. Xyah nak buat banyak part sgt. Lum sum habiskan terus. Lagipun hari kedua ni x kemana sangatpun. Sementara bos tak kacau lagi ni (kalau bos kacaupun aku nak update blog gak..hahaha) baiklah kite gunakan masa sebaiknya..

Hari kedua, lepas layan Kasyah mandi manda, kami terus bersiap2 cek out. Kami cek out kul 11. Destinasi kami ke bandar hilir. Kami nak ke Muzium Samudera. Alah kapal besar kat tepi laut tu. Kapal tu sebenarnya adalah replika kapal Flor De La Mar milik Perancis yang tenggelam. Akupun ni ler baru nak masuk kapal tu. Selalu tengok je. Dah bawa anak yang nak membesar ni eloklah bawa tempat2 gini. Tiket masuk cuma RM3 sahaja. Moh ler kite nengok apa ada kat dalam tu.

Saperti biasa mestilah ambik gambar. Kasyah skrg kalau amik gambar mesti nak peace. Apsal ek kite kalau amik gambar nak buat peace? Tak leh ke buat benda lain?Akupun komfius sbb akupun kalau amik gambar asik nak peace. Peace lah sangatkan.

Sampai sini pukul 11 lebih maka Suci tido jerlah. Dah masa tido diepun.

Peace lagi... Bosan pulak aku tengok gambar aku ni. Asik peace je pose yang ko buat..haha


Masuk dalam ni adalah replika kapal2 kecil. Macam2 jenis kapal. Seriusly aku tak amek kesah sgt nak baca sbb Kasyah masuk2 je terus takut dan nak berdukung. Die takut tgk patung2 kat dalam tu. So terpaksalah papa dia dukung Kasyah and aku dukung Suci..Penat hokeh sebab tak dapat nak service bertukar tangan.

Entah tak tahu model kapal apa. Sbb aku dah dapat port baik punye..

Haha dek kerana dah sakit pinggang dukung Suci, aku selamberland je duduk atas lantai ni. My husband jenis suka membaca sejarah dan fakta so semtara tunggu die baik aku landing sat. Orang tgk jer aku tapi ada aku kesah..haha

Tak lama tu Suci pun bangun dan terus merengek nak susu. Dah moh ler kite keluar. Kebetulan kami park kete dekat je dgn kapal tu so terus aku stay dalam kete susukan Suci, Kasyah heret papa die beli mainan kat medan selera depan kapal tu.

Sempat lagi bergambar sebelum beli menan..

Lepas tu aku ajak husband gi kat bangunan merah Stadhuy's tu. Puas cari parking terdekat sbb bawa anak ni faktor parking kete dekat adalah penting. Cari punya cari kami jumpa parking kat area belakang bangunan tu. Kat depan klinik. Dekat jugak. Pusing2 kat situ ingat nak beli pape tp sbb panas so kami decide nak try cendol kat tepi sungai Melaka tu.

Cendol of the day. Lupa dah ni cendol apa. Harga RM2. Bolehlah buat hilang panas. Nak kata sedap sangat tu xdelah tp not bad.

Jam dah lepas pukul 1 jadi perut dah lapar. Plan nak cari asam pedas tp apalah malang hari tu semua kedai tutup. Sebab hari ahad ke? Malas nak buang masa, kami terus ke Klebang untuk tapau coconut shake dan juga kuih keria gula melaka. Hah hari ni kena beratur 1/2 jam baru dapat tapau coconut shake. Since jam dah pukul 2.30 kami decide untuk balik je sbb malam tu nak balik KL pulak. On the way kami singgah makan kat area medan selera nak ke air keroh tu.

Order asam pedas pari tapi tak kick sangat. Pedas je boleh harap.. Dah laparkan so telan jelah.

Sampai Segamat pukul 6 ptg... Habislah percutian singkat ke Melaka. Jadilahkan. Lepas ni ntah bila dapat gi berjalan lagi sbb Husband dah start semester baru so weekend aku adalah melanguk kat rumah..huhu.

p/s: Annoying gila dgr lagu arjuna beta tu.. Seriusly kenapa kena buat suara dan nyanyi macam tu?? Tak sedap hokeh.

Monday, March 17, 2014

Kerja kerja kerja

Salam...

Ya ampun... Busynyer aku sampai nak jengah2 blog pun tak sempat. Sorry kawan2 kalo agak lama tak menziarah korang. Rindu sgt nak BW sambil santai2 baca entry tp tak berkesempatan nak buat. Sejak naik kerja last week lepas MC seminggu, menimbun keje nak kena buat. Mana nak cover kerja orang yang bercuti, mana nak buat kerja sendiri, mana lagi kerja tetiba yang bos bagi.. Sampai akupun dah naik semput nak melayan kerja ni. Jumaat lepas pun aku terpaksa OT dek nak menyiapkan kerja yang bos bagi. 3 minit aku nak calloo tetibe je bos kata, tolong buat skrg. Jangan balik selagi tak siap. Hampeh betul. Xmemasal aku terstuck di dalam jem sejam setengah dek kerana keluar opis lambat. Mencik. Ni pun bos dah pesan suruh buat translation mesti siap hari ni tp yg bestnye die terlupa nak bagi artikel tu sblm die keluar tadi. Hope die balik opis lambat and aku boleh cabut balik umah kul 4.30 nnti.

Hari sabtu hari tu aku kena kerja jaga booth Education Fair kat KLCC. Dahla Jumaat balik lmbt, Sabtu keje lagi. Produktif betul aku. Tapi penat weh. Letih mulut aku ni. Nasib baik orang tak ramai sgt dan ada juga masa nak regang2 kaki dan pinggang.

Our booth on that day.

Beria aku memberi penerangan dgn harapan budak kat depan aku ni faham...Kalo ko tak faham jugak, mungkin akak tercakap tamil hari tu..huhuhu

Gambar diambil semasa kami sedang busy sahaja.. Bila dah nak pukul 5 dah mula tak ramai dan kami bergosip sesama sendiri. Ye aku bergosip dgn bos aku ngutuk bos lagi satu yang asik bagi aku keje tu..huahuahua... Bos akupun tak suka kat die hokeh. hahaha.

Entry jalan2 Melaka esoklah aku sambung.. Kalau tak banyak kerjalah. Hari ni tetibe nak membebel pasal keje.. Huhu.

Daaaaaaaaa..

p/s: Mood rindu kat Suci sbb pagi tadi mak aku ambil bawa die balik kampung... Mama rinduuuuuu

Monday, March 10, 2014

Doa buat MH370

Salam....

Sekarang kite semua sedang menunggu dengan penuh debar apa nasib kapal MAS MH370. Kehilangan yang penuh misteri. Tiada apa yang dapat kita lakukan selain layangan doa semoga kapal itu dpt dijumpai dan berlaku keajaiban agar semuanya selamat. Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui...

#prayforMH370

Okay tukar tune...just nak bgtau aku skrg ni on mc smpi hari rabu.. Seminggu hokeh I mc. Since last thursday. So cerita jalan2 melaka kite hold kejap sbb gmbr kat komputer opis. Kat umah ni aku malas nk on laptop. Ni pun update guna note saje.

Kenapa aku mc nnti aku cerita. Okaylah, in sha Allah ada masa aku jejak korang ye...


Daaaaaaaaa

Thursday, March 6, 2014

Jalan2 Melaka - Bayou Lagoon Resort

Salam..

Meh sambung lagi. Kali ni cerita kat hotel pulak. Tujuan utama kami ke Melaka selain nak minum coconut shake ialah nak hiburkan Kasyah. So memang kami cari hotel yang ada kolam. Husband godek2 dalam Agoda dan suddenly ternampak deal pasal Bayou Lagoon Resort ni. Apa yang buat kami tertarik sebab die ada waterpark siap slide bagai tu. Setakat pool biasa tu pun ada jugak tapi kelebihannya sbb ada pool besar untuk budak2. Excitedlah laki ai tu. So terus die suruh booking situ je. Harga kami dapat ialah RM178 untuk Studio apartment. Campur tax segala lebih kurang RM200. Lupalah jumlah sebenar. Nak kena cek statement kad kredit. hehe. Alah lebih kuranglah RM200 lebih sikit. Deal ni termasuk breakfast untuk 2 org dan juga tiket waterpark utk 2 org. Kami sampai pukul 2.15 dan dapat terus cek in. Masa nak cek in kena bayar RM2 sebagai cukai heritage.

Dah dapat kunci moh ler masuk bilik. Gini ler rupa studio apartment tu. Ada katil single 2, living room, kitchen dgn dining table for 2 dan bathroom. Memang luaslah untuk kami yg cuma berempat ni. Siap ada balkoni lagi.

Ini rupa dry kitchen. Alah ada sinki, fridge dgn kettle. Puas hati sbb semua nampak baru. Yelah hotel ni memang baru lagi. So brg pun nampak baru ler.

Sebelum masuk bilik, memang kami akan nampak waterpark ni. So Kasyah dah menggelupor nak mandi kolam. Kami ajak die rehat2 dulu tp die mana reti rehat. Tapi still try lengahkan die bagi makan kuih (kuih yg aku tapau dari coconut shake tu..huhu). Dalam pukul 3 lebih baru kami turun ke waterpark. Masa cek in tadi die akan bagi gelang untuk pakai macam kat waterpark lain. Gelang tu xyah bukak sbb esok pagi sblm cek out masih boleh main lagi kat situ.

Dah sampai dah. Sebelum masuk air, posing dulu. Kat sini xyah ler bawa tuala sbb die ada sediakn towel. Gi je daftar kat pondok depan kolam tu. Sebelum balik bilik letak je towel tu kat dlm tempat yang disediakn. Nampak tak slide blkg tu? Hah itu antara slide yang ada.

Selain slide, ada jugak buai dan pistol air. Bolehlah nak buat budak2 seronok.

Sebelah lagi ada slide yang berpusing tu. Kolam yang sebelah ni agak dalam tapi air dia suam. Kolam yang besar tu cetek di tepi dan makin dalam ke tengah tp airnye sejuk. Kan aku cakap masa kami pergi ni masih musim sejuk, so mmg gigillah dok dlm air tu.

Aku dgn Suci dok tepi jer. Huhu. Takpelah kite layan selfie je..hehe





Seronok sungguh Kasyah kat sini. Sampai pukul 5.30 baru kami naik bilik. Tu pun kalau ikutkan Kasyah tak nak naik lagi. Tahan betul die dgn air sejuk tu. Aku yang masuh sekejap jer pun dah terasa sejuk.

Esoknya kami breakfast kat hotel jugak sbb dah include dalam pakej. Soryler xamik gambar pun masa breakfast tu sbb aku sibuk dgn Suci. Yang Kasyah pulak dah menggelupor nak mandi kolam lagi. Mana taknye, restoran sebelah je dgn waterpark. huhu. Breakfast die biasa2 je tapi bolehlah nak hilang lapar. Ada nasi lemak, mee, mee rebus, cereal, puding roti, roti, dgn beberapa lagi. Bolehlahkan. Lepas breakfast mmg terus ke kolam. Layan Kasyah sampai pukul 10 lebih, kamipun naik bilik dan siap2 nak cek out. Yelah nak gak jalan2 bandar Melaka pulak.

So sesapa yang nak duduk hotel dan mandi manda aku sgt rekomen dok sini. Bilik pun besar. Harga pun affordable. Nak murah mmg elok beli through Agoda. Hotel ni terletak di Bukit Katil. Jauh sikit dari bandar Melaka tp okaylahkan. Keretakan ada. Lagipun Melaka bukan besar sgt. 15 minit dah boleh sampai bandar. Nak tengok lebih lanjut boleh klik sini.

Lepas cek out kita ke mana? Tungguuuuu...

Wednesday, March 5, 2014

Jalan2 Melaka - Muzium Kapal Selam

Salam..

Mari sambung cerita jalan2. Lepas dah kenyang melantak coconut shake, masih ada masa sebelum nak cek in hotel sbb cek in pukul 3. So kami decide nak ke muzium kapal selam. Sebabnya muzium tu tak jauhpun dari coconut shake tu. Dah alang2 pergi jelah. Jalan masuk die tak siap sepenuhnya. Jenuh gak kami ni jalan ikut jalan tak berturap. Ingatkan salah tp macam xde jalan lain. Rupanya mmg tak siap lagi. Hadoi. Kat luar muzium tu adalah orang jual2 tapi xbanyak pun. Bayaran masuk ke muzium cuma RM1 saja. Masa ni dah tengahari dan panas tp kebetulan masa aku pergi tu tengah musim sejuk (sejuklah sangat) so walaupun panas tp xmembahang. Bagus betul.

Moh ler bergambar dulu. Kasyah excited nak masuk dalam kapal...

Peace lagi. Walaupun matahari tegak atas kepala tp tak panas sgt. dah rasa macam gi oversea. (Over sgtkan)

Omaknyer nak bergambar jugek. Hoiii kombangnyooo ekau ni Anne. Mau tak kembang, baru 3 bulan kot bersalin. Tapi ni pun dah 17kg turun. Bayangkan kekembangan aku sblm ni. Ngeri hokeh. Gigih berdiet sblm raya ni..hehe

Kat bawah kapal ni ada seats. Duduk melepas lelah. Masa ni Suci pulak nak menyusu so aku bf die and husband masuk dgn Kasyah. Kasyah memula excited, dah masuk terus takut. Hahaha. Dalam ni agak gelap dan sempit serta mengeluarkan bunyi2. Tu yang Kasyah takut tu.

Tempat jurupandu. Sempit hokeh. Nak masuk kena bukak kasut dan bawa kasut tu sekali sbb pintu masuk dan keluar berbeza. Kalau ko tinggalkan kasut, ko kena pusing balik untuk keluar.

Dining room. Nampak macam besar tp sebenarnya sempit. Laluan die pun muat2 sorang je. Kalau aku memang xleh lah nak bertapa dalam kapal ni. Rimas.

Tempat tido dalam ni. Tak leh imagine duduk dalam ni. Rimas. Aku yang masuk sekejap pun dah ala2 kurang oksigen. huhu.

Gitu jelah kapal selam ni. Bolehlah nak memberi pengalaman barukan. Bukan banyakpun kapal selam kat Malaysia ni ko nak masuk sesuka hati so dah ada muzium kapal selam ni haruslah cuba. Dah habis lawatan dan jam pun dah pukul 1.30 ptg kami decide nak ke hotel terus. Harap2 dapat cek in terus.

Sambung lagiii...

Tuesday, March 4, 2014

Jalan2 Melaka - Coconut shake Klebang

Salam...

Hadoiii, dah masuk bulan Mac barulah berjaya aku nak cerita pasal cuti2 Melaka aku yang bulan Januari haritu. Kehidupan tak berapa stabil 2-3 menjak ni. Tak stabil dari pelbagai segi pulak tu. Tak pelah hidup mesti diteruskan. Bukan ada orang amik kesahpon. Kite chill2 jer walaupun dlm hati hanya tuhan yang tahu.

Ok dah tukar mood citer. Macam yang aku kata, gi melaka ni bulan Januari haritu. Sajelah plan gi jalan2 hiburkan anak. Nak gi jauh2, masa dan wang tak mengizinkan. Lagipun plan ni mengejut. Tibe2 je jom pergi jalan tu yang pilih Melaka tu. Lagipun aku teringin bebeno nak merasa coconut shake Klebang. Riki2 husband ajak booking kat Bayou Lagoon. So lepas fikir2 on jelah. Perihal hotel tu entry lain yer.. (berangan nak buat part by part..huhu). Since Suci kat kampung so kami balik kampung dululah. Sabtu pagi tu dalam pukul 9 kamipun gerak ke Melaka. Destinasi pertama terus tuju ke coconut shake Klebang. Awal lagi mesti orang tak ramai. Kami sampai dalam pukul 11 lebih gitu. Memang betul tekaan orang tak ramai lagi. Sampai2 terus order 2 coconut shake. Amik nasi lemak, mee goreng untuk Kasyah dan kuih muih.

Excited bila coconut shake sampai kat meja. Stail kedai tu, order kat kaunter nak berapa coconut shake pastu bayar. Nnti diorang dtg kat meja dan tgk resit die bagilah coconut shake tu. Makanan pun amik dan bayar.

Coconut shake yang yummy2. Rasanya die sedaplah tapi takdelah kebabom sgt. Sedap. Aku suka. Lagipun tgh panas so mmg syok ah minum ais gitu. Pastu aku ada amik kuih keria gula melaka. Sedap hokeh. Terus bungkus Rm2. Tapi aku nak bungkus lebih. Husband cakap nak buat apa byk2 nnti xhabis. Alih2 ptg tu Kasyah makan xcukup. Last2 aku yang tak dpt. Mencik tau. Konon xde org mkn tp die mkn dgn Kasyah. Coconut shake pun kami bungkus lagi 2. hehe.

Kasyah dgn mee gorengnya. Die memang hantu mee. Kalau boleh setiap hari nak mee. Jenuh mak goreng mee setiap petang.

Suci buat ape? Main sorang2 dlm strollet. Tak pandai makan lagi dok diam2. Bagi mak pak makan dgn aman. hehe.

Bergambar kenangan sblm balik.

Depan kedai pulak. Sebenarnya sblm balik Segamat esoknya, kami sekali lagi dtg sini untuk tapau coconut shake. Haha penangan betul. ALah dah alang2 dtg minumlah sampai puas. Husband beratur dekat kiosk kecil tepi jalan jer. Tapi 1/2 jam jugaklah beratur. dah kate beratur lama beli 4 terus.haha.. tamak hokeh.

Lepas makan tgk jam baru pukul 12 lebih so kami decide ke Muzium kapal selam. Next entry pulak... daaaaaa

p/s: Hopefully momentum nak update blog tak merudum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...