Monday, April 28, 2014

Pengasuh buat taik dengan aku....

Hahaha tajuk tak leh blah. direct terus.

Hai kawan2.. Sory dah lama dah update blog. Aku tersangat bz. Inipun masih lagi dlm mood busy xhengat tapi dek kerana nak jugak melepas geram kat blog maka aku update jugak. Kes geram sangat dengan manusia tamak berhati busuk macam pengasuh Suci tu.


Ini status fb aku hari Sabtu lepas. Kalau korang baca memang akan terasa sakit hati sbb kawan2 aku ramai yang tolong aku sakit hati sekali. Cerita die macam ni. Aku start hantar Suci kat dia bulan 3 haritu. To be exact pada 3hb Mac. Mula2 sblm hntr kami berkenal2an dulu. Kemain die kata die dah biasa jaga budak. Mula2 kami rasa okaylah. Tapi bila die kata lepas pukul 6.30 die kire ot, aku dah mula rasa xbest tp teruskan jugak. Dalam hati dok fikir, die ni jenis berkire tp sbb kitorg pun biasanya xbalik lmbt so xpe kot. Pastu die cakap, bayar mesti hari gaji. Kamipun ok jugak sbb mmg kami xde masalah dari segi byrn ni cuma standard ah kdg2 lmbt sikit sbb terlupa or tak kuar duit lg. 

So hari first hntr die kata Suci asik menangis. Pelik jugak aku sbb Suci ni budak yg sgt senang nak di jaga. Nangis sbb nak susu je. Nak tido pun xmngs. Tapi aku rasa mgkn sbb tak biasa kot. Masuk hari ketiga, pengasuh kata die demam. So hari khamis 6hb tu kami xboleh hntr Suci. Korg tau x, 6hb tu hari aku buat lasik. Bygkn kepayahan kami nak jaga Suci pd masa sama, aku kat klinik n kena tutup mata for 24hours.. Tapi xpelah dah die demam nak buat camne. So spnjg aku mc seminggu mmg aku jaga Suci. Bila aku nak keje balik, die bgtau anak die kena demam campak. Nak tak nak aku terpaksa import mak aku dtg. Yelah xkan aku nak hntr Suci jugak. Kang kalo Suci yg baru 4bln tu demam lagi payah. So seminggu lebih mak aku jaga sampailah 21hb. Kami mula hntr Suci semula on 24th March. Alih2 hari jumaat tu die nak cuti balik kg. So hubby amik EL jaga cuti. So total die jaga Suci bulan 3 cuma 8 hari.

Pengasuh Kasyah sblm ni, bila kami xhtr Kasyah 2 minggu, die sendiri cakap bagilah byrn ikut kami sbb die jaga bape hari je. Jadi kami ni sbb makcik tu xberkira so kamipun xberkira. Kami bagi je kat makcik tu. Tapi si pengasuh Suci ni pulak jenis mmg berkira tahap sial, die suruh bayar penuh. Kami mintak consider sbb akupun nak bg kat mak aku jugak upah jaga Suci. Tapi pengasuh tu cuma kurangkan 50 je. Still kami kena byr Rm280. Pdhl penuh RM330. Jaga baru lapan hari pun nak RM330. Dah kami mintak consider baru die kate RM280. Malas nak cakap byk kami bagi je. 

Masuk bulan 4 ni, kami jadi sikit bengang dgn die. Die suruh kami cari pengasuh lain sbb die kata Suci asik ngs je.Kami pun iklankan kat fb tp mlngnye xde. So lps seminggu die kata Suci dah ok. At the same time die amik lagi sorg baby umur 4 bulan. Dah die kate baby baru tu asik ngs pulak. Apa kes? Sah2 lah baby mmg ngs. Xkan ko nak jaga baby bisu pulak. Oh ya sambung blik citer masuk bulan 4 tu, setiap minggu die cuti. Jumaat die call hubby suruh amik Suci sbb darah die naik. Xlarat nak jaga. So hubby pun balik umah jaga Suci. Lepas tu, minggu depannya hari rabu die kata nak gi klinik tgn gatal2. Xpasal2 hubby bawa Suci gi opis. Dah tgn gatal tu satu hal pulak. Die suruh kami mandikan Suci siap2 kat rumah sbb die kata die alah sabun baby. Abis tu anak ko yg setahun tu mandi xpakai sabun ke sbelum ni??? Xpe aku sabar lg. Pukul 6.30 aku kejut Suci n mandikan die. 6.30 pagi tau. Balik pulak, mcmana aku hntr mcm tu jugak aku amik. Die xmndikan pun. Aku jugak yg mndikan Suci. senang citer, keje die tolong tgk je. Xpe aku sabar lg. 

Sepanjang jaga Suci, aku rasa baru minggu lepas yg penuh tanpa cuti. Kalau x asik cuti je. pastu yg buat kami naik hantu, hari jumaat 25hb die hntr msg kat hubby tanya nak teruskan ker hntr Suci? Kamipun pelik apsal tnya sbb haritu die dah kata Suci dah ok. So bila kami tanya kenapa, die kata kalau nak die jaga tolong ikut rules die.. What the fishhhhhh??? Rules ke benda pulak? 1. Sila byr 25hb. 2. Tukarkan pampers Suci sblm hntr kat die. 3. Kalau die cuti byrn tetap penuh. 4. Bulan 5 die nak cuti 4 hari. Perghhkan. Nampak tak tak boleh lebih kurang kat situ. Kami kalau org xberkira kamipun ok jer tau. Tapi kalau dah berkira mcm ni mmg akupun berkira jugak ah. Mmg hubby xbyr lagi kat die hari jumaat tu sbb duit kat rumah. So igt nak bagi pagi isnin je. Tapi die punye tamak berkira dan tak menyabo, terus sound kitorg psl rules kena byr 25hb.. Bodoh punye pengasuh. Pastu nak suruh tukar pampers, baik ko suruh mandikan je terus. senang keje ko xyah mandi budak. Ko tolong tgk je. Nak jaga budak tp nak senang. Memang bodh tahap gaban. Pastu kalau die cuti byr penuh. Hello kitorg mmg xpernah berkire pasal tu. Cuma bulan lepas tu dah ko jaga 8hari je considerlah sikit. Makcik dulu tu pun kami xberkire psl die cuti tau n makcik tu pun xkata apa kalau kami lewat byr sbb bukan xbyr tp lupa amik duit ke, or tertinggal duit kat rumah. Alah xyah nak berkire sgt sbb kamipun xberkire psl sakit pening anak.

Sblm die jaga Suci, die kata okay jer kalau aku bg susu bdan. Tapi mggu lepas die kata jgn htr susu badan lagi sbb die xsempat nak bagi. Hampeh lagi. So skrg aku xpump dah tapi aku buang dlm toilet. Sedih tau. Pam pun bukannya die guna. Huhu..
                              
  **********berhenti sat**************

sambung balik...

sementara berhenti tadi aku bertekak dgn  pengasuh tu sbb aku geram sgt aku gi post kat fb..haha terus pengasuh tu call aku. pung pang pung pang die dgn laki die memekik2.. aku relax je dgr.. bila turn aku cakap laki die dok sibuk memekik2 kat blkg.. hoi ko dah kenapa? bagi aku soalan tp xbg aku jawab. Aku timbulkan isu2 yg aku tulis kat atas ni je.. tp asik2 die kate Suci asik ngs susah nak jaga. Suci berak pagi2. Suci bla bla bla... Okaylah senang citer anak aku yg salah... Die berak tu salah. Die menangis pun salah. Ko berkira betul. Ko cuti selalu tu betul. Semua ko betullah. Aku malas nak layan...last2 aku ckp dah maghrib aku malas nak cakap lg. haha.. Post kat fb tu pun aku delete n aku ganti dgn post "minta maaf" dgn penuh ikhlas... Tapi sebenarnya bukan aku guna fb aku pun.. Aku guna fb laki aku...hahaha.

Berbalik kpda citer tadi, aku turut bekalkan Suci dgn puree kentang. Tapi mcm mana aku bagi mcm tu jugak aku dpt balik. lgsung xberusik. I is pelik. Bila esok tu aku dpt bekas kosong siap basuh. Bajet mcm guna tp aku tau die buang. Aku tahu die suka2 bagi Suci nestum. Huhu. Masuk mggu kedua, aku pulak bekalkan nestum tp mcm xluak jugak. Aku pelik, die kata Suci mkn tp kok mcm xde beza. Haih...

So skrg ni mak aku tolong jaga Suci smpi rabu ni. Khamis cuti hari pekerja. Jumaat mak mertua aku ada. Skrg dlm proses mencari taska. Org boleh kata mcm2 kat aku tp hanya aku tahu hakikatnya. Hanya aku tau apa yang terjadi. 

Okaylah..jrg aku post entry panjang2 ni... Daaaaaaaa..

Comel2 cenggini pun orang xnak jaga...huhuhu kesian anak mama...

p/s:Boleh pengasuh tu kata, nasib baik die tak lempar anak aku......Perghhhhh!





Tuesday, April 15, 2014

Mendonut

Salam...

Hallu hallu hallu...Saje nak jenguk blog sbb aku dah bosan buat keje. Bos pun xmasuk lagi ni. Diorang sume gi lunch. Mari amik kesempatan update blog kejap.

Ini aktiviti 2 minggu lepas. Tetiba dtg mood rajin nak buat donut. Ate tak pernah sejak kawen ni aku buat donut. Tapi memikirkan tepung berprotein tinggi yang dah nak expired dlm kabinet so aku gigihkan jugaklah diri ni menguli doh nak buat donut. Cari je resepi dalam internet jadiler donut tu. Yang aku buat ni dpt byk giler. Siap aku frozenkan dlm fridge. Bila2 nak makan goreng saje. Aku tak plan nak share resepi sbb mls nak cari. Korang google jelah.

Donut panas2 memang sedap dimakan. yum yum


Kasyah pun suka tapi aku pulak tak suka tgk die makan. Habis satu rumah bersepah dgn gula.. Hadoiii. Kalau korang perasan, dlm gambar ni kat blkg tu ada budak kecik berenang2..haha. Suci skrg dah pandai bertarik. Ko letak je die jauh2 kejap je die dah sampai balik. Skrg ni pun tgh belajar makan. Lagi beberapa hari die akan genap 6 bulan. Aku bagi puree je dulu. Cuma pengasuh dielah pandai2 bagi nestum.. Stress aku..huhu

Okaylah, bos dah balik. mau sambung keje.

Daaaaaaaa....



Friday, April 11, 2014

Tak menang tangan

Salam...

Sorry ye sayang2ku sekalian sbb aku skrg tenggelam timbul update blog. Gi jalan2 blog korang pun tak berapa sempat. Aku busy nak cek application untuk bebudak yang apply scholarship skrg. Walaupun jumlah form yang sampai kat meja aku kurang sikit dari tahun lepas tp still beratus2 hokeh. Dah ler memasing suka sgt hantar last menet. Bertimbun terus kerja aku.

Application form untuk 2 hari stgh. Ini baru yang 2 hari, kat depan komputer aku ada lagi. Yang kat bawah meja pun ada... huhuhu...sempat ker siap ni. 2 minggu lagi nak hantar surat pulak..

Jadi jgn marah aku kalau aku tak menceceh kat blog korang ye. Ada masa senggang aku jengahlah. Buat keje non-stop pun xboleh jugak. Mcm skrg ni aku stop nak update blog...hihihi. Wish me luck ye nak mengadap forms yang berlambak ni. Malas nak bukak envelope sebab habis baju aku berhabuk...

Saje letak gambar sendiri kot-kot ada yang rindu.. (:p, saya tahu saya perasan)..hehe

p/s:rasa nak gi bercuti..huhu

Tuesday, April 8, 2014

Masak-masak makan-makan #1

Salam..

Aku sangat memerlukan motivasi untuk pergi kerja sekarang ni... Setiap pagi sambil bersiap, aku akan cakap pada diri sendiri
"Aura positif sila datang pada aku...Aura negatif boleh pergi jauh2"
Sebelum keluar rumah, aku cium anak2 dan kuatkan semangat untuk kerja. Aku fikir kalau tak kerja sape nak bayar kete, sekolah anak, pampers, bla bla bla and the list goes on... dan aku keluar rumah dengan semangat baru untuk selesaikan hari aku. Itu yang aku buat sekarang. FYI, aku sangat stress. Stress ada di mana2 dalam ofis aku ni. Bukan kami yang local staff je stress, even officer2 pun stress. Gara2 big boss baru yang sangat mengannoykan. Bayangkan ye, 2 orang kat department aku berhenti keje sbb die. Sorang tu siap sakit xbaik2 sbb stress. Huwarghhh, kami kat opis ni hari2 bergosip pasal die. Kami tu termasuk officer tau. huhu. Apalah malang dapat boss baru macam tu.

Bertahan Anne! Bertahan! Lagi 2 tahun die akan blah dari sini... Itu je yang aku terapkan sekarang..

***********

Mari citer pasal masak-masak. Rasanya macam dah lama tak share masak2 lagi2 lepas bersalin mmg tak masak. No resepi sbb masakpun benda2 biasa je... Saje rajin amik gambar..hehe

Sup ikan merah. Lama giler tak masak. Husband pun rasa macam dah lama die tak makan sup ikan merah. Ni menu minggu lepas. Sempat gi pasar borong beli sekor ikan merah. Sedap betul dpt pekena sup ikan hari tu. Terbaik!

Roti jala dengan kari ayam. Satu peel aku ni kalau masak kari je terasa nak buat roti jala. Apsal ntah. Ni menu bulan lepas kot. Lupa sudah. Gigih balik kerja menjala roti..hehe

Nasi tomato dengan ayam masak merah. Masak masa cuti bulan 2 haritu kat kampung. Saje je sbb dah lama tak masak best2 untuk family aku. Kebetulan anak2 sedara pun ada so nasi mmg mendapat sambutan..hehe

Bawal masam manis. Husband yang beli ikan ni jadi aku buntu nak masak apa. Masam manis jelah. Campak dan tadaaaaa dah siap..hehe.

Itu jelah ye.. Aku ni saje je update blog nak release tension. Buat kerja jek pun boleh sakit otak. Stop buat keje kite santai2 jer... Lepas ni sambung balik...

Daaaaaaa..

p/s: Nak cari kerja lain ke tak?

Friday, April 4, 2014

Motherhood expo 2014

Salam..

Semangat betul bila dapat tahu ada motherhood expo. Cepat2 sms kat suami cakap nak pergi. Masa tu die ada bagitau on the particular date, die xde kelas. So akupun haruslah semangat nak pergikan. Kalau die ada kelas mmg you can forget about it lah. Expo ni kat KLCC start 28 Feb until 2 Mac. Tapikan alih2 Sang Suami (haha dah macam Sang Kancil) cakap ada extra class pulak on Saturday hari yang aku nak pergi tu. Hah, cannot2. I want to go to KLCC lor. I don't care. Gitulah aku cakap kat suami aku tau. Diepun okay jer sbb die kata malas nak gi kelas yang tibe2 ni. Dah kata dlm jadual xde kelaskan so xkuasa ah nak pergi. Yay plan on.

Gigih tau bangun pagi2 buat nasi goreng. Siap masak terus kejut semua orang suruh mandi. Suci pun mandi jugak.Siap mandi makan semua pukul 9.30 dah keluar rumah. Memang aim nak jadi antara orang yang awal sampai. Lambat2 kang payah pulak nak cari parking pastu nak bersesak2 lagi. Tiada gambarpun yang diambil masa kat expo tu sbb masing2 dah ada handbag masing2. hehe. Aku pegang Kasyah, husband tolak stroller Suci.

Inilah hasil rembatan aku kat situ. Aim nak cari pampers Suci tp xdepun booth drypers. So dpt beli pampers Kasyah saja. Oh ya Kasyah skrg dah xpakai pampers kat rumah cuma kalau gi sekolah je kami pakaikan pampers. Xnak mengganggu die belajarlah kononnya. Barang lain yang aku beli, soft toys utk Suci, Baju Suci 2 pasang, food thermal, nursing poncho, storage bags, puting tommee tippee, wet wipes dgn scarf bunga besar tu. Ada lagi benda2 yang kami nak beli tp xde so aim expo kat midvalley pulak...

p/s: Dah jadi mak ni, semua barang beli adalah untuk anak..

Thursday, April 3, 2014

Mark & Spencer

Salam..

Korang pernah makan coklat Mark & Spencer? Coklat Mark & Spencer antara coklat kesukaan aku tapi sangat jarang dapat beli sbb jarang dapat pergi Mark & Spencer. Kebetulan masa kena kerja weekend kat KLCC haritu, aku xmelepaskan peluang untuk singgah kejap kat Mark & Spencer KLCC sementara tunggu my husband datang ambik. Mark & Spencer ni memang butik yang jual baju tu so kalau nak beli coklat die kena masuk ke dalam lagi. Selalunya kat bahagian paling belakang. Ada macam2 jenis biskut dan coklat kat situ.

Ini biskut coklat yang aku beli haritu. Actually aku suka biskut wheat dia yang lapis coklat tu tp xde pulak. So beli yang lain. Harga die mahal sikitlah dari coklat biasa tp xdelah mahal giler.

Yang ni my favourite. Harga RM11.90 ada 6 stick. Sedap tau.

Yang ni pon sedap. Rm12.90 ke Rm13.90... lupalah. Ada 8 ketul. Yang ni pun sedap tp manis sikit ah bagi aku. Yang lagi satu tu murah jer. RM7.90 ada 9 keping dlm die.

Sbb jarang2 dpt beli so aku jimat2 mkn..haha. Masih ada lagi kat rumah coklat ni. Lagipun aku nyorokkan daripada Kasyah. Kalau die perasan, xleh berhenti makan pulak. hehe.

p/s: Walau hati masih tak stabil tp what to do??? Redho jelah.

Wednesday, April 2, 2014

Makan2 sempena besday Mr Hubby.

Salam.

23hb Mac adalah besday my husband. Hari tu hari ahad tapi macam biasa dia ada kelas so xde special plan pun. Lepas die balik kelas, baru kami keluar pergi makan2. Pergi Mines saje. Restoran pilihan adalah Secret Recipe. haha macam bosankan tp masa tu xde specific tempat or specific tekak ni nak makan apa. Secret recipe pon bolehlah.

Menu hubby adalah stew beef. Kami ambik pakej siap air dgn kek dan appetizer.

Starter or appetizer haritu adalah mushroom soup dan ceaser salad. Tapi ceaser salad die simple giler.

Aku amik spageti olio sbb Kasyah peminat spageti. Menu ni aku share dgn Kasyah. Kasyah mmg mkn banyak skrg so aku rasa2 je...Xpelah kata diet. haha

Tapi diet tu mmg tak jadi bila didatangkan sekali dgn brownies ni...sedap tau dgn coklat melt tu.

Dahla ada brownies pastu ada pulak coklat indulgence ni. ko rasa diet aku camne? Memang tak ah..haha

Kasyah sibuk dgn dunia gajet die. Tak habis2 tgk youtube. Minionlah, angry birdlah, carslah. robotlah... semualah.

Besday boy dgn si comel Suci.. Suci tu masham je muka sbb die tension tgk org lain makan macam best tp die boleh tgk jer..haha

Kan muka tak puas hati tak dpt makan...

Air ambik ice lemon tea saje... Overall okaylah.

Besday aku, aku nak makan sushi..haha

Wordless Wednesday

Salam...

Rasa dah lama tak share gambar Suci.. Ada tak yang rindu dgn dia???

Gambar diambil di hari MH370 hilang... Rambut dah makin panjang dan Suci pun dah makin cerdik.

Favourtie die sejak berusia 3 bulan.. Menyembur2.. Skrg ni lantai umah aku dah macam kat kedai gunting. Rambut is everywhere... Sekali basuh rambut segenggam rambut aku habis gugur.. Huwarghhhh scary...

p/s:Ada tak petua nak kurang rambut gugur???

Tuesday, April 1, 2014

Biskut Lidah Kucing aka Biskut Pelangi

Salam...

Dugaan tak pernah tiada dalam hidup. Sama ada ia besar mahupun kecil. Aku diduga lagi. Semalam terasa nak sangat menangis tapi aku tak tahu bagaimana. Jauh di sudut hati aku terasa pilu. Terasa sayu. Bak lagu P Ramlee "hendak ku nangis tiada berair mata". Tapi hidup tetap perlu diteruskan. Takkan nak bunuh diri pulak. Sabar, mungkin masa aku belum tiba.

******************

Nak cerita pasal biskut lidah kucing ni. Aku buat masa kenduri Suci bulan January hari tu. Giler lama baru nak update. Tapi sbb skrg mood sangat tak stabil ditambah dengan busy bekerja maka aku share gambar je. No resepi ye. Korang google jelah. Jenuh gak nak mencari acuan biskut ni tp nasib baik last2 ada jugak.

Seriusly buat biskut ni sangat memenatkan. Sampai sengal2 tangan. Dahlah acuannya ada satu je. Lepas bakar kena tggu sejuk jap pastu baru leh keluarkan dan buat semula. Letih hokeh.

Festime buat jadi comot sikit ah...

Versi putih pink. Sweetkan warna ni...

Kasyah memang suka kuih ni. Kononnya nak jadikan biskut ni goodies untuk kenduri tu tp asik kena makan je last2 tggl sikit. Nak buat lagi aku dah malas.

Kesimpulannya mungkin aku tak buat lagi biskut ni sbb malas..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...