Sunday, August 31, 2014

Di sini lahirnya sebuah cinta


Salam buat semua warga Malaysia yang tercinta....

Aku hanya ingin mengucapkan Selamat menyambut hari merdeka yang ke57 dengan harapan Malaysia akan terus maju dan aman serta dirahmati Allah. Singkirkan sifat2 kebencian dan semailah rasa kecintaan.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Aku sayang MALAYSIA... Di sini lahirnya sebuah cinta...


Friday, August 29, 2014

Selfie sat sambil borak2.

Assalamualaikum..

Sana sini orang dok selfie. Baruler skrg org sibuk2 dgn selfie ni.. Padahal dulu2 pun amik gak gambar sendiri..tapi masa tu tak panggil selfielah. hehe. Aku ni jarang nak berselfie2 ni. Amik gak tapi selalunya tak share pun kat fb ke instagram ke.. Ni sajelah nak share gambao selfie. Asik korang je.. Lepas korang, korang. Lepas tu korang lagi..hihihi.

Gambar fresh ni tau.. Gambar pagi2 sampai opis. Bukan takde kerja tapi saja ngengada. Hari ni kan, sorang lagi kawan baik aku kat opis ni akan berhenti. Bulan 8 ni 3 org tau pekerja kat sini berhenti. Yg bestnye sume geng aku.. Kali ni kawan baik time lunch sbb kami lunch sama2. Walaupun lain section tp sbb section aku xde melayu so aku lepak dgn geng2 melayu dari section lain. Lepas ni berkuranglah geng nak melepak time lunch... Sedih iolss tau..

Oh ya, hari ni bos aku pun akan balik jugak. Double sedih... Lagi sedih aku tak sempat nak beli pape untuk bagi kat dia. Sorry bos. Tapi I always in your heart kan?? hehe. Hopefully bos baru aku akan best jugak mcm bos lama. Tapikan bos baru aku ni blur sikitlah.. English die lagi hancur dari bos lama aku.. Ah payahler aku nk discuss pape dgn die nanti.. Dah mcm ayam dgn itik dah...hadoiii.

Walaupun hari ni aku bakal kehilangan rakan sekerja yang baik dan menyeronokkan tapi aku tetap maintain ceria.. Yelah sedih mmg sedih tapi hidup perlu diteruskan. Takkanlah akupun nak resign sama. Sape nak bayar duit kete aku. Ptptipu aku lagi (PTPTN ler)... Credit card, sekolah kasyah, astro.. bla bla bla...and the list goes on.. Aku tunggu laki aku jadi jutawan baru aku leh benti keje..kehkehkeh... 

Okaylah..positifkan diri... Weekend ni kite cuti 3 hari so mari balik kampung. Last balik raya haritu so kali ni dpt balik lg. Sementara husband aku belum start semester baru ni, baiklah balik. Nanti kang kalo die dah start kelas, 2-3 bulan baru dpt balik..

Daaaaa...

p/s: Teringin nak shopping tp duit tak banyak..ah caner???

Thursday, August 28, 2014

Pertama kali makan di Manhattan Fish Market

 Assalamualaikum...

Boooooooooooooooooooo.......

Hah dah kena booo tu mesti tau aku tak dpt nak up citer raya..hahaha.. Hari ni nak citer pasal festime makan kat Manhattan Fish Market. Orang lain dah berkurun dah makan kat sini.. Tapi seriusly sblm ni mcm tak pernah terfikirpon nak makan kat sini. Ini pergi makan pun dah lama dah. Masa bulan 6 haritu. Husband tanya nak makan kat mana, terus ku ajak ke sini. Die okay je. Mohler kiter..

Kebetulan masa makan kat sini ada promo untuk father's day. So kami try promo tu.. Harga die RM55 siap air semua. Menu apa akupun lupa.. Let's cekidaut.

Yang ni seafood chowder... Sedap gak. Kasyah balun makan ni banyak. Isi die banyak dgn sotong, kepah apatah lagi....

Air amik rootbeer kot (serius lupa) dgn strawbery..

Hah nilah main dishnye.. Seafood platters kot. Ada ikan, udang, sotong dgn kupang. Pastu nasi, fries dgn sayur sikit. Kenyang hokeh makan ni bertiga sbb kasyah xbape nak makan nasi sbb die sibuk dgn chowder tu je. 


Pelbagai jenis sos...

Suci tukang tengok je.. 

Haha nampak tak die terliur nak terkam makanan atas meja...hehe. Sorry dik, adik takleh makan lagi..

Lepas makan aku order desert. Saje je sbb nmpk menarik je. Brownies dgn sos caramel panas dn aiskrim.. Sedap tp karamel tu pahit sikit sbb die mcm hangus. Kalau caramel tu tak dipanaskan mungkin lg sedap.


Hah dah makan dan dah kenyang, apalagi balikler...hehe

Overall makan kat sini sedaplah.. Bulan puasa haritu pun ada kami terjah sini untuk berbuka. Tapi kali ni order ikan spicy..Lagi sedap.. Cuma takde gambo sbb buka puasakan lapo..Tak heran nak amik gambar.. baik aku amik nasi masuk dlm mulut..kahkahkah..

Okaylah...daaaaaaa..

p/s: Semalam dah makan pizza, hari ni makan fitness cornflakes je..huhu

Wednesday, August 27, 2014

Masak-masak makan-makan #3

Assalamualaikum...

Plan berubah lagi.. Tak jadi sambung citer raya.. Semalam tak sempat nak transfer gambar... Boooo Anne booooooo.... hahaha. Moh ler citer pasal masak-masak.. Korang suka kan main masak-masak.. Tapi ni nak letak gambar bagi meleleh air liur je.. Bukan untuk berkongsi resepi mahupun pengetahuan sbb aku malas.. Booooo lagi... Gambar masak-masak dalam ni pun sejak dari 3 minggu lepas kot.. Aku sekarang tengah dalam fasa xde selera makan nasi berlauk.. Tak tahu kenapa. Tengok lauk macam xleh bayang masuk kat tekak.. Xde selera weh. Tapi kalau nasi berperisa aku okay je. Nak kata beria nak makan tu taklah tp boleh le masuk tekak ni. So dah dekat seminggu jugak aku xmasak lauk. Buat nasi goreng je.. Haish tekak tekak!

Mee segera perisa kari jenama Sajimee.. Ni memang teringin sejak dari bulan puasa hari tu. Aku ni mee segera mmg saangggatt jarang makan. Bukan feveret kami laki bini. Lagipun tak bagus untuk kesihatankan. Tapi bulan puasa haritu teragak pulak maggi kari. Lepas raya gi shopping brg dapur belilah mee saji ni sbb maggi kan boikot..hehe.. Tak sangka sedap hokeh sajimee tu. Pedas. Syok woo.. Siap letak fishball, kerang, sosej, sawi dgn telur rebus..Giler ah... Memang syahduuu.. Yang lagi 4 bungkus tu ntah bile nak makan... hehe

Menu ni masak 2 minggu lepas. Ayam asam pedas letak bendi.. Aku jarang masak asam pedas letak sayur2 ni sbb husband tak makan bendi. Aku pulak mmg suke giler kot bendi dlm asam pedas. Tapi dah die tak suka so takleh derhaka..I mengalah jelah. Tapikan haritu die gi makmal seminggu so aku balun masak ikut selera aku. Masa ni selera tu ada lagi tp dah ala2 nak ke tak selera jugak.

Masa mak temankan aku haritu, die tengah puasa enam so tetibe die request nak makan roti jala. Sebagai anak yang solehah (;p), akupun buatkanler. Alah roti jala bukan payahpun. Sap sap soi siap. Kari semalam pun dok ada lagi.. Layan.

Mee kari dibuat sempena kedatangan sepupu aku ke rumah. Ajak sekali opismate aku dtg...Mee kari aku terpedas sikit tp masih sedap dilayan. Cume budak2 takleh makan banyak. Mak budak je bedal seolah2 tiada esok bagimu...huhuhu

Di hari yang sama dgn mee kari tu aku beli lemang sbb teringin. RM15 sebatang tau. Beli gak rendang dia RM5 bekas kecik je. Pergh mahal giler. Tak sedap pulak tu. So pairkan lemang dgn serunding daging ni. Lagi maha hebat rasa dia.. Terus kecur dan dan je. 

Weekend sempoi.. Malas dah nak masak beria2. Mari sarapan sosej dgn telur. Nak bg mcm best buat bentuk love..Padahal sosej dgn telur jek..kahkahkah.

Antara hari aku tak selera nak makan... Buat sambal telur pecah je.. Perghh layan koooo....

Sambal telur pecah dimakan bersama sawi bening dan ikan goreng... Nampak mcm takde pape tp itu yg bertambah.. Adoi.


Sambal sotong enak bangat nih. Sayang suaminya ngak ada dirumah waktu gue masak sambal sotong ini.. Kalo dimakan sama nasi lemak harus lebih enak... (Motif aku cakap indonesia????)

Ituler serba sedikit masak-masak aku. Dalam tengah tak selera nak makan ni, aku balun ler roti ke, biskut ke. Semalam dah mentekedarah nasi arab. Raya kali ni, semalam ler 30 Syawal baru aku gi beraya tau. Raya kat kg tu lainler ni kat umah sendiri. Semalam baru dpt gi beraya itupun umah pengasuh lama Suci. Kesian kat aku. huhu.. Madang je laki gi makmal ler kursus ler.. Nipun hari ni smpi jumaat die gi kursus lagi kat Gambang. Nyampah.

Okayler.. Nak gi bergosip jap sementara bos takde ni.. Daaaaa...

p/s: Takde selera makan nasi tp benda lain makan macam tak ingat dunia... Baru dua hari turun berat, hari ni dah naik balik.. I is stress...

Tuesday, August 26, 2014

Makan2 di Porto Romano

Assalamualaikum...

Kite stop dulu citer raya ye walaupun hari ni last day Syawal dan sepatutnya habiskan citer raya tapikan aku lupe nak amik gambar dalam laptop. Boooo Anne boooo... hehehe. So untuk tidak membuat blog ni jadi sunyi, meh update pasal makan2 aku dgn rakan sepejabat sempena farewell kawan baik aku last week. 

Kami makan di restoran Porto Romano di bangunan Intermark. Restoran Italia. Tergeliat lidah nak nyebut nama2 menu die.. Basically sume jenis makanan Italy ada. Pizza, Pasta, Risotto, Paella bagai. Aku festime makan kat sini. Mohler tengok apa yang kami makan. Haritu aku selamber jer amik gambor makanan2 ni.. Bos siap tanya aku nak masuk facebook ke, aku iakan aje. 

Suasana dalam restoran ni.. Lampu dalam restoran ni malap2 je. Ala2 restoran mewah gitu. Harga makanan ni standard harga ah untuk makanan Italy. Kalo aku mahallah..hehe

 Ni menu2 yang diorder oleh opismate aku. Siap2 aku letak nama makanan kat gambar tu. Salad tu kalo tak silap aku harga die RM35 kot. Lupalah. Spageti porto romano tu RM30. Spageti tu berbaloi order sbb perabah die banyak. Sotong, udang, lala, kupang penuh...Risotto tu pun kawan aku kata sedap. Tak muak pun. Harga tak ingat. Dalam 30 lebih gak rasanya. Spageti Salmon tu RM32 kot.

Ini menu aku. Ravioli with lobster. Aku memang teringin nak makan ravioli sejak tgk Masterchef US tu. Ravioli ni stuffed pasta. Pasta yg berinti so inti die isi lobster. Sedap jugak dgn kuah chezzy die tuh. Harga RM34.

Since masih ada masa dan ini bos belanja, mari order desert walaupun perut dah penuh tapi peluang bukan datang selalu so kite enjoy..hehe. Aku order Panna Cota ni.. Sedap hokeh.. Tekstur die lembut je. Mcm puding tp die lain sikit sbb tekstur die tu. harga RM9.90 rasanya... Aku banyak rasa2 je harga sbb aku bukan belek harga die sgt sbb bukan aku bayar..hahaha

Ini pulak Tiramisu.. Pun sedap..Untuk bukan penggemar coffe macam aku, tiramisu ni aku boleh makan sbb rasa coffe die lite2 je. Harga RM15 kot..

Sebelum balik, minta waitress kat situ tolong amik gambar....

Ini kompilasi gambar aku dgn Yin.. Aku print gambar ni dan bagi die siap dgn frame yang ada tulis FRIENDs. Memorable kan. Nak bagi benda lain tak tahu so yg ni paling sesuai kot. Dah 3 hari dah keje tanpa die.. Rasa cam bosan je...Tapi takpelah.. Life must go on...

Okaylah...Ada masa ptg ni aku BW kat blog korang... Daaaaa

p/s: Hari ni lunch nestle fitness saje... Tak turun sekilo hari ni siap..hahaha

Thursday, August 21, 2014

BBQ di raya kedua

Assalamualaikum..

Moh ler kite sambung lagi cerita raya ni. Raya kedua barulah kami ni keluar beraya. Tak banyak rumah pun 3 je. Hehe. Rumah pertama rumah atok sedara husband yg memang setiap tahun buat open house di raya kedua. Gambar memang takdelah weh. Sibuk dgn anak2 ni payah dah nk amik gmbr. Yelah, anak sorang satu handle. So sape nak amik gambar??? Pergipun dah tghari. Lepas tu terus ke Batu Rakit juga umah atok sedara. Borak2 makan2, akak ipar ajak gi umah kawan die. Ikut jelah sbb kalau x mmg xde kemana2 lagi. Pergi raya umah kawan akak ipar tu dah pun pukul 4. Moh ler balik tido2 sbb malam ni kami nak balik Segamat pulak. Sebelum balik Segamat, layan BBQ dulu. Seperti biasa mmg akan buat BBQ di malam kedua.

Menunggu ayam yang dibakar... Perut dah lapor.

Husband tunjuk rajin. Padahal bukan die membakor pun. Saja je posing lebih.

Lambat benor ayam nak masak sbb api tak berapa kuat. Layanler budak2 ni main bunga api. 

Suci dok dgn nenek ye. Mama busy ler. 

Lambat sgt nak masak ayam ni, meh ler aku tolong membakor sekali. Aku bakor ikan. 

Bakor jgn tak bakor..dah bau asap dah aku.

Ini je gambar menu yg ada. Dah siap bakar tak sempat dah nak amik sbb dah kena serbu. Menu malam tu nasi lemak dgn sambal sotong, ayam bakar dgn ikan bakar, sosej, nugget dan kentang. Simple je. 

Lepas makan2, dah pukul 10 malam. Kami terus bersiap2 untuk balik. Barang sume dah packing dah, tinggal nak angkut masuk kete. Lebih kurang pukul 10.30 kami gerak dari Terengganu ke Segamat. Pukul 2.30 pagi dah smpi ke umah mak aku. Hah hambek ko, 4 jam je eh dari Terengganu. Jgn tanya bape speed laki aku bawa kete. Sampai kering minyak full tank ditaramnya. Malam2 tak banyak kete. Jalan biasa pon bawa mcm kat highway..huhuhu.

Itu jelah..lepas ni sambung raya di Segamat pulak ye. Hari ni aku sedih sikitlah sbb kawan baik aku kat opis ni akan berhenti. Last day die hari nilah. Sepanjang aku keje dah lebih 6 tahun ni memang dielah geng aku sbb die dok sebelah aku. Kami sama2 orang baru. Kami berkongsi bos yg sama. Aku incharge undergrade, die postgrade.. Kami mmg selalu bergurau senda. Share gosip pon banyak tp bukan gosip artislah sbb die mana kenal artis melayu. Artis cina pun bukan die kenal sangat..hehe. Sunyilah aku lepas ni. Orang baru nanti ntah camnelah agaknya.. Bos pun nak balik ganti bos baru.. Rakan sekerja baru, bos pon baru. Payahlah nnti. Sikit2 tanya kat aku..huhu.

Dear Yin, I wish you all the best and good luck in your future undertaking. It was a great 6 years we're working together. We share laughs and tears. We helped each other. I'm gonna miss you. Who wants to teach me cantonese after this??? Huwarghhhhh.... Love you.

p/s: hari ni big bos belanja makna. Aku nak bantai makan mahal2..Aci tak??


Wednesday, August 20, 2014

Santai-santai di petang raya

Hallu hallu....Assalamualaikum...

Kononkan semalam kata nak up entry petang tapi biasalah aku. Janji dicapati..kihkihkih. Alah update hari ni pun bukan kena marah dgn cikgu pon..hihihi.

Petang raya pertama tu, dek kerana kebosanan (suamilah bosan, aku ok jek) husband ajak aku keluar gi pantai. Saja pusing2. Yang lain2 bila dgr kami nk ke pantai, so masing nak ikut tp biasalah lambat no siap. Sudahnya aku ajak husband gi dulu. Kami gi pantai Tok Jembal. Kat situlah umah adik beradik mak mertua aku. Sederet tu mmg rumah diorg je. Tapi umah mak mertua aku masih in progress lagi. Ntah bila siap ntah.

Kat area tepi laut sblm smpi pantai yg boleh mandi tu ada palyground so sajalah bawa Kasyah gi playground. Bulan puasa haritu mmg xde keluar gi playground ke, mandi kolam ke, so kali ni bagilah die bersuka ria. Dia pon bosan jugak duk umah.

Main lebih kurang 15 minit je sbb masa ni pun dah pukul 6 dah. Nak gi pantai lagi. Kul bape nak balik. Suci belum makan ptg lagi.

Sampai pantai, Kasyah dah mengelitik nak mandi. Papa die rajin nak layan so layankan jelah. Aku memang kureng sikit mandi laut ni. Xsuka berpasir2.

Boleh tahan ramai jugak orang mandi. Kawasan die ni kecik je. Sbb yg lain2 sume dah kena tambak. Ni je ada kawasan mcm lagun siap ada batu2 untuk halang sbb dalam.



Suci baru bangun tido. 

Abaikan lembaga hitam die belakang tu ye..kehkehkeh. Tu adik ipar aku tolong pegang sbb konon nak amik gambar Suci lepak2 kat bot tp sah2 die takleh duduk sndiri...

Dan lagi... Alololo masham je muka tapi tetap comel. 



Lepas mandi pantai sampai pukul 6.45 gitu, kami terus gi umah makcik husband untuk mandikan Kasyah dgn sepupu die yg sama mandi laut. Berpasir2 tau. Kat pantai tu xde toilet pun. Aku tgk masing2 bawa air dlm botol buat jirus2 lps mandi pantai.

Gitulah raya pertama aku. Malam memang melepak je kat umah. Tengok tv kejap pastu akupun berlayar dalam mimpi dgn Suci.

Hah best ke tak raya aku? kuikuikui

p/s: Sakit perut pulek.

Tuesday, August 19, 2014

Suci dan Kasyah

Assalamualaikum....Jom sambung citer raya tapi kali ni bukan nak citer.

Saja nak letak gambar anak-anak.. Hambek ko semua aku letak.. hehe

Suci asik lah menjelir lidah.. Kite agah die, die senyum sambil jelir jelir lidah. Ko dah kenapa dik? huhu

Ha, kan. Jelir lagi.

Dan lagi..

dan Lagi...tapi kali ni sikit je..hehe

Hah barulah cun.. Yang Kasyah pulak haram nak tengok kamera. Sibuk tgk sepupu2 die main..

Adik comel dah ni tapi along spoil lah..

Baru nak pandang mama tapi bukan mama yang amik gambar...Pandanglah papa.. Adik dah mula nk menjelir lagi.

Haaa kan betul.. nak menjelir lidah je kejenya.

Lepas sesi bergambar2 tu, Suci pun dah berpeluh2. So aku bukak je baju die. Kebetulan, makcik husband ada, saje letak Suci dgn pak sedara die ni amik gambar sama2. Ni kira pak sedaralah ye sbb die ni sepupu husband.. Soryler pencahayaan kureng sikit. Tapi Suci tetap menten senyum.. Panas ke tak ke I tetap ceria hokeh.

Alolololo comel ler die senyum...

Kasyah buat apa? Sibuk main bola sorang2 kat beranda...Habis kotor baju..Lantaklah anak oiii...Janji mung tak meragam...

Daaaaaa...

p/s: Kalo rajin ptg ni aku up lagi satu entry raya pertama...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...