Friday, October 31, 2014

Masak-masak makan-makan #6

Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang penuh barakah... Bertemu lagi dalam edisi masak2 makan2.. Edisi masak2 makan2 In Sha Allah hanya akan keluar pada hari Jumaat sahaja.. Tapi bukan setiap minggu ye kawan2.. Setiap kali aku rasa rajin sahaja...hahaha. Jom intai2 apa yang teman masak dan makan.

Hari selasa tekak aku ni terasa2 mahu makan makanan yang sedap. Tekak aku ni memang gitu sejak2 batuk selesema ni demand nak makan sedap je. Moh ler try nasi beriani kat JM Beriani House kat Bangi. Ni festime kami makan kat sini. Order ayam merah dan juga kambing... So sedap ke tidak? Haruslah sedap weh. Nasinya lembut. Ayam diepun sedap. Kambingpun sedap.. Tapikan husband aku kata die lagi suka Mr. Kabab punya nasi beriani... Eh apada, Mr. Kabab tu nasi arab ni beriani ni beriani Johor mana boleh compare...huhuhu


Weekend kami keluar cari hadiah besday Suci. Alang3 dah lunch time, terus makan pizza. Teringin jugak.. 

Amik spageti sekali tapi ni menu Kasyah. Banyak die makan. Tinggal sikit je untuk aku habiskan..

Gambar tak memberansangkan tapi rasa sedap..hahaha matilah puji diri sendiri.. kehkehkeh.. Yang ni aku masak hari rabu sbb badan bukannya sihat sgt. Penat sbb demam tak hilang lagi so masak yang simple semua orang boleh makan termasuk Suci. Buat sup siam daging. Sup siam ni sup yang kalo ko order kat restoran kelantan tu yang masam2 tu.. Aku buat guna perencah sup siam adabi je. Senang dan mudah dan yang penting sedap. Lagi sedap kalo tambah cili api. Aku ni takleh ah tambah sbb anak nak makan. 

Nasi lemak lagi tapi ini menu sebelum aku demam. Pagi tu sempat siapkan nasi lemak untuk suami dan anak2 makan sementara maknya buat hal sendiri.. Tu yang sampai demam tu... Nasi lemak sambal ikan tongkol.. Mabeles. 

Tengok sambal ni rasa nak buat nasi lemak lagi.. Poyo. 

Mee sup tulang sedap gilosss... nanti aku share resepi.. Memang sedap tapi bukan resepi asal dari aku. Akupun cuba resepi orang.. Terbaik ah. pekat melekat. 

Bila dah buntu nak masak.. Tekak pon tak lalu nak makan yang heavy2. Buat lempeng makan dgn sambal sardin pon heaven jugak weh. Tak toleh lain dah.. Dua keping settle..huhu

Ni pun menu kalo dah tak tau nak masak apa. Buat nasi goreng ikan. Buat pedas pastu ikan tu jangan hancurkan.. Biar die chuncky2 gitu. Bila makan terasa ikan dia.. Memang sedap. 

Habis dah... In sha Allah petang ni aku nak balik umah mak mertua aku. Sejak mak mertua aku pindah Keluang, kitorang belum pernah lagi tido sana so kebetulan minggu ni husband takde klas, moh ler balik jenguk orang tua. Tapi sabtu malam balik segamat pulak umah mak aku..hehe sbb hari ahad Johor keje so mak mertua akupun keje.. Balik umah mak aku ler pulak.. Umah mak aku sentiasa ada orang..

P/s: Ni apsal tekak aku rasa sakit pulak ni? Baru baik kot sakit tekak.. mencik ah.

Thursday, October 30, 2014

Kasih seorang abang

Assalamualaikum....

Dua tiga menjak ni hujan je petang2kan. Mood pun sejuk je... Malas je rasa nak buat keje mahupun pergi keje. Akupun kalo ptg hujan payah nak amik budak2 ni balik. Rebeh2 nak dukung Suci pegang payung dgn nak pegang Kasyah supaya die ada bawah payung... Nasib baik dapat parking dekat. Nasib tak baik, menapak ler nak balik umah...

Hari ni takde mood sangat... Lemau je rasa...Kite update citer2 santai jelah ye... Gambar2 kasih sayang seorang abang gitu. Gambar bulan lepas ni masa makan kat Kenny Rogers. Gambar makanannye takde. Masing2 dah kebulur.

Kasyah sekarang memang suka sangat suap adik. Apa die makan, die nak suap kat adik die. So kalau die makan pape, kena mention awal2 yang die makan tu adik boleh makan ke tak. Kalau tak pesan awal2 nanti segala kerepek keras2 tu sume die bagi. Yang ni die suap adik die muffin. 

Bila die makan die tengok adik die macam nak jugak so dia akan tanya " Adik nak?". Adik die skrg dah pandai respon. Dah tau nak angguk ke nak geleng. Kalau die nak memang die angguk sungguh2. Being abang yang baik, so Kasyah akan suap adik dia .

Tengok tu, dengan die2 sekali nganga..kehkehkeh...

Sungguh2 adik ngunyah... Sedap ye muffin along suap...

Kalau time baik, ginilah. Kalau time dengki tu, sampai perit tekak adiknya menangis dibuat dek abang. Adik selalu main sendiri tapi along kuat dengki. Budak elok main diam2 die gi peluklah, tariklah, itulah inilah. Mana tak meraung budak tu. Suci pun kalau abang die main, die nak main jugak tapi pasal along dah besar so die cakaplah dgn adik "Adik, jangan kacau along." ooo Pandai ko ye... adik nak kacau tak boleh. Ko kacau adik takpe... Ini tak adil... Adik dah besar nanti balas balik kat along..hahaha

Daaaaaaaaa....

p/s: kain bertimbun 2 bakul kat rumah. Bercinta nak melipat weh.

Wednesday, October 29, 2014

Konsert The Magic of Asean

Assalamualaikum....

Dah hari rabu..yay yay sukeee... Padahal stress sbb ada lgi 2 hari kena keje sebelum weekend..hehehe. Sapa yang ada fb dgn instagram aku mesti tahu pasal Suci smlm. Aku balik keje nampak lebam dan calar kat tepi dahi die. Aku suspect die terhantuk kat bucu tapi budak pengasuh kat taska tu tak cakap pape pun dgn aku. Ni aku tunggu laki aku report apa pengasuh ckp psl lebam smlm tapi skrg laki aku tgh training bola so xdenya die nak jawab wasap. huhuhu..

Moh citer pasal konsert.. Dah berkurun lama tak tengok konsert weh. Last konsert aku pergi rasanya errr errr bila hah? Jap2 aku senaraikan. First konsert aku masa Johor FM dtg tempat aku buat karnival. Ramai artis masa tu. Dua malam ada konsert. Aku gi jalan kaki je sbb padang dekat dgn umah. Sedara mara pun ramai dtg rumah aku nak tumpang tido tumpang lepak sbb nak tgk konsert.. hehe. Artis masa tu Exist (popular woo dgn lagu Jesnita masa tu), Siti Nordiana, Ali mamak lagi aku lupa... Lepas tu aku tengok konsert kat UM ada artis feveret aku Ziana Zain.. Perghhh best konsert ever ah. Ada jugak kumpulan MAY dgn sape lagi ntah. Aku lupa. Aku ingat Ziana Zain je..kehkehkeh. Pastu konsert Anugerah Juara Lagu yang Spider menang tu.... Best giler. Pastu konsert TM sempena Le Tour De Langkawi..Konsert Battle of The Band dgn Spider..  Lepas tu ni lah kot... Err after 8 years lebih kurang..hehe..

Takde plan pon nak ke konsert ni sbb akupun tak tahu konsert ni wujud. Alih2 je husband aku ajak sbb ade pass masuk. Wife ofismate die keje Kem. Pelancongan so dpt pass. Aku mula2 mls sbb konsert ni malam, sapa pulak nak jaga anak2. Pastu husband deal dgn pengasuh lama Suci minta die tolong. Die okay je sbb die mmg suka Suci dtg umah dia. Kasyah pun okay jek nak duduk umah ibu. So pergilah kami. Tak jauh pun kat UKM jek. Boleh pulak hujan malam tu, basah selipar nak masuk dewan.

Sebelum konsert mula.. Konsert mula dlm pukul 8.45 gitu. Penuh dewan.. Aku punye seat kat tepi pentas.. 

Konsert Magic of Asean ni menggabungkan muzik dari negara2 Asean.. So banyaklah persembahan tarian nyanyian dari Asean.. Syok jugak. Di pimpin oleh orkestra traditional Istana Budaya.. Antara artis yang ada Ernie yang menang bintang RTM.. Sedap suara die... Siap nyanyi lagu Frozen..

Artis yang ditunggu2.. Datuk Siti Nurhaliza... Wooooooooooo.. menjerit2 peminat dia. Aku ni bukan peminat siti. Tapi takdelah benci kat die.. So layan jelah...


Nak amik gambar die kat pentas jauh so amik gambar kat screen sbelah aku ni...hahaha. Orang kata Siti ni kalo tgk depan2 kecik je orangnya tapi aku rasa die memang tembam ah.. 

Dekat pukul 11 jugaklah habis konsert ni... Bergegas kami balik sbb fikir anak kat rumah orang. Tapi sempat lagi tu amik gambar depan pentas..hehehe

Ade ke wife ofismate husband tak perasan aku. Die ingat aku ni student  UKM sbb tu die buat dek je kat aku...kahkahkah.. Padahal aku berjalan sebelah die. Bile husband die tanya mana bini? Pastu husband aku tunjuk aku kat sebelah bini die, terus bini die terkejut.. Apada...

Gitulah setelah sekian lama tak bersosial dapat jugak layan konsert..hehe. Tapi hati dok teringat anak kat rumah...huhuhu...

Daaaaaa...

p/s: Dah 2 hari tak masak... Penat.

Tuesday, October 28, 2014

Di Hari Jadi Suci

Assalamualaikum...

Hallu hallu... Adeke yang rindu aku? Hah, tak perasan pun? Okaylah sentap ah gini.. Kuikuikui mcm hebat sangat nak sentap2 pasal orang tak ingat kat ko..hehe. Aku ade je cuma dalam seminggu ni tak bape sihat. Demam on and off. Batuk dgn selesema jangan citer ah. Dok dlm aircond lagilah menjadi2. Baru hari ahad aku mention kat husband aku takkan demam alih2 tghari tu panas balik badan. Tu lah cakap beso..hahaha. So semalam bila bangun tido memang suhu dah turun dah, mari gigih pergi keje sbb mc akupun dah habis. (opis aku bagi mc 10 hari je setahun..sedih!). Masuk opis, badan dah seram sejuk semula.. Hadoi demam balik rupanya aku. Tghari lepas lunch telan panadol baru okay sikit. Hari ni ntah, rasa mcm dah okay dah. Tinggal batuk dgn selesema ni lah, lambat betul nak baik.

Sementara badan rasa sedap nak ngadap blog ni jom ler update. Last week masa besday Suci, kami decide nak makan kat Chicken Rice Shop. Husband lah yang sibuk nak makan kat situ. Makanan yang boleh dimakan oleh besday girl. Layan jelah.

Mcm biasa ambil set yang untuk 2 orang makan. Pastu tambah nasi lagi satu. Aku kongsi dgn Suci. Die skrg dlm stage semua benda die sumbat. bagilah apapon die tak menolak.

Besday girl suka.. Hari ni mamanye cuti (mc sbb demam) so die dptler berkepit dgn mama. Aku nak wean off die tp tak buat2 lagi...hahaha. 

Kasyah suruh amik gambar die makan...Layan.

Hensem boy mama. Sentiasa cemburukan adik. Adik takde buat apa2pun die dengki dgn adik die. Kesian adik kena buli. Lagi aku larang lagi die buat. Adik dah menangis2 pastu kang dgn die2 sekali menangis sbb dah kena bantai dgn aku...huhuhu

Sempat pergi Aeon beli kek. Ingat nak cari hadiah Suci kat DIY tapi takde byk pilihan. Tapi dah belipon hadiah die hari Sabtu lepas.  

Suci with her cake. 

Die geram nak terkam jer kek tu. Since Suci alergik telur so aku bagi sikit jer kek tu buat rasa. 


Jom potong kek. Abaikan muka sememeh aku. Sah2 tak sihat..hehe

Yay potong kek. Sambut sendiri2 jer.. Aku takdelah beria sampai nak buat besday parti bagai siap bertema2 tu.. Cukuplah mcm ni. Die bukan faham pon. Nak buat kat kg xde cuti pulak. 

Last but not least, Suci the happy besday girl. 

Suci sejak dah masuk setahun ni dah lain mcm perangai. Dah pandai merajuk. Bila die nak pape tp aku tak kasi, die akan tundukkan kepala kat lantai sambil nangis..hahaha comel. Pastu kalo aku mkn biskut ke apa ke tp tak bagi die, die akan tegur "huh" atau dlm erti kata sebenar taknak hulur2 sikit ke? takkan makan sorang...kehkehkeh.

Okaylah.. Daaaaaaaa...

p/s: Sakit dada woii batuk.

Thursday, October 23, 2014

Cerita raya haji

Assalamualaikum....

Ye ye aku tau dah lepas deepavali dah tapi kalau citer pasal raya haji aci jugak kan?? kehkehkeh. Aku tengah takde mood nak buat keje ni. In fact nak berblog pon macam takde mood tapi layan jelah sisa2 kerajinan yang ada. Kepala ting tong sbb aku masih flu pastu pagi tadi batuk pulak dah.. Keje ngulang toilet je buang kahak dgn hingus. Nyampah tau. Tu yang buat malas nak buat keje. Dokumen2 kat tepi ni aku pandang sepi je. Tgklah kang sblm balik aku buat ah.

Kembali ke cerita raya haji, kami gerak dari rumah Putrajaya dalam pukul 6 ptg. Memang dah plan nak ikut highway LEKAS tapi kali ni nak lajak terus ke Kuala Pilah. Mulanya nak balik ikut jalan biasa selalu balik tp tenghari mak aku call tanya jadi tak aku nak beli itik sbb bapak aku tanya. Die dah sebut2 sedap makan itik aku nak beli. Aih dah dengar mak aku cakap gitu, tak best pulak kalau tak beli. So aku ajak laki aku lajak ke kuala pilah kite ikut jalan lain. Sampai jugak kat Segamat. Masa perjalanan lebih kurang je.

Rezeki banyak lagi kedai jual itik salai kat area Kuala pilah tu. Mari berhenti dan beli.

Sempat lagi amik gambo. Aku beli 2 ekor, Sekor RM35. 

Lepas dah berjaya beli itik so kami nak ler cari makan. Dah pukul 8 lebih dah masa ni. Husband nampak je kedai terus berhenti. Kami pergi kedai warisan apa ntah. Kedai nmpk cantik gah tapi seriusly korang janganlah makan kat situ. Sblm pukul 9 dah order, pukul 9.40 baru dapat makanan. Gile kake. Order nasi goreng je pun. Bukan grilled chicken ke pizza ke nak amik masa lama nak masak.
Budak berdua ni pun dah lapar. So bagilah layan youtube sbb Suci pon dah tak senang duduk. Orang sebelah siap cancel order die yang bungkus sbb lepas die abis makan pon order tak dpt lagi.. Last2 kul 10.10 malam baru gerak dan dalam pukul 12 kami sampai umah mak. 

Hari sabtu sehari sblm raya, aku buat projek tart nenas. Aku memang ngidam betul nak makan tart nenas sedap gebu gebas tapi sepanjang raya haritu, aku tak jumpa satupun tart yang sedap dan kena kat tekak aku ni. Stress okay. Last2 buat sendiri.. Memang sedap gile. Hari isnin dah habis dah. Aku nak bawa balik umah pon tak dapat..huhu. Buat jugak kek pisang sbb pisang bnyak kat umah. tapi kali ni kurang menjadi sbb terlebih pisang..hahaha.

Sibuk sangat buat tart sampai bapak aku tanya, tak nak masak ke sbb jam dah pukul 11 lebih. So aku cakap kat bapak aku biar aku buat nasi ayam je. Sap sap soi siap. Ayam pon memang siap potong (guna ayam nak masak untuk raya) pastu sgla kaki, leher sume aku sup kan. Pukul 1 tghri dah boleh makan... 

Itik dah sedia untuk di potong. Itik ni lebih besar dari ayam so banyaklah dapat. 

Rendang itik in the making. Aku buat rendang cili api tapi taklah pedas sgt. 

Lauk raya haji. Daging dendeng, ayam masak merah dgn rendang itik. Sambal kacang dgn lodeh mls amik gambar..


Jiran aku buat korban tahun ni so abah dgn abang aku angah giler menolong.. Akupun nyibuk jugak tp sibuk tengok jelah...hehe. Laki akupun nak nyibuk jugak. Die tolong pegang lembu masa sembelih. Nasib baik tak kena darah. 

Gitulah raya haji aku. Petang tu aku gi umah pak ngah aku beraya. Esoknya pergi umah atok hubby. Malam lepas makan malam kami gerak balik putrajaya. Dengar radio siap2 nak tau jem ke tak. So kami guna waze untuk cari jalan alternatif. Bagusnya waze ni, die bawa jalan kampung ntah mana2 kitorang tak pernah lalu dgn gelap gelita jalan bengkang bengkok siap ada pokok tumbang lagi. Tapi last2 keluar kat exit tol PD. So kamipun masuk tol dan pukul 12.15 dah sampai umah. So kami tak terperangkap dalam jem. Kejap jelah dari tol PD smpi Seremban. Takdelah sampai 5 jam..hehe.

Okaylah daaaaaa...

p/s: Orang gov dah gaji, tapi aku yilek lagi..hadoiii..

Tuesday, October 21, 2014

Nasi lemak

Assalamualaikum...

Hallu halluu...Ya ampun rindu nak bw blog korang. Sorry smlm memang tak dan since akupun mc tak sihat pastu ptg smlm aku gi klinik untuk cek up Suci setahun. Patutnya kena cucuk tapi tak boleh cucuk since aku saspek Suci ada alahan telur. Suci ni kalo aku bagi makam apa2 yang ada telur atau makan telur itu sendiri, mesti ruam2 akan naik kat kepala dia. So untuk tidak menerukkan keadaan, mari ambil langkah berjaga2. Tadi husband dah whatsapp bagitau dah dpt slot untuk klinik Paedriatik Hospital Putrajaya pantau Suci lepas cucuk. Nanti pape aku citer ye.

So back tu tajuk, sajalah nak letak gambar nasi lemak buat sarapan pagi. Sejak dua menjak ni rajin jugak aku buat nasi lemak cuma syaratnya mesti guna beras basmati ler. Makan banyak pun berat ai tak naik uols..hehe. Nasib baik sbb aku ni spesis jarang makan nasi lemak sbb berat naik mcm tak siuman. Tapi aku perasan kalo makan beras basmati berat aku tak naik. Syok woo.. Psikologi je ke apa? Ke memang mcm tu? Entah. I dont know.

Masak nasi lemak ni aku ikut mood. Kadang2 aku letak halba, kadang2 tak. Kadang2 siap letak serai dgn bawang. Kadang2 bodoh gitu letak santan, garam dgn halia.. Ikut suka ko lah labu. Ko yang nak makan.

Kali ni buat sambal kerang. Husband kata dah macam sambal mak dia.. Berminyak..hehe dia tau aku ni jaga kesihatan sikit so pelik pulak die rasa bila aku masak banyak minyak. Dont worry bebeh, ai guna olive oil... 

Eh mana pergi aku punya ikan bilis? Oh, lupa ikan bilis aku letak dlm bekas kecik bertutup. Kang lemau pulak. 

 Yang ni kan aku masak bulan lepas tau. Hari sabtu pagi sblm demam haritu aku buat gak nasi lemak. kali ni buat sambal ikan tongkol. nanti aku share ler dalam edisi masak2 makan2 aku..hehe

Hidung aku ni masih tersumbat lagi.. bernafas pon ikut mulut. Nak bercakap pon orang tak bape dengar sbb mcm sengau sikit. nyampah tau. Nasib baik esok cuti. Aku nak masak sup tulang. Ingat nak buat hari ahad tapi dah demam tak jadi projek aku.. Okaylah..

Daaaaaaaa...

p/s: Mc aku dah habis untuk tahun ni.... So badan, tak mo sakit lagi tahun ni eh. Tunggu tahun depan pulak...kahkahkah.. otak biol lagi..hehe

Monday, October 20, 2014

Happy birthday Khayla Suci Amanda

Assalamualaikum...

Tahun lepas pada waktu aku dh berada di wad hospital putrajaya untuk melahirkan Suci..Tepat jam 4.22 ptg aku melahirkan Suci dalam toilet...hehehe.. Harini setahun berlalu, Alhamdulillah Suci dah pon setahun..rasa mcm baru je kan..

Happy birthday sayang mama... semoga menjadi anak yang baik, muslim yang solehah, berjaya dunia akhirat. Mama sayang Suci sgt2. Suci anak yang baik dan tidak banyak karenah. Kekalkan momentum tu ye nak. Hadiah besday kite dua2 tak sihat..hahaha..

Sayang mama niii...

Suci masih breastfeed lg tp kat umah jela..kat taska minum susu lembu..hehe

Masih tak pandai jalan..Suci ni serba serbi lambat..keluar pon lambat..huhu

Gigi 4 btg tp 1 je kat bawah..3 atas..acaner tu...hihihi


P/s: aku mc hari ni..semlm demam teruk harini kpla ting tong lg..Suci pon tak sihat..jangkit aku ler tu...

Friday, October 17, 2014

Masak-masak makan-makan #5

Assalamualaikum...

Salam jumaat. Yay dah jumaat dah. Asal jumaat je happy..Tapi jumaat kali ni aku taklah happy sangat. Stress adalah. Esok hari yang mencabar dan menduga untuk aku.. Ah stress fikir pasal esok. Tapi kite watlekwatpeace je. Doa banyak2 semoga suksess. In Sha Allah.

Dan kali ni kite bertemu lagi dalam edisi masak2 makan2. Masaklah sgtkan padahal banyak gambo makan kat luar je..hehe.Moh ler layan. Malas nak bebel lebih sbb aku nak fokus study lepas ni.

Try kedai baru kat area opis. Menu aku ni sizzling chicken. Harga Rm12. Rasa bolehlah tahan. Sedap sangat pon tak. Tak sedap pon tak. Senang citer boleh dimakan sampai habis..hehe

Yang ni menu yang diorder oleh opismate aku. Burger daging. Harga RM12 jugak. Burger besar tapi tak tahu sedap ke tak. Kawan aku kata not bad. Sedap jugak. 

Potato fritter aka cekodok kentang. Korang buat akupun nak buat jugak. Buat minum petang.

Dah lama tak makan japanese food, moh ler layan. Menu macam biasa. Saba steak with tempura. RM35.. Restoren Kirishima ni akan tutup tahun depan so lepas ni xde dah nak makan japanese food. Kena gi Rakuzen kat G-tower nampak gayanya. 

Cheese nan di tengahari. Makan kat restoren nasi kandar Pelita kat jalan Ampang. Orang nak belanja aku okay je. Layan dgn teh 3 layer..pergh syahdu.

Kua teow kering goreng. Ni kua tiow segera jenama A1. Korang kena rebus kejap sblm masak. Macam mihun jugak.  Buat pedas2 letak kerang banyak baru best. Kalo ada taugeh dgn daun kuchai lagi mabeles..

Itu saja untuk edisi kali ni... Tunggu episod seterusnya...hahaha.

p/s: Doakan kejayaan aku kawan2. Walau dalam apa jua yang aku buat. In sha Allah ada masa aku cerita. Nak study jap. Daaaaa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...