Thursday, May 29, 2014

Aku confuse


Sila tengok anak panah tu.. Errr sejak bila blog aku jadi blog gila seks ni??????


Aku confuse??!!???@@

Wednesday, May 28, 2014

Not so wordles

Salam..

Hari ni xnak buat entry wordless sbb nak menceceh sikit. Saja nak cerita gelagat Suci hari tu. Last week jumaat kami decide nak makan kat luar je and terus pergi beli barang dapur kat Tesco. Kami makan kat kedai mamak kat Presint 15 dekat umah tu je. Tengah2 makan, husband mintak list brg. Aku mmg setiap bulan akan buat list dan kami pergi shopping sebulan sekali ke Tesco. Kali ni list tak panjang so husband kata kite shopping kat Mydin je. Aku macam berat hati tapi layankan jelah. Suci pulak asiklah menggeleng kepala. Cakap nak pergi Mydin die menggeleng2. kitorg gelak je tgk die.

Lepas makan, terus jalan kaki gi Mydin. Masuk je Mydin sampai kat bhgn sejuk beku alih2 ternampak pulak pengasuh lama Suci yang aku hanginkan tu. Pergh terus menyirap rasa sbb mmg aku taklehlah tgk muka die tu. Geram weh. Aku buat tak nmpk. Diepun buat tak tau. Yelah ala2 aku bukan kenal ko pun. So cepat2 amik brg, bayar dan keluar. Kuasa aku nak berlama2an belek brg mcm selalu. Hatiku sakit hokeh. Terus teringat agaknya Suci dok menggeleng tu sbb die boleh rasa aura negatif pengasuh die tu.. Tu yang tergeleng2 tak nak gi Mydin.. hahaha. Bestkan teori aku. Hehe. Lepas tu aku terus cakap kat husband, lepas ni nak beli barang dapur walaupun sikit aku nak gi tesco gak. Biar jauh asal hati tenang.. hahaha..

Budak makin aktif dan makin mengada. Tak boleh nampak mama die. Nampak je merengek nak susu.. huhuhu.

p/s: Kejap aku rasa aku kurus. Kejap kang aku rasa macam gemuk pulak.. huiii stress!

Tuesday, May 27, 2014

Jom Heboh Putrajaya

Salam semua...

Hari ni ada banyak masa senggang jadi mari update blog. Hari ahad lepas, sajelah ajak husband pegi jom heboh. Kebetulan minggu lepas die xde kelas so mari berjalan-jalan. Xde plan nak ke hari belia tu cuma nak ke jom heboh saja. Pagi2 kami keluar pergi sarapan dulu pastu terus ke sini. Sampai dalam pukul 10.30 gitu. Pergh dah jem dah. Nak parking yg betul2 tepi jalan tu mmg taklah. Tapi kami parking agak dekat jugaklah. Panas toksah citer ah. Banjir ketiak..huhu

Mula2 kami ke booth Bananana ni. Tgk2 apa yang ada. Kasyah nampak belon terus die nak. Bila aku tanya belon tu, ade ke kena bayar RM1. Tak berbaloi ok. Aku ajak Kasyah pergi tmpt lain sbb tmpt lain pun ada belon gak. Tapi Kasyah maintain kat situ xnak berganjak. Last2 org yg jaga belon tu bagi je belon kat die.. Seriusly, belon tu tak patut dijual tau.

Tak beli pape pon. Just jalan2 je. Itupun kejap jer sbb xtahan panas. Kesian kat Suci nak berpanas berlama-lamaan.

Nampak set Melodi, jom amik gambar sat. Xlarat ah nak tunggu sampai Melodi mula. Aku mmg xtahan panas2 ni.

Nak jugak glemer amik gambar. Bukti konon pergi jom heboh.. hehe. Yelah umah dekat so pergi jelah.

dah dah jom balik. Baju dah nak lokos dah. Elok2 kat luar panas, kang dalam baju aku pulak ujan..hahaha.

Tak sampai sejam pun aku kat sini. jalan-jalan tengok-tengok saja. Lepas tu kami terus ke next destination... Tungguuuuuuuuu..

Daaaaaaa...

p/s:Hari ni saya malas..hahaha

Friday, May 23, 2014

Makan-makan masak-masak #2

Salam Jumaat yang berbahagia ni.

Hari ni buat entry makanan saja. Sekali harung walaupun makanannya lain2 hari. Mula2 citer pasal makan2. Bulan 4 hari tu, big bos yang aku menyampah tu belanja kitorang yang local staff ni makan. Actually aku reluctant nak pergi tp sbb xde excuse so join jugaklah. Bukan apa, dah kami semua ni bukan suka kat dia, so bajet die belanja tu nanti kami suka kat dialah kot. Tapi nehi khabi nehi. Die belanja makan pun perangai die same je tak berubah asik menyusahkan org mmg makan maki hari2 ah. huhuhu. Die bawa makan kat one of the finest Japanese restaurant.Restoren Fukuya. Tempatnya exclusive even chef wan pun suka makan kat situ. Kawan2 aku bedal set paling mahal. hahaha. Aku amik yang middle mahal sbb aku suka unagi so aku mestilah amik set unagi.

Ini Sashimi. Datang sekali denga Unagi set tu. Seriusly sashimi ni fresh tau. Sedap.

Inilah rupa unagi aku. Besar dan enak banget. Puas hati makan. Memang kenyang sgt.

Inilah set unagi tu. Ada miso sup, pickles, tempura dgn chawan mushi. Semuanya sedap. Tapi cukuplah kot sekali ni die belanja. Nak melayan borak dgn die tu mmg menyampahlah. Sampai kawan aku ckp, muka aku masam giler. Pastu aku banyak diam.. Hahaha nampak sgt tak suka.


Yang ni Saba shioyaki set dekat Rakuzen. Kali ni gi makan dgn kawan2 opis aku sempena salah sorg nak berhenti keje. Tapi kali ni makan, okay je. Tak mabeles sgt. 

Sekali lagi makan unagi. Request oleh aku dekat bos aku (yang ni superior aku yg jaga aku) sbb die suruh aku pulun buat keje cepat2.. Haha aku cakap kalau nak cepat belanja aku unagi. Siap keje terus die bawa makan kat Kirishima.. hehehe. Tq bos. Tapi sedih sbb bos aku ni akan balik Jepun bulan 8 ni..huhu dah xde bos yg best lagi. Yang ni pun sedap sesangat..

Habis cerita pasal makan2, nak share pasal masak2 pulak.

Baked Macaroni aku buat untuk jamu org2 kat opis. Saje je rasa happy so decide buatkan breakfast utk diorg. Officer2 kat section aku punyalah suka. Kitorg gelak giler bile aku kata aku good mood sbb big bos takde seminggu..haha. Masa tu big bos yg annoying tu balik Jepun sbb bapak die meninggal. Aman kitorg seminggu tau. 

Yang ni macaroni goreng tomato. Di masak entah bila dah lupa. Balik keje tgk peti kosong jadi masak apa yang ada. Kasyah sukaler sbb die mmg tekak western..hehe

Nasi lemak dengan sambal ikan aye. Request by husband yang nak nasi lemak dgn sambal ikan aye terengganu stail. Siap je masak, terus die makan. Sedap bebeno katenya. Sama macam yang tok die buat. Terus setiap minggu request.. Tapi kalo ikannye takde nak masak guane..hadoi.

Omelette cheese dibuat masa aku tgh runsing dan bengang pasal pengasuh. Takde mood nak masak tapi takkan nak biar Kasyah lapar pulak so aku buat omelette sudah. Janji kenyang..hehe

Gitulah citer makan2 masak2 aku. Rasa macam dah lama giler tak share resepi tp tulah skrg ni masak lauk2 biasa je. tak kuasa ah nak beria bagi resepi. Korang lagi terer..hehe. Daaaaaaaa

p/s: Esok nak gi shopping tp hubby kate nak main boling wakil jabatan die. Nyampah. 

Thursday, May 22, 2014

Godzilla - Filem wajib tonton????

Salam..

Dah lama sangat tak review cerita mahupun movie. Yelah nak tengok moviepun 2 tahun sekali. Itupun mujur. Kebetulan mak aku ada haritu (skrg mak dah balik), jadi husband beria2 ajak tgk wayang. Citer paling baru haruslah Godzilla. Aku malas nak tengok tapi sbb die beria sgt so aku layankan aje.

Meh sini aku nak citer best ke idok citer ni. Jawapan aku adalah satu je kurang dalam filem ni iaitu takde Ultraman. Kalo ada Ultraman complete terus.. Hahaha. Giler hampeh hokeh. Godzilla tu dah sebijik rupa raksasa dalam citer Ultraman. Gemuk semacam dan langsung tidak menakutkan mahupun mengancam bumi.

Mula2 citer dah okeh dah. Ada konflik di situ bila pakar loji nuklear tu bini die mati sbb radiation. Pastu ada bacaan data pelik bagai. Pastu 15 thn kemudian dah start kehampehannya. Lagi hampeh bila bacaan data2 tu bukan godzilla tapi Muto. Muto ni ntah menatang hapa keje die makan radiation. Vongok giler. Rupanya data2 tu si Muto ni ada jantan betina nak panggil satu sama lain sbb nak mengawan. Yang Godzilla pulak muncul sbb nak bunuh Muto ni. Segala pakar pengkaji Godzilla dlm citer ni langsung takde fungsi. Yang askar2 pun xde fungsi. Hero dlm citer ni si Godzilla tu sbb die berlawan dgn Muto2 ni. Pastu lepas godzilla menang die masuk balik dlm laut.. Aku yg tgk ni terpinga2 sbb hujung2 citer die kata Godzilla penyelamat bumi.. Hoiiii vangang tahap dewa. Serius ntah hape2. Patutnya Ultraman dtg masuk campur..hahaha.

Godzilla gemuk dah macam raksasa Ultraman. Godzilla bukan ke pengancam bumi? Bukan ke kite patut melawan godzilla tu?

Menatang Muto ni yang bentuk die dah mcm serangga dlm citer starship troopers. So aku bagi kesimpulan godzilla adalah gabungan citer Ultraman dgn starship troopers.. hahaha. Aku serius tak faham mana dtg Muto ni. Tetibe je ada. Mcm tak logik pun ye..

Jadi secara keseluruhannya, membazir je RM27 tgk citer ni. Sangat mengecewakan. Filem bajet besar tp hasil sgt hampeh. Boooooooooooo

Sekian review saya...:p

p/s: Ini pandangan aku. Sape suka, sukalah. Aku memang boooooooooo citer ni.

Wednesday, May 21, 2014

Saya Nak!

Salam..

Semalam Suci genap 7 bulan. Alhamdulillah dia membesar dengan sihat dan kuat. Sekarang ni pantang orang lain pegang pape, diepun sibuk nak jugak. Berusaha nak amik. Selalunya die sibuk kacau along dielah. Along main tab, die nak amik. Along main toys pun die sibuk nak. Kalau makan ke minum, diepun sibuk mencapai jugak..

Saya nak! Adik, janganlah kacau along.

Saya nak! Adik tak boleh minum air ni lagi....

Itu je..

Ala2 wordless gitu..hahaha daaaaaa

p/s:2-3minggu ni mata aku buat hal lah. huhu

Tuesday, May 20, 2014

Mr. Kabab & Briyani

Ini cerita bulan lepas...huahuahua..

Bulan lepas, ada hari tu aku terasa macam nak makan sangat nasi Arab. Husband okay jer sbb die tahu kalau aku yang ajak maknanya aku yang belanja.. So tanpa lengah, kami gi makan kat Mr. Kabab & Briyani. Dekat je dengan umah aku. Kalau dari umah aku mmg boleh nmpk kedai tu bukak ke tak. Malas nak gi jauh2 sebab bagi kami nasi Arab kat sini mmg sedap. Masa makan tu husband kata tak puas, makanya dapat gaji kami gi makan kat sini lagi. Hambek ko, sebulan 2 kali makan nasi arab.

Ini menu pilihan aku. Aku suka nasi mandy so aku pilih mendy rice with beef sheesh kebab. Harga Rm15 kalau tak silap. Aku suka kebab die sbb sedap sgt. Kebab tu boleh mkn 2 org sbb byk.

Ini lak menu husband. Briyani rice with kabsa lamb. Harga Rm19 kot. Aku lupalah. Yang ni pon sedap. Daging kambing ni lembut je.

Suci muka boring..hehe. tengok org makan tapi die tak boleh makan.


ini pulak menu makan kali kedua. Aku nak try roti puri die. Erm sedap jugak. Eh, makan kat sini sedap2lah. Aku pernah order burger utk Kasyah pun sedap tau.

Yang ni pulak kuah dal untuk puri. Sedap jugak. Pekat gitu. 

Yang ni nasi briyani kosong untuk Kasyah. Tapi sebenarnya husband tak cukup sepinggan sbb order dua pinggan..Kasyah makan separuh je. Lagi separuh dielah habiskan.

Itu jelah nak citer. Sape2 nak makan kat sini bolehlah dtg ke Presint 15 Putrajaya. Sedap di tekak aku.

Daaaaaa...

p/s: Semalam tengok Godzilla. Satu je yang kurang dalam citer itu iaitu takde Ultraman. Huahuahua.. Kalau ade Ultraman, kompem best..hahahaha...Kalau rajin aku buat review.

Friday, May 16, 2014

Suci

Salam Jumaat buat semua..

Jangan tertipu dengan entry hari Isnin haritu. Actually tu entry autopublish. Kononnya buat siap2 untuk hari Isnin tapi sebenarnya lain yang jadi. Hari Isnin tu aku xkerja sbb masih mood demam. Jangan tak tahu, sejak hari rabu dah rasa sedap badan tapi tahan je sbb kerja melambak. Siap je keje hari Jumaat tu, balik umah terus demam ko. Bukan aku je tapi dengan Suci sekali demam. Nak tak nak, malam tu jugak kami balik kampung. Yelah kalo Suci demam, aku boleh jaga tapi kalau aku demam jugak, sape nak jaga Suci. Husband mggu tu ada presentation so tak boleh ponteng kelas. Terpaksalah hantar aku balik kg so that mak aku boleh jagakan Suci dan aku sekali. Hari Isnin tu dah kebah dah demam tapi kepala berat gila. Lagipun husband baru sampai kg malam tu, jadi teruslah cuti sampai hari Selasa. Semalam pun aku cuti sbb Suci masih demam. Dah gi klinik amik darahpun. Doktor kata ada virus demam dlm darah dia so mmg amik masa nak baik. Huhuhu kesian si kecik tu. Die demam die merengek je. Hari ni aku tak boleh cuti sbb aku kena prepare brg untuk ahad ni punye keje. So mak aku terpaksa diimport untuk jaga Suci. Kasyah pulak demam malam. Asal malam je badan dia panas. Haduii,, risau hati anak2 demam ni. Kesian pun ye. Cepatlah baik.

Layan gambar2 Suci jelah ye buat pengubat rindu ujung minggu..hehe. Lagipun Suzy kata rindu kat Suci..hehe
Amboi anak dara ni kemain terjelir lidah tu. Haip xmo ejek2..huhu


Ala tomey tomey... Suci kalau sihat mmg senang nak dijaga tapi kalau sakit mmg mama surrender..hehe

Gigit kang baru tau....Comel sgtler tu!

tengok tu jelir2 lidah lagi. Gigit lidah die baru tau. Ingat cantik????!!

Alololololo kemain suka gelak sakan. Alonglah suka agah adik. Adik mmg suka kalo along die main dgn die...

Okaylah..daaaaaaa...

p/s:Hope minggu depan byk free time nak update blog..huhu

Monday, May 12, 2014

Jom Pizza Hut Itali

Salam Isnin..

Aku rasa ramai gak yang amik cuti hari ni sbb nak sambung cuti 4 hari. Yelah esokkan cuti Wesak so kalau amik cuti hari ni dapatlah 4 hari straight. Aku tak dapeklah nak cuti sbb hari ni nak pos surat. Kang lambat2 kang tak tercapai pulak objektif.

Cerita pasal makan pizza ni dah dua minggu lebih dah pun. Pergi Midvalley ujung bulan 4 sbb aku nak beli kasut Jelly Bunny. Gara2 kasut aku byk yang dah kena buang sbb reput so aku nak ler beli 1 untuk pakai gi opis selain selipar sedap aku tu. Kenapa pilih Jelly bunny sbb aku ada voucher RM30. Marilah kasi perabis. Sblm gi beli kasut, sapedek dululah. Lapar tau. Tak tau nak makan apa last2 pilih pizza je. Kami order pizza baru Italia tu.

Ni ler pizzanyer. Dah makan separuh baru sibuk nak amik gambar. Pada kami pizza ni sedap. Simple je tp sedap.

Dah lama tak interframe... Moh ler berselfie kejap...hehe.

Fettuchini carbonara. Ini Kasyah request. Die nak mee putih. Kalau gi makan kat food court Alamanda pun skrg dah pandai order mee putih. Spageti ler tu.

Side dish roti apa ntah. Tapi sedaplah cicah dgn sos tomato tu. I like.

Itu jer nak citer pun.. Hahaha. Citer beli kasut mmg xdak sbb xde gambar. Hehe..

Daaaaaa..

p/s:Esok nak gi mana?????

Friday, May 9, 2014

Tak memasal beli

Salam....

Alhamdulillah, surat2 yang bertimbun yang aku kena prepare dah pun dapat aku siapkan. Tinggal nak lekat setem dan pos saja. Ada masa ni walau mata berpinor je nengok komputer, aku nak ler jengah2 blog ni. Sian die tak berapa dijaga dek kerana mak hencik busy bebeno. Nak mula menaip ni pun xtahu nak cerita apa. Banyak perkara berlaku tapi tu ler kalo dah lama stop kejap ada kejap takde ni memang payah ler nak mula balik.

Kalau korang ingat aku ada keje kat KLCC bulan 3 haritu. Lepas habis kerja amikler kesempatan berjalan2 dalam KLCC. Jarang2 aku ke KLCC so sementara tunggu husband datang amik marilah berjalan2. Lepas beli biskut Mark & Spencer, aku ke Jelly bunny. Nasib baik tak membeli. Pastu aku masuk cold storage pulak. dah terbeli biskut dgn karipap ntah pape lagi. Pastuaku dah naik riso dgn diri sendiri sbb asik membeli jer. Terus sms husband tanya die dah habis kelas ke belum. Lagi lama aku kat KLCC lagi banyak kerugian aku. Nasib baik husband kata dah abis kelas and nak dtg jemput aku. So aku terus masuk Isetan sbb aku tggu kat pintu luar kat Isetan tu. Lalu je situ mesti lalu tempat kosmetik dan fragrance. Alih2 ternampak beso gambo Julia Roberts. Dah ler aku ni mmg dok cari nak beli perfume Lancome tu. Terus tanya promoter. Tak fikir panjang beli terus.. hahaha. Dlm masa beberapa minit husband nak sampai sempat lagi rembat perfume. tak memasal..

Best2 sbb wangi dan tahan sampai ke petang. So skrg ni ler perfume aku. Aku ni pakai perfume mmg sampai habis baru beli lain. Xdenya ada byk perfume kecuali perfume murah. Tu adelah kdg2 gatal beli.

Dapat free gift jewelery box, mascara dgn eye shadow lancome. Suka okay. eye shadow tu mmg hari2 pakai pegi ofis. Yerlah sejak2 tak pakai spek ni, aku melawo ler letak eye shadow. Dulu2 tak pakai sbb tak nampak belakang spek..hihihi

Oakylah. itu jer. 2-3 menjak ni mata aku berpino pandang komputer. tgk benda lain okay pulak. Komputer jer tak boleh..

Daaaaa...

p/s: Jap lagi aku bw yer...

Wednesday, May 7, 2014

Mama, Along Hensem.

Salam..

Just a quick update.. Buat yg merindui Kasyah...Ala2 wordless gituh..

Kasyah lumur bedak kat muka dah macam tepung gomak tapi claim diri sendiri hensem.. Hadoi xleh belah.

'Mama, along dah hensem.' sambil sengih2 macam kerang busuk. Yelah nak oii.. hensem sangat anak mama ni...

Oh ya pasal pengasuh tu, skrg ni ada makcik baru jaga Suci. Kawan makcik yg jaga Kasyah dulu. Rupanya geng2 pengasuh yg makcik2 ni mmg dah lama dengar pasal pengasuh muda2 yg letakbyk syarat nak jaga budak. Sampai diorg pun pelik sbb budak memanglah nangis.. Tapi kata makcik yg jaga Suci skrg, Suci xmeragam pun. Elok je duduk dgn die. Huhu so skrg ko rasa kenapa anak aku nangis beria bak kata pengasuh hampeh tu???? Sbb anak aku can smell something fishy..haha..

Daaaaaaa

p/s:Tekak sakit, kepala sakit, rahang sakit, mata pun berpinar je ni... janganlah demam. I is banyak keje lagi..huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...