Friday, January 23, 2015

Asam pedas ikan parang

Assalamualaikum....

Yay dah hari Jumaat. Esok boleh cuti relax2 kat rumah. Dua tiga hari ni badan rasa macam letih je. Entah apa yang aku letihkan pon aku tak taulah. Dah 3 malam ni pukul 9 je aku dah lepak dlm bilik sambil layan Suria Cinta. Tau2 je kang dah sampai US..hehe.. Bila masa naik flight pon aku tak sedar.. kuangkuangkuang..

Sapa suka ikan parang? Aku suka lagi2 kalau masak asam pedas. Layan sungguh. Tapi aku jaranglah beli ikan parang. Kalau teringin nak makan je. Inipun husband yang nak. Style aku masak asam pedas sama je macam orang lain. Bawang merah, bawang putih, halia, cili kering, kunyit, belacan, air asam dan main ingredient ikan ler. Takpun ayam.. Ikut suka. Pastu kalo ade stok letaklah sgla daun yg boleh membangkitkan aroma. Daun kesum dgn daun limau purut. Kalau suka boleh letak serai jugak. Tp aku jrg letak serai. Alah, korang pon dah expert masak asam pedas.

Asam pedas ikan parang makan dgn sayur kacang buncis dan juga telur masin.. Ada ulam timun Jepun.. Inipun dah sedap

Asam pedas kena cukup masam dan pedas...Kalau tak masam dah tinggal pedas je. Kalau tak pedas dah tinggal masam je.. huhuhu So lauk jadi pedas ikan parang ataupun asam ikan parang..hehehe

Tengok lauk ni balik rasa lapar pulak

Korang tengok tak video Zamani tu? Aku rasa sayu giler weh.. Aku tau Zamani tu baik cuma jalan die pilih tu salah. Die tak pernah buat hal setakat yang aku dengar. Mana ada kes rogol, curi, lupa diri sume tu.. macam Mamat exist. Die okay je. Aku harap lepas ni Zamani berubah. Sayang suara die sedap.. Lagu2 die sedap. Please Zamani, ramai orang support ko, sayang ko. Berubah please!

p/s: Malam ni macam nak gi tengok Caliph Buskers kat Central Market.

8 Magic Words:

Zee Suhaini said...

terliur weh..

Amanda Suria said...

sedapnya la ikan parang masak asam pedas...

Love Razila said...

OMG!! aduhai..tolonglahhhhh Anne, aku jadi lapo koo tengok asam pedas ni siap dengan pekat merahnye, ya Allah, kalau dapat ni...seribu rahmat kot. Lapolah Anne. Aku nak resepi details asam pedas weih =)

AnneRaini said...

suzy: alah msk sama je mcm org lain..xde bezanya..

Najib Ariyan said...

memang... asam pedas paling sedap kalau guna ikan parang... saya pernah cadangkan kat member yg pandai masak... dia takut duri ikan katanya... saya ajar cemana nak buang duri ikan... akhirnya dia suka... sejak tu dia memang suka asam pedas ikan parang....

Muzai Samilan said...

ko ni kan anne...hushh jeles aku tgk..rajin masak.. aku ni dah gantung kuali dah.. pasal zamani ni, x silap aku dia start menagih pas mak dia meninggal kan?? sian diaa...

wahida said...

aku peminat tegar asam pedas weiii...tapi aku ni pelik sikit...kalau asam pedas ikan pari je aku makan, lain daripada tu, mmg aku x gemar..huhu..

LYAfrina said...

yummmm..
nmpka kawww sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...