Wednesday, January 28, 2015

Acar Telur Puyuh

Assalamualaikum...

Semalam dah share resepi nasi daging, so sekarang nak share resepi acar telur puyuh pulak. Ni kire festime jugak aku buat acar. Takde plan pon mula2 nak buat acar ni utk mkn dgn nasi daging tu sbb ingat nak makan dgn ulam timun je. Tp dua tiga hari tu dok teringin nak makan telur puyuh. So alang2 suruh husband beli telur puyuh. Fikir punya fikir, last2 ku acarkan saja. Takkan nak buat sambal pulak. Tak kena nak makan dgn nasi daging. Buat versi tak pedas. Boleh budak2 makan.


Acar Telur Puyuh

Bahan-bahan (versi tak pedas sbb nak bagi anak makan)

1 papan Telur puyuh (rebus dan kopek kulit)
5 ulas Bawang merah (belah 4)
3 ulas bawang putih (belah 2)
1/2 batang carrot (hiris halus)
1/2 btg timun (buang empulur dan hiris halus)
1 biji cili merah (buang biji dan hiris halus)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu cuka epal
2 sudu besar sos cili
1/2 sudu kecik biji sawi (aku takde stok)
garam
gula
minyak zaitun

bahan kisar
bawang merah
bawang putih
halia
cili kering (kalau nak pedas. dah kata aku buat versi tak pedas so aku tak letak lada)

Cara2
1. Panaskan minyak (gunalah minyak zaitun utk menjaga kesihatan ;p) dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kunyit, sos cili, biji sawi dan cuka epal. Kacau sebati.
3. masukkan carrot, cili merah dan timun. Biar layu sedikit. Jgn lama sgt kalo lembik tak sedap. Acar kena rangup2 sikit.
4. Masukkan air sikit kalau kering sgt. Perasakan dgn garam dan gula.
5. Akhir sekali masukkan telur puyuh. Kacau rata dan angkat.


Eh, sedap jugak rupanya buat acar mcm ni. Lepas ni nak buat lagi dan lagi dan lagi. Husband pon okey je sbb die sebenarnya tak suka acar tp sbb telur puyuh tu so die makan jugak. 

Weekend ni cuti panjangkan bagi org KL, Putrajaya dan Labuan.. Yay..

Daaaaaaaa

p/s: Mood sedikit bengang..tp sikit jelah..

9 Magic Words:

misskirokuza said...

mmg ni yang aku tgg pas tgk ko upload gambo kat fb hahahahhahahaa....tq anne..mgg ni aku nk buat hahahahahha

adda syuhada said...

telur puyuh buat macam ni pun sedap juga..

nuyui a.k.a miss YUI said...

Fuhhh
Sedap!!

eima said...

1st time dgr acar telur puyuh tau .. nampak menarik ... jgn mkn byk2 kang naik kolestrol jhehhehe

tiga lalat said...

Salam. Hee rajinnya masak telur puyu pon sedapp.

adarnadzmie said...

sedapnya acar telur puyuh... x biasa akak ngan menu ni... tp sekali pandang teringin nak rasa....:)

LYAfrina said...

BARU TAHU MENU NI...
BLH CUBA BUAT JUGAK NANTI

mun said...

hmmm lama x masak telur puyuh nie... rasa nak p cari plak..hehe

anajingga said...

boleh gak buat acar ye, kak ana selalu buat sambal je telur puyuh ni,nice sharing dear,tq so much :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...