Friday, June 27, 2014

Buffet Ramadhan 2014 - Kuala Lumpur

Assalam...

Tinggal 2 hari je lagi kite akan berpuasa. Since puasa hari ahad so aku mmg xonline selalunya so aku nak ucapkan siap2 Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya dan kite memperoleh berkah di bulan yang mulia ini.

Sebelum ni dah share senarai buffet ramadhan di area Putrajaya, Bangi dan Cyberjaya, hari ni aku bagi list buffet ramadhan area KL pula. Ini antara yang aku dapat cari. Sebenarnya banyak lagi buffet2 kat area KL ni. Terpulang pada masing2 nak ke mana. Aku xde planpon nak gi buffet sbb kami sekarang dalam mood sangat berjimat cermat...Kenapa? Nanti I cerita hokey..

SACC Sinar Ramadan ENGLISH

Shah Alam Convention Centre



Berjaya Times Square Hotel



Felda D'Saji



Hotel De Palma





Hotel Corus


PWTC


PWTC



Royale Chulan KL

Kuala Lumpur PNB Darby Park Executive Suites, PNB Darby Park Executive Suites  Kuala Lumpur

PNB Darby Park



Hotel Corncode KL. 


Hotel Dorsett Subang



Swiss Garden Hotel KL



 Intekma Resort Shah Alam



Menara Kuala Lumpur

Selamat menjamu selera..

Daaaaaaaa

p/s:Petang ni balik kampung amik anak..yay..

Thursday, June 26, 2014

Hari ini hari aku


Assalam..

Alhamdulillah diberi lagi kesempatan untuk terus menikmati kehidupan dunia.. Bertambah lagi umurku hari ini. Harapanku semoga segala impianku tercapai. Diberi kesihatan yang baik, rezeki yang halal, kebahagiaan keluarga dan anak-anak yang berjaya. Aku berazam untuk menjadi lebih baik dari semalam setiap hari.. Muslimah yang baik, ibu yang baik, anak yang baik, isteri yang baik, orang yang baik, warganegara yang baik, pekerja yang baik, kawan yang baik dan hati mau baik.. :)


Walaupun dah 3 series tapi feeling tetap muda remaja hokeh... Aku nampak macam 18 tahun kan?? kehkehkeh...

p/s: In sha Allah, hadiah paling besar dan bermakna akan dapat hari ni.. Doakan segala urusan dipermudahkan. Amin.

Wednesday, June 25, 2014

Buffet Ramadhan 2014 - Putrajaya, Bangi, Cyberjaya

Assalam...

In Sha Allah hari ahad ini kite semua akan mula berpuasa. Dan seperti tahun-tahun sebelum ni, aku akan update buffet2 ramadhan yang ada di sekitar Lembah Klang. Kali ni aku senaraikan buffet ramadhan di area Putrajaya, Bangi dan Cyberjaya. Hope info ni akan memberi manfaat buat anda yang mencari2 tempat berbuka puasa. As for me takde plan lagi...


Pullman Putrajaya Lakeside

Ramadan Delight Early Bird at RM88+
Cyberview Resort

Ramadhan Buffet Cruise
Cruise Tasik Putrajaya

Selangor RHR Hotel At Universiti Tenaga Nasional, RHR Hotel At Universiti Tenaga Nasional  Selangor

Residence Hotel Uniten Bangi



Kelab Tasik Putrajaya



Putrajaya International Convention Centre



Putrajaya Marriot


Putrajaya Shangri-La





Bangi Golf Resort

p/s: Dah ganti puasa???

Petua kurus

Halluuu..

Aku ada lagi satu petua untuk melangsingkan badan. Juga dapat dari BH. Simple je.

Ambil dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan hingga dapat berat badan idaman...

(image ehsan google)

Senangkan tapi malas..hehe

p/s: nak citer pasal legoland tpkan gmbr dlm dropbox. kat opis xleh bukak pulak...so update benda lainlah.

Tuesday, June 24, 2014

Teaser - Cuti-cuti Legoland Malaysia

Salam...

Teaser cuti-cuti Legoland Malaysia. Layankan dua keping gambar ni dulu ye..



Cerita cuti-cuti Legoland dan JB akan menyusul selepas ini (kalau aku rajin. Malas betul nak letak gambar..huhu)

p/s: Mood rindu kat anak2. Currently mereka kat kampung..

Thursday, June 19, 2014

Happy Birthday Kasyah

As salam... Salam Khamis yang penuh bermakna..

Alhamdulillah hari ni empat tahun yang lalu, aku telah selamat melahirkan putera sulungku yang ku beri nama Kasyah Afham Fahimi. Walaupun pada awalnya diuji kerana jaundis Kasyah yang sangat tinggi hingga terpaksa masuk NICU, but today Kasyah has grown up becoming a healthy kid and active little boy. Mama so proud of you.

Selamat hari lahir sayang yang ke empat tahun. Doa mama semoga Kasyah menjadi anak yang soleh, seorang muslim yang berjaya di dunia mahupun akhirat. Mama harap Kasyah akan menjaga mama dan papa dan menjadi abang yang baik untuk adik2.

Jangan nakal-nakal sangat. Nanti mama takmo kawan Kasyah. Belajar rajin2 supaya besar nanti akan berjaya. Doa mama sentiasa mengiringi..

Mama sayang Kasyah sangat-sangat. Kalau mama marah sbb mama sayang dan mama takmo Kasyah tersilap langkah. Ingat ye, mama, papa, adik, tokmak, atok, pakngah, nenek, atok kasap, kak piah, bla bla bla (and the list goes on) semuanya sayang Kasyah.

Be a good boy... In sha Allah permintaan Kasyah nak pergi legoland akan mama papa tunaikan...

Happy birthday sayang....May Allah grant you Jannah.


Wednesday, June 18, 2014

Main sama-sama

Assalam..

Harini takmo buat entry tanpa kata... Tapi mau berkata2. Semalam husband ajak pergi berjalan. Katanya saje nak release tension lepas final exam yang tough tu. Tapi mana ada masa kecuali this weekend sbb next week ahad dah puasa. Tapi kata nak hantar anak2 balik kampung? Kalay pergi berjalan, macam mana nak hantar? Kan nak kemas umah sblm puasa? Pastu bilanya nak gi cari baju raya? Dah nak puasa dah ni. So sebenarnya apa plan kami? Akupun tak tahu. So skrg ni tgh fikir2 apa yang patut aku buat. Usha gak hotel2 destinasi yang boleh pergi tapi kebanyakannya dah fully booked. Yang tak fully booked umah mak aku jek..hahaha. Kasyah pulak hari2 bising kat kami kata nak balik kampung umah tokmak. Umah mak aku ler tu. Sejak dari minggu lepas die sibuk nak balik kampung. Rindu kat atok, kat tokmak, kat pakngah...erm yolah nak oiii... Confuse dah mak ko ni. Balik kampung? Shopping baju raya? Jalan? Kemas umah? Entah..

Kan kemain panjang membebel sebelum nak cerita yang sebenar ikut tajuk entry..ekekeke. Si adik sekarang ni memang suka sangat kacau abangnye main. Yang abang pulak kemain kedekut langsung tak kasi adik usik mainan dia. Tapi datang mood baik memasing, elok je main sama2. Selalunye main game ler.

Main game sambil tengok tv. So kejap mata kat game, kejap kat tv. Same je adik dgn abang.

Sambung main balik... Along main, adik tengok jer ye.

Suci lagi 2 hari genap 8 bulan. dah mula angkat2 buntut. Tak lama lagi bolehlah merangkak agaknya. Skrg ni menyusur pun dah kemain jauh perginye. kalau merangkak lagi pening mak nak kejar.

Peace. Asal amik gambar je nak peace. Stereotype sgt gaya ko nak. Nanti mak ajar gaya lain ye. hehe

Daaaaaaa...

p/s:Tak sedap lah wehhhh...

Tuesday, June 17, 2014

Nasi lemak sambal ikan aye@tongkol

As salam...

Dah lama rasanya tak share resepi masakan. Bukan tak masak tapi skrg ni dah jarang nak buat masakan yang luar biasa. Semuanya biasa2 je. Masak kicap, kari, sambal, lemak, singgang semua yang korang tau masak. Kadang2 datang mood malas, kite call je kedai minta bungkus. Sonang baitu. Alkisah nasi lemak ni, sejak2 dah menjadi buat nasi lemak, memang kerap jugaklah buat. Tapi bukanlah setiap minggu. Minggu lepas hari ahad husband request nak nasi lemak sambal ikan aye. Jadi marilah kite beli ikan kat pasar dan masak. Masak sekali harung makan sampai malam. Senang keje ai.

Nasi lemak kali ni best sbb pakai beras basmati. Merengek2 nak gak beli beras basmati yang harganya boleh buat matiii...akal kat husband. Sepanjang kawen nilah festime beli beras basmati weh. Nak masak nasi lemak ni sempoi je. Aku letak halia, daun pandan, santan dgn halba. Oh garam sekali. Masak jer macam nasi biasa.

Sambal ikan aye@tongkol feveret husband. Dah beberapa kali buat so aku dah tau dah nak ejas rasa die sampai jadi sedap seperti yang suami mahu. Bahan2 adalah simple dan biasa. Tiada yang luar biasa melainkan biasa2 sahaja. Cili kering kisar, bawang merah, bawang putih, air asam jawa, gula dan garam. Itu saja. Ikan tu direbus sblm dimasukkan ke dalam sambal. Lepas rebus nak goreng pon boleh. Ikut suka.

Lauk nasi lemak yang wajib ada. Sambal, telur rebus, ikan bilis goreng dan timun. Kami tak suka kacang so xyah letak.

Set nasi lemak yang siap sedia untuk dinyekik. Tiap2 minggu kalo makan macam ni, impian diet aku boleh lebur tau... Tu yang sebulan paling maximum pun 2 kali je... Haruuuu..

Kasyah request suruh amik gambar die tengah makan. Okay mama layankan aje... Tapi Kasyah memang suka nasi berperisa. Nasi lemak, nasi beriani, nasi minyak, nasi mandi, nasi goreng sume die suke. Nak pancing die makan banyak, mmg kena buat nasi berperisa. Tapi mama pulak xberapa rajin..hehe. Makan nasi putih sudah..

Erm sedap....Bulan puasa ni bolehlah kot buat nasi berperisa. Dah plan nak buat nasi tomato dgn nasi beriani tp tu baru plan. Jadinye belum tentu lagi..hehehhe..

Daaaaaaa....

p/s:ptg ni nak ajak husband cari baju raya anak2. Dah nak puasa ni kang kena jalan time puasa. Ai malas hokeh panas2 cari baju.

Monday, June 16, 2014

Aktiviti hujung minggu

As salam...

Minggu baru menjengah lagi. Seperti biasa, hari Isnin adalah hari lemau sedunia. Lemau nak bangun gi keje, lemau nak buat keje, semuanya lemaulah sampai biskut keras pun boleh lemau kalau hari Isnin.. Tapi aku pulak, dalam lemau2 tu ada bestnye sbb boss yang maha annoying lagi irritating tu xde..I suke okey..Kalu die ada, jangan kata hari Isnin, hari Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan sepanjang masa lah lemau. Ni lagi dua tahun nak mengadap die, maka dua tahunlah aku lemau je gamaknye. ekekeke..

Aktiviti berhujung minggu kalau suamiku xde kelas, bawalah anak2 beriadah. Alah takde beriadah sangatlah. Just bawa Kasyah pergi main basikal kat dataran Putrajaya tu je. Saje suke2 tengok gelagat orang ramai kat situ. Ini pun gambar bulan lepas beb. Minggu lepas pun ada jugak kami ke sini tp no photo2 sbb aku sibuk makan goreng pisang..hehe.

Dah lama giler kot Kasyah tak main basikal. Rasanya sblm aku bersalin agaknye. Lepas tu xdepun bawa die main basikal sbb lepas pantang aku asik berulang balik kampung sbb Suci tggl kat kampung. Lepas tu, bila dah amik Suci, papa die pulak dah start semester baru.. So weekend dok umah jerlah.

Cepatlah mama, along tak sabar nak main basikal ni.....

Wajah kesayangan hamba... hehehe.. Suci suke tengok kiri kanan sbb ramaikan org main macam2 kat sini. Jakun die tengok. Xpe dik, your time will come.


Saya pun naik basikal jugak, kata Suci.

So mama buat apa? Aku layan eskrim potong ni...Makan je keje ko kan. Pastu bising apsal tak kurus2 lagi. #takyahnaksentapsangat #koyangmakankolahyanggemuk

daaaaaaaaa...

p/s: Plan nak hantar Suci dgn Kasyah balik kampung seminggu tp I berat hati ler..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...