Monday, July 28, 2014

Selamat Hari Raya

#Sticky post sampai raya.....

Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua pembaca blog Anneraini ni. Mohon ampun salah dan silap jika sepanjang aku menulis ni ada yang terkasar bahasa dan terkecikkan hati korang. Terimalah kad raya recycle dari aku...


Semoga lebaran tahun ini memberi makna dan kenikmatan buat semua. Hati2 di jalan raya. In Sha Allah lepas raya kite jumpa lagi. Assalamualaikum..

Salam Sayang dari Aku sekeluarga.

Friday, July 25, 2014

Sembang nak raya

Alhamdulillah dah ramadan ke27. In Sha Allah hari Isnin ni kite semua akan menyambut hari raya. Malam tadi aku dah kemas baju dah. Bawa beg yang paling besar sekali. Yang boleh masukkan aku dlm beg tu. Balik ni tinggal nak masuk sikit2 mcm makeup tu dlm beg. Rumah pun kami dah kemas last weekend (walaupun dah kecah balik). Tahun ni xde tukar langsir baru. Guna yang sama je. Cuma tukar bantal hiasan je sbb aritu beli murah kat Air Hitam.

Barang dapur pun dah clear. Stok bubur Suci pun clear. Last aku masak hari Isnin haritu. Sejak selasa memang makan kat luar atau tapau je. Malam semalam berbuka di Manhattan Fish Market Alamanda. Nak buka kat tmpt lain sume penuh masa husband dtg tghari tu. Memang sedap makan semalam. Gambar langsung xamik sbb lapar.. hehehe.

Ni puding karamel aku buat masa minggu pertama puasa kat kampung. Buat versi tanpa telur. Sedap tp manis sikit. Next time kalau nak buat kena kurangkan manisler. Tahun ni aku xde baking cake macam tahun lepas. Malas pulak rasanya. Tengoklah esok kalau gi jalan2 jumpe orang jual kek beli jelah.

Petang ni aku balik Segamat dulu. Esok malam lepas buka baru gerak ke Terengganu. Malam raya kedua, gerak balik Segamat semula. Hopefully perjalanan aku lancar. Jauh dari malapetaka.

Raya pertama untuk Suci so mama excited nak dandankan anak. Dah beli macam2 eksesori cuma tak tahulah guna ke tak...

Tadi datang keje jalan clear tak jem. Hopefully petang ni nak balik pon sama. Boleh sampai umah awal. Aku dah xde mood nak bekerja. Fikir nak balik kampung je ni. Rindu mak, rindu abah rindu semua...

Okaylah itu saja... Selamat hari raya uolssss....

Daaaaaa...

p/s:Aku cuti seminggu. Lepas raya kite citer2 ye..

Thursday, July 24, 2014

Kuih raya

Salam Ramadan ke 26.

Pejam celik pejam celik dahpun masuk puasa ke 26. Lagi 3 hari je nak raya weh. Kepala ni dok terbayang nak balik kampung je ni. Nak buat keje pon xde mood walaupun keje melambak. Time nak cuti raya lah sibuk nak bagi keje tau. Yg penting aku mls buat skrg. tunggu lepas raya baru aku settlekan. hehehe. Haritukan ada aku citer mood nak buat kuih raya tahun ni ntah kenapa merudum betul. Selalunya sblm puasa lagi dah sibuk dah plan nak buat kuih apa. Tapi kali ni nehi khabi nehi. Malas betul. Cuma tulah bila dah tetiap tahun buat, rasa xbest pulak kalau xbuat. Yelah dari umur aku 12 tahun kot aku yg buat kuih raya untuk umah mak aku. Kalau aku xbuat, xde kuih raya ler jawabnya. So pikir punya pikir decide buat 3 jenis yang paling simple. Yang tak memerlukan masa yang pnjg dan tak remeh. Jadilah 3 jenis sbb aku ada beli 3 jenis lagi. Cukuplah tu. Kang mak aku tinggal beli kerepek2 je.

Biskut wajib buat tiap2 tahun. Biskut conrflakes. Ni mmg feveret aku so kalo xbuat rasa cam xbest je.

Biskut cornflakes madu yg dibuat utk habiskan stok cornflakes. 

Gambar: Dalam pada xde mood nk buat kuih raya, buat juge ler sikit nk bg kt umah mak...janji adooo..
Biskut semperit susu yg jadi fenomena dlm fb dan blog. Saje je buat sbb nak rasa. Lagipun bhn senang so mariler kite. Semua kuih ni memang aku bawa balik kg, kat umah aku tinggal bekas kecik je sbb aku tau mak mertua aku selalu bagi kuih raya. Nanti tak makan pulak kalau tinggal banyak2.

Semalam dok kemas baju dlm beg. Hadui xmuat weh beg aku. Terpaksa bawa 2 beg ler jwabnya.. Budak2 baju kena byk sbb diorg tu cepat no comot belemoih bagai. Sehari je 2-3 pasang baju. Lagipun kali ni raya di Terengganu so baju spare mmg xde utk aku dgn husband. Kalau balik umah mak aku xpe sbb baju aku byk kat sana. Bawa baju nak gi jalan2 je. Itupun xhabis kemas. Malam ni sambung lagi. Esok ptg lepas keje boleh terus cau cin cau. Lambat2 lagi jem.

Daaaaaaa...

p/s: Rasa mcm nak beli henpon baru..huhuhu

Tuesday, July 22, 2014

Jalan2 JB - Johor Premium Outlet.. Dah habis dah

Hallu uolsssss... Ni entry last ni pasal JB. Lepas ni xde dah. Malas dah aku. Minggu depan dah raya so nak citer raya pulak. Lepas sarapan kat hutan bandar tu, kami memang terus ke JPO ni. JPO ni kat area Kulaijaya. Ko wazekan aje jumpelah. Masa aku sampai orang tak ramai sbb baru pukul 11 lebih. Xdepun orang beratur ke apa ke tp masa nak balik, kat butik Coach tu dah ramai yang beratur. Aku saje je gi sini. Xde nak cari apa pon. Tengok2 kalo ada beg yg berkenan dihati.

Baru sampai masa ni... aku tak ready dah amik gambar... One more please..

Baru lah cun sikit sbb senyum..hehe. 

Aku ni xdelah masuk semua butik. Mana yang nampak macam ada beg cantik aku masuklah. Tapi tengok harga riban2 takut gak aku. Aku belum sampai tahap nak beli beg riban2 ni. Beg aku selalunya 2-3 ratus je. Pakai sampai lunyai baru beli lagi.. Takdenya aku nak tukar beg setiap hari. Baiklah duit tu aku bagi mak ayah aku ke, simpan untuk anak2 ke ade gak pekdahnye. 

Servis bertukar tangan. Suci dah resah sbb die dah haus nak susu so dukung jerlah nak bagi die senyap. Si Kasyah pulak take over masuk jogger sbb dah penat. Last2 die tertido.

Sejak dah besar ni selalu berebut nak naik jogger adik. Masa kekecik dulu haram nak dok dlm stroller. 

Lebih kurang pukul 2 kami gerak balik. So apa yang aku beli? Kat sini aku takde beli pape untuk diri sendiri. Husband je dpt selai jeans Levi's dan Kasyah dapat kasut Clarks. Kasut tu smart giler.  Hrga baru RM85 terus sambar buat kasut raya... Aku ada gak berkenan seluar levi's tu tp nan hado saiznya..mencik ah. ko ingat aku pakai saiz 27??? Sah2 tak..huhuhu

Gitulah citer jalan2 JB aku. Ni memang kire percutian singkat last minit sblm puasa. Jadilahkan. Yang penting Kasyah punya hajat nak ke Legoland tercapai. Lepas ni xyah dah pergi legoland lagi... baik gi Genting..hehe.. Balik tu singgah jap umah baru mak mertua aku kat Kluang. Mak dah naik pangkat so kena pindah Kluang. Kami tak pernah sampai lagi tu yang singgah tu. On the way balik singgah Air Hitam jap beli bantal...Sampai Segamat pukul 9 lebih mmg lepak ah. Esoknya pagi2 pukul 4 balik Putrajaya...Huh penat.

Daaaaaa...

p/s: Petang ni nak makan buffet tp tekak pulak sakit..mencik tau.

Monday, July 21, 2014

Baju raya anak-anak

Salam Ramadan ke23.

Minggu akhir puasa. Minggu malas kerja. Seriusly memang tak kuasa dah nak ngadap jem pergi keje. Ikut hati nak je guling2 kat umah kemas umah ke. Tapi kalau tak gi keje sape pulak nak bagi duit belanja ye dak. Nak raya ni banyak nak pakai duit. Cerita pasal persiapan raya, as for me memang dah agak complete ah. Stokin Kasyah je xde lg. Kuih raya pun ada aku buat 2-3 jenis nak bagi kat mak. Malas nak buat banyak2. Tetiap tahun pun mak mertua aku bagi so nanti berlambak tak makan.

Baju raya anak2 aku dah beli bulan lepas. Masa tu Aeon buat member day kat Midvalley. Kami suka member day sbb murah banyak dan dpt voucher pulak tu. Rambang mata weh pilih baju lagi2 utk si kecik tu. Yelah baju die kan variety sikit. Moh ler cekidaut.

Baju raya si kecil. Tengok warna banyaknye pink je.. Dah mata ni tgk cantik aku rembat ler. Kebanyakan ada less 70%. Murah2 jer. Suke sgt. 

Dua helai gaun untuk Suci. Ingat nak cari lagi tp lom jumpe yang berkenan di hati. Tengok balik Sgmt nnti round kejap kalau ade yg best. 

seluar dan t-shirt. Jadilahkan sbb ada 2 baju untuk Suci aku dah tempah. Satu jubah dress satu lagi baju kurung. 

Yang ni pulak baju Kasyah. Paling best sekali seluar merah jenama Hush Puppies tu. Cantik sgt. Rm30 saje. Berbaloi2. Boleh padankan dgn kemeja putih tu. Mesti hensem. 

Baju aku xyahlah tunjuk. Korang tgk gambo raye jelah (kalau ada). Masuk minggu akhir ni, mood nak masak pon dah yilek. Xde selera pon ye. Xsabar nak raya. Bukan nak beraya sgt tp raya means cuti... yayayy..

Daaaaaa.....

p/s: Aku menang voucher berbuka tp smpi nak habis puasa xdpt2 pon... Sedih tau macam ni..huhuhu

Friday, July 18, 2014

MH17

Salam 20 Ramadhan...

Ya Allah sayunya hati hari ni... Berita yang sangat mengejutkan buat seluruh dunia terutamanya rakyat Malaysia bila pesawat MAS MH17 ditembak dan terhempas di Ukraine.  No one is survive. Sedihnya... Tak tahu nak cakap macam mana. Seriusly tak tahu. Tak tercapai akal aku ni. Rasa nak menangis. Korang pon rasa yang sama kan. #prayforMH17

Dua hari rabu dan khamis, aku demam panas. Hampir nak cecah 40 darjah celcius. Gigilnye tak tahu nak gambarkan. Alhamdulillah hari ni dah mampu nak bekerja. Datang kerja, dapat pulak berita tak gembira. Haduilah...dugaan ramadhan. Biarkanlah mereka. Kite dengan cara kite. Nasib kite tak sama.

Ya Allah, permudahkanlah.

p/s: Tak mampu tangan untuk menaip..

Tuesday, July 15, 2014

Jalan2 JB - Sarapan di Hutan Bandar

Salam Ramadhan ke 17.

Hari ni nuzul Quran. Buat pertama kalinya, kami kat KL pon dapat cuti. Yay, selalu tu org selangor je yg cuti dan memenuhkan KL sampai aku nak balik keje pon sangkut tp not this year. Kite sama2 cuti penuhkan mall..hehe. Buat yang tak cuti, selamat bekerja.

Sambung lagi citer JB. Pagi hari ahad, pukul 9 dah siap2 nak cek out sbb nak balik dah. Malas lah nak gi sarapan pastu baru sibuk nak cek out. Sekali harung je keluar. Kami decide untuk makan di hutan bandar yang femes tu.

Pukul 10 sampai xsangka orang masih ramai lagi. Yelah kat JB kan keje hari ahad. Sementara tunggu order, mari tangkap gambar sekeping dua.

Actually die medan selera je. Ko datang duduk je. Ade orang yang akan amik order. Nanti die orderkan kat kedai2 tu. 

Kasyah makan mee sup. Die memang feveret mee. 

Ni menu my husband. Lontong dengan paru goreng. Pergh.

Yang ni aku punya. Lontong kering dgn ayam rendang dan paru sambal. Macam tamak kan tapi memang tamak pon. Portion die banyak ah. Mak aku tolong habiskan nasi impit tu. Terliur siut tengok gambar ni. Paru die terbaik, ayam pon sedap, serunding pon sedap cuma 2 je slack. Sambal die manis...potong betul. Kalau tak mesti lagi syok sbb sambal die memang pedas tp manis die pon kemain lagi. huhuhu. 

Mak aku pulak makan nasi lemak. Kami saja pilih makan berat2 sbb lepas ni dah berjalan lagi. Alah bukan ke mana pun. Kami pergi Johor Premium Outler je. Memang dah on the way nak balikpon. Sambung lagilah ye... Oh ya, nak makan kat sini, ko waze je hutan bandar JB. Kompem jumpe.

Daaaaa...

p/s: Hari ni nak shopping lagi...

Monday, July 14, 2014

Jalan2 JB - Bubur Nasi Taman Sentosa

Assalamualaikum....Salam 16 Ramadhan..

Korang puasa tak?? Ke baru lepas lunch? hehe. Aku ni baru je balik shopping kuih raya kat Kompleks Kraf Jalan Conlay.. Kuih raya ni aku dah idamkan sejak tahun lepas so tahun ni gigih gaklah gi sana sbb nak cari kuih raya tu. Gigihlah sangat padahal Kompleks Kraf tu area belakang opis aku je..ekekeke.. 

Mohler sambung citer jalan2 JB. Dah nak habis puasa dah pun. Kang terus tak update. Lepas cek in hotel petang tu, kami bersantai-santaian dulu sampai maghrib. Lepas solat, siap2 pulak untuk makan malam. Kali ni aku nak ke bubur nasi Taman Sentosa. Femes wooo bubur nasi kat sini. Aku dah lama teringin. Last makan tahun 2004 dulu pastu xde dah. Yelah lepas tu aku belajar kat UM dan hingga kini menetap di KL, so payahler nak ke JB sana. Bila dah pergi JB ni, takmo lepaskan peluang nak gak makan bubur taman sentosa. Bubur ni die gerai tepi jalan je. Sepanjang jalan tu ade orang jual. Pilihlah bubur ori taman sentosa. Hanya available waktu malam sbb siang die jadi parking depan kedai..hehe. 

Bubur belum sampai kite layan otak2 dulu..

Inilah buburnye. Satu set RM5. Bubur nasi, kangkung, sambal ikan bilis, telur masin, ikan masin, lobak jeruk dgn serunding ikan kalau tak silap aku. Memang sedap ah. Aku suka. Pastu kitorang ada amik kerang bakar. Kalau order lala goreng pedas pon mantop tp aku tak order ah. 

Yang ni pulak otak2 ayam. Serius sedap. Aku siap bungkus bawa balik. 

nyum nyum....

Lepas makan bubur nasi, husband ajak pulak makan steamboat kat dataran bandaraya. Aduh perut dah sentak dgn bubur tapi rugi ah tak makan steamboat sbb bukan selalu datang JB. So kami pun gerak ah ke sana. Banyak yang dah berubah sejak aku tinggalkan JB. Dah rasa macam pergi tempat lain pulak. Rindu nak dok JB..eh..hehehe

Since masa sampai tu masih kekenyangan, aku ajak lepak2 kat dataran dulu. 



Nak buang masa, aku ajak Kasyah main buble ni. Mula2 die tak nak ala2 takut gitu. Tapi dah tgk aku main, baru nak terhegeh2 main sama...

Excited terus sampai tumpah2 air sabun. Rugi tau. 

Nak main jugak.... hahahahaha. Die pulak lagi beria dari cucu.. kihkihkih.

Lepas buang masa, jam pun dah hampir pukul 10 malam, kami pun pergilah makan steamboat. gambar yilek sbb makan pun sikit je. Amik 5 cucuk je. Suci dah ngantuk. Kasyah pon sama. So cepat2 makan, terus balik hotel. Habislah hari pertama di JB.

Esok nak balik dah.....sambung esok pulak eh.

Daaaaa....

p/s: Ngantuk weh.



Friday, July 11, 2014

Jalan2 JB - Kacang Pool Haji

Salam 13 Ramadhan...

Kejap jer dah nak masuk 2 minggu puasa. Dah siap ke persiapan raya korang? Aku ni hal baju raya dah settle dah sbb aku dah tempah dgn makcik aku bulan 3 lagi.. Tinggal nak cari benda2 kecik je mcm songkok kasyah, sampin, dan beberapa benda lain. Kuih raya pulak entah kenapa taun ni takde mood betul nak buat kuih raya. Selalunya tu dah siap dah listkan kuih yang nak dibuat. Tapi kali ni xde pun. Tengoklah minggu2 depan kot2 datang mood nak membaking pulak.

Ni nak citer pasal kacang pool ni. Korang pernah makan tak? Kalau orang JB mestilah taukan pasal kacang pool ni. Aku pulak memang tak pernah makan pun selama ni. Pernah dengar je pasal kacang pool ni. Cuma 2 bulan lepas kot ada husband aku belikan sbb die nmpk ada org jual kacang pool kat Bangi. Masa rasa tu okaylah sedap tp husband cakap kat JB lagi sedap. Yelah dah namanya pon femes di JB. Haruslah yang JB lagi sedap.

Makanya lepas keluar dari Legoland, kami terus ke bandar JB untuk cari makan. Dah pukul 4 tak lunch lagi mmg kebulur ah. Mula2 nak makan nasi tapi bila fikir2 malam ni kami nak terjah makan best kat JB, kalo makan nasi kang kenyang sangat pulak. Dahlah nak dekat pukul 5 ptg. So decide utk makan kacang pool. Kacang pool ni memang dalam list makan2 aku di JB. Kami makan di kedai Kacang Pool Haji, Larkin dekat medan selera sebelah bomba tu. Alah ko waze kan aje Kacang Pool Haji ni mesti jumpe..hehe

Inilah rupa kacang pool tu. Mak akupun tak pernah makan tau walaupun kami ni orang Johor tp JB tu jauh dari Segamat..hehe. Kacang pool ni makan dengan roti bakar tu. 

Sedap hokeh. Menjilat2 mangkuk tu bila dah habis. Lepas ni kalau pergi JB lagi aku nak makan kacang pool ni. Wajib diletakkan dalam list makan2..hehe

Lepas makan ni, kami terus cek in hotel. Yelah masing2 dah penat dari pagi lagi berjalan. So cek in hotel sangatlah heaven ye. Aku amik hotel bajet je. Amik family room kat Agoda. Rm138 je. Murah hokeh utk family room. Bolehlah untuk tido jek pun. Malam pulak, kami keluar lagi cari makan. Ke mana? Nanti kita sambung ye...

daaaaaaaaa...

p/s: Suci demam dah 4 hari.. Risau hati aku ni..

Thursday, July 10, 2014

Cuti2 Legoland - Part 2

Assalamualaikum...

Hari ni gigih nak gak habiskan citer legoland. Dilayan sangat malas ni kang, sampai raya taun depan pun tak berupdate. Kebetulan tgh takde keje ni, jom ler gigih. Pasal luahan aku semalam, thanks ye pada yg concern. Sebenarnya masalah bukan pada aku tp orang lain cuma aku ni kire terkena tempiasnyerlah. Orang lain punye tindakan, aku pulak yang terasa kesannya..huhuhu.. Okaylah malas nak citer lagi. Mari kita move on.

Lepas je keluar dari baby room, Kasyah merengek nak main keretapi lagi. Husband dah malas dah so akuler kena teman... Keretapi tu kat playground depan baby room tu je.

Sempat lagi posing tu..hehe. Kat sini memang banyak replika daripada lego. Larat dgn tak larat jer nak bergambo...

Hah ni ler keretapi budak2 yang Kasyah nak naik. Poyo jer kan tapi layankan jelah... Dah ada anak ni kalo naikpon xler malu sbb temankan anak. Cuba kalo ko sorang2 naik mendealah ni kompem orang senyum2 sumbing..hehehe

Sebelum keluar dari playground ni sempat lagi mama dibaham lion..eh! hehehe. 

Lepas main playground, kami ke 3D cinema. Ada tayangan citer kartun lego dalam versi 3D. Eh, kejap. 3D ke 4D ek? Ah lantaklah. Dah lupa. Dah panas2kan masuk dlm wayang pon best jugak sbb ade aircond. Dptlah melepas lelah dan keringkan peluh. Tapi aku tak amik gambar pulak. Cuma nak bagitau mmg best tau 3D die. Real sgt. Nampak objek2 tu depan mata je. Syok ah tgk 3D die. Siap ada effect air lagi. Kalo kartun tu kena air, kite pon kena air jugak. Kalau kartun tu kena ribut, kitepon kena jugak. Syok wooo...

Lepas tengok wayang, teruskan perjalanan. Kami ke miniatureland. Tempat banyak replika2 bangunan or tmpt2 terkenal di asia dan malaysia yang dibuat daripada lego. Tapikan masa ni mmg matahari tegak atas kepala ko. Panas giler,


Aku lupa belakang ni tempat apa...

Yang aku bergambar ni pun aku tak ingat. Malas dah google dah..hehe

Hah yang ni tanah lot Bali...

Yang ni takkan tak tau. Taj Mahal. 

Sbb tmpt cinta hagung Shah Jahan dgn Mumtaz so kena amik gambar berdua dgn laki...hahaha

Mula2 amik sendiri tp ada staff legoland yg merayau2 kat situ akan offer utk tolong amikkan gambar...Jgn risau, no charge.

Berlatabelakangkan Singapura...Lepas amik gambar ni aku surrender. Ajak mak aku duduk kat bawah pondok. My husband dgn Kasyah round2 tgk miniland lain..




Takleh letak gambar semua walaupun banyak lagi gambar miniature land ni. Sikit2 sudah.. Dah puas husband round, kami teruskan lagi perjalanan..

Nampak menan ni ajakler Kasyah naik. Aku malas sbb matahari atas kepala. baik aku tunggu bawah atap..hehe. Papa jelah layan anak. 

Lepas tu kami naik keretapi besar pulak. Keretapi ni panjang so boleh ramai orang sekali naik. Dia akan pusing2 sekitar legoland tp area depan2 jelah. Yang kat kingdom2 tu tak sampai.

Mak aku muka boring...hahahaha.

Lepas naik keretapi kami teruskan perjalanan. Ada area driving class yg tak sesuai utk Kasyah. Pastu ade jugak boating area pun tak sesuai utk kasyah. Lagipun kami dah tak larat dah sbb panas. Dah lah lapar sbb dah hampir pukul 4. Just masuk lego shop die tp aku tak beli papepon. Semuanya mahal. huhu

Ni dah keluar dah dari legoland. Kami nak ke kereta nak terus ke JB cari makan. 

So kesimpulannya, berbaloi ke tak bayar sampai seratus lebih masuk legoland ni? Pada aku tak berapa berbaloiler. Kalau tiket bawah seratus ok kot. Dahler dgn panasnyer yang mmg tak enjoy nak berjalan sgt. Minuman dgn makanan pon mahal. Tapi kalau untuk budak2 mungkin ler diorg suka. Pada aku, aku suka genting lagi. Sejuk je nak main pape pon. Husband aku kate, tak pergi lagi kot lepas ni kecuali ade yang nak sponsor..hahaha. Tunggu duit dah berlebih ataupun Suci pulak merengek ajak gi Legoland..hihihi... 

Dah habis dah citer legoland. Tapi akan ada cerita jalan2 JB pulak... Tungguuuuuu...

Daaaaa..

p/s: Ptg ni nak masak kari. Kalo rajin boleh buat roti jala..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...