Tuesday, January 13, 2015

Gambang waterpark..di hari hujan..kuikuikui

Assalamualaikum...

Semalam kelam kabut aku kat ofis ni sbb skrg ni aku dah hand-over keje kat new staff so smlm kira first time die buat keje update website. Macam2 jadi sbb first time kan.. Dengan aku2pun kelam kabut skli bila die salah buat... Haduiii... takpelah belajar dari kesilapan kan. Aku dulu pun masa awal2 banyak juga salah sbb tak faham.. Jadi niat nak update blog smlm tak dpt nak buat. Bos pulak ptg bagi keje lagilah tak dpt nak dating dgn blog. So hari kebetulan bos keluar meeting, so amik masa kejap update citer cuti ujung taun lepas..

Sebelum tu nak ucap terima kasih kat korang yang bagi kata2 semangat lepas kes NUFFNANG tu.. Well aku mmg dah move on. Rezeki ada di mana2. Blog ni mmg bukan tmpt aku cari makan. Blog cuma tempat aku meluah isi hati suka dan duka... Berkongsi cerita dan bertukar pendapat.. In sha Allah selagi ada izin-Nya, aku akan terus update blog... Sampai bila? Wallahualam.

Back to the story, plan nak ke Gambang ni dah lama. Memang dah niat, dapat bonus nak bawa family ke Gambang. Lagi2 untuk hiburkan anak2 terutamanya Kasyahlah sbb dah kena tinggal sebulan kat kampung walaupun die happy je duduk kampung. Kami ke sana sehari lepas krismas sbb itu hari bekerja mungkin orang tak seramai hari krismas. Mak aku dah risau sbb masa tu musim hujan dgn banjir sana sini. Tapi aku wat lek wat peace je. Pagi tu masa nak gerak hari mmg ok tak hujan. Kami gerak pukul 6.30 pagi..Nak ke Gambang dari rumah mak aku amik masa sejam lebih. Dalam perjalanan pulak hujan tak berhenti sampailah kat Gambang. Hujan lebat.. Mak aku dah sibuk cakap takleh pergi hujan. Aku pulak positif giler. Aku ckp dlm hati, niat aku baik nak hiburkan anak2. In sha Allah bila niat kita baik, Allah akan permudahkan. Since masa sampai tu hujan lebat and awal lagi (waterpark belum buka), aku ajak husband ke Jaya Gading (tmpt org beli hasil laut mcm keropok lekor, keropok keping, sotong kering sume tu). Masa tu hujan mula berhenti. Cuma gerimis sikit2 je. Alhamdulillah, mula nak nampak cerah. Bila dah beli brg2, aku ajak husband patah balik ke Gambang waterpark. Aku ckp kalo hujan jugak, kite balik. Tapi bila sampai hujan dah berhenti so mmg rezeki kamilah. Terus aku ckp dgn mak aku "Kita kalau nak benda baik berlaku jgn ckp yang bukan2. Kalau asik ckp hujan ni, tak boleh pergi, hujanlah die. Kata2 tu kan doa." Hah nampak betapa positifnye aku...Apalagi jom ler masuk cepat.

Penting ye sewa cabana ni sbb aku ada anak kecik. Mak aku jadi baby sitter Sucilah. Suci main kejap je pastu kesian tgk die kesejukan. Kan baru lepas hujan. Air sejuk gile.

Moh moh amik gambar, lepas tu boleh simpan sume brg dlm loker. Senang nak tinggal cabana kalo xde brg berharga. Kasyah mmg super seronok.









Eh malas pulak nak letak caption.. Sepanjang kami kat sini, ade masanya akan hujan pastu berhenti. Ada juga masa matahari keluar.. Kirenya bolehlah jugak nak mandi manda. Orang pun menjelang tengahari makin ramai. Dlm pukul 2 lebih, kami dah mula beransur tukar baju nak balik. Kasyah kalo ajak mmg tak nak balik tp pujuklah. So pukul 3 lebih kami dah keluar dah.

Sempat selfie lepas mandi...

Since awal lagi, husband ajak gi umah sepupu aku kat Kuantan. Dpt jugak pergi umah die. Lepas sepupu aku tu belanja makan malam, barulah kami gerak balik umah. Itu jelah aktiviti bercuti hujung tahun aku. Sepanjang seminggu aku kat kg, mmg tak kemana pun kecuali keluar beli brg dapur. Lagipun musim hujan so selang sehari je hujan. Apa pon tak boleh. Balik Putrajaya pun duduk rumah je.. Ini cuti lama yang paling bermanfaat skli sbb duduk umah je... Bermanfaat sangat 'mata ke atas tgn di bahu'.. hahahaha

p/s:Baru pakai wedges seminggu tapak dah cabut..apakah???? Ni yg mls beli selipar murah. Err murah ke kalo RM60???? Tak berbaloi.

10 Magic Words:

mun said...

uiii..bestnya..mandi manda...

selipar rm60? dah tercabut tapak? huk huk.... T.T nangess

Najib Ariyan said...

saya setuju ngan statement tu... menyampah kalau bawak orang yg fikirannya negatif... takut tu lah takut ni lah... kalau jadi tu cemana kalau jadi ni cemana... benda tu semua doa... kena doa yg bebaik jer tak kiralah walau bertapa psikiknya kita...

btw... tak emailkan semula ker kepada naffnung entry tu... diorang pun boleh baca melayu apa...

Love Razila said...

UIK?? nangis. HAHAHA pi kedai kasut pi jahit..boleh rasanya tu. X yah beli baru. HUHUHU mahei tu RM60, kalau rm15-20 tu boleh ler dalam kategori murah ye Anne.

Wow!! syioknya mandi-manda. I like.
Amboi...suci pon macam Iman gak dah...get ready depan kamera for selfie. HAHAHA

AnneRaini said...

najib: malas dah..kata dah move on..haha. lantakla situ.

ct cheery said...

uihhh...60 hingget mahal tu?g tukar balik kat kedai la hihi

ct cheery said...

uihhh...60 hingget mahal tu?g tukar balik kat kedai la hihi

adarnadzmie said...

bestnya dpt mandi manda... bukan kasyah jer x mo balik... akak pun klu dpt berendam gini x mo balik jugak...heheee...

kasut skrg ni mahal jer tp kualiti kurang....hahaaa...

wahida said...

noks, sorry baru berkesempatan nak reply komen ko pasal nuffnang tu...
ye nok, transaction fee cuma rm1..tak pernah pulak dia deduct lebih dari tu...setakat ni aku dah cash out kan income dah 3x...so far alhamdulillah, takde hidden deduction..cuma potong rm1 tu je la..

sori nak tanya, ko ada klik iklan ko sendiri ke? as far as i'm concern, kalau klik iklan sendiri mmg dorang potong income kita...klik sekali takpe, tapi kalau klik lebih sekali untuk iklan yang sama, dia akan anggap itu 'fraud'..itu mmg rules dorang...

dia deduct rm30 dari ko tu mmg banyak sangat tu weiii...keji okey...bertabahlah...

LYAfrina said...

last smpai gambang ni tahun 2012.. lps ni nak pergi lg la.. nk ke safari dia plak

Papaglamz said...

Jom la join GA Papaglamz..
RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...