Tuesday, January 20, 2015

Jalan2 naik LRT

Assalamualaikum...

Sekarang ni macam payah pulak nak update blog hari Isnin...Ade je benda nak kena buat.. Takpelah dulukan yang penting. Eh, skrg ni mmg fenomenakan Caliphbusker.. Aku pun suka giler persembahan die masa kat AJL haritu. Menusuk ke qolbu.. Perghhhh epic sgt. Ni pun ntah bape kali ulang clip video persembahan diorang. Terbaik lah Mojo dan CaliphBusker. Persembahan diorang macam dadah.. Ketagih!..hahaha.

Back to the story, sabtu pertama di tahun baru. Kebetulan husband tgh minggu study so mmg takde kelaslah weekend tu. Pagi2 kalo weekend selalunya kami akan breakfast kat luar. So hari tu, tetibe je dlm kete husband terus lajak nak gi breakfast kat Wangsa Melawati.. Jauh tak jauhlah dari Putrajaya nak ke Wangsa Melawati tu.. Nak sarapan je kot..hahaha. Kedai nasi lemak ayam goreng kat Wangsa Melawati tu mmg femes tau. Aku masa duduk dgn sepupu aku dulu mmg selalu jugak pergi situ sbb sepupu aku suka. So bila aku pulak bawa husband (masa tu boyfriendler) pergi situ, diepun suka. Tapi sbb kami ni dah duduk jauh so tak dptlah pergi. Lagi2 die sambung study and weekend takde kat rumah. Bila ade chance ni, mohler kite. Dah bertahun tak pergi..


Nasi lemak sedap.. Kami amik 3 pinggan tp sebenarnya tak cukup. Ingatkan bolehlah nak ngecek nasi Kasyah tp rupanya diepun makan habis sepinggan..haha.. Nak amik nasi lagi malas sbb kat sini kena beratur..

Ayam goreng signature kat sini.. Sedap tau walaupun ayam die kecik. Aku rasa ni ayam kampung sbb seketul je dah RM5. Aku sebenarnya tak pernah tau die pakai ayam apa.  Aku tau sedap je..hahaha. Orang kalo mkn kat sini amik ayam berketul2. 

Lepas makan, jam baru pukul 10.20 pagi. Awal lg. Nak balik terus ke Putrajaya mcm bazir je dah alang2 gi jauh ni. So aku ajak gi Wangsa Walk. Asik dgr org sebut Wangsa Walk, moh ler kite terjah. Tapi namapun baru kul 10, takde le orang lg. Kedaipun byk yg tak bukak lagi.. Tolong bukak kedai kitorang ni..hehe.. Pusing2 tengok2, last2 keluar je sbb takde benda nak belipun. Aku beli biskut subway je mkn anak beranak dlm kete. On the way nak balik tu nampak lrt. Kasyah pon "Hei, ketapi, jangan tinggalkan saya. Saya nak ikut." Dengar anak cakap macam tu, terus tanya die nak naik lrt ke? Beria angguk, husband kesian so mohler parking kete naik lrt. Kami park kat stesen Damai sbb kat situ ada parking free.

Excited dapat naik lrt. Takde plan nak ke mana pun. Kami beli tiket sampai masjid jamek. Konon nak gi masjid india. Sampai masjid jamek rasa mcm jauh pulak nak menapak ke sana. Jadi husband ajak pergi ke Sogo. Masa tu baru tau, putra dgn star dah bergabung jadi rapid kl... Sbb nak beli token lrt tu dah tak kesah nak naik putra ke star.. Boleh beli kemana2 pun. sama je.. Perghh lama dah tak main tukar2 lrt ni so xtau.  






Hasil ke Sogo, aku tak dapat pape pon.. Husband je beli wallet. Aku takde apa nak beli. So pusing2 dlm Sogo jap, jomler balik. Dahler tak bawa susu Suci. Lama2 kang takut die melalak nak susu pulak. Aku dah malas nak susukan die kat public. Bagi susu badan kat rumah or dlm kete je.

Dalam lrt nak balik tu, Kasyah ckp tak puas nak naik lagi.. Okay, nnti ada masa, kite jalan2 naik lrt lg.

Daaaaaa...

p/s:baru masuk keje 2 minggu dah rasa mcm nak amik cuti...hahaha

10 Magic Words:

mun said...

wahh itu menunjukkan dah lama x naik lrt tu..sebab dah lama guna sistem token,dan gabung.. cara ni mmg bagus..senang nak g memana..xpayah nak byk kali beratur beli tiket...

mun pun suka layan caliph busker tu nyanyi...sangat menusuk dan menikam kalbu.. selalu kalo lalu depan sogo, mmg ramai je org bkumpul kat situ,tp xtau plak tu kump. caliph busker..huhuhu

lieyalatif said...

seronok kan bawak budak2 naik pengakutan awam...leiya ari tu laa bawak budak2 naik bas...daku dah tersenguk2 ngantuk...tapi tgk anak2 hepi so layankan jek laaa...

tu laa ade perancangan gak nak bawak naik train nie...pi klia2 makan2 pun syiok gak ni heheheeheh

adarnadzmie said...

akak pun dok berangan nak bawa anak2 naik keteapi... kt penang x dek la lrt ni...

AnneRaini said...

mun: bab token mmg dah tau tp yg dah gabung tu tak tau..kalo tau beli direct ke bandaraya..xyah nak keluar gi beli lg,,hehe

eima said...

dah lama tak penah pi sogo ..... lrt lagi le aku tak penah naik hahahha

sedap sgt ke tu wei ... aku mmg suka nasi lemak2 ni

wahida said...

ya ampun nokkk....aku pun dah lama giler tak naik lrt bagai ni weh...

beb, apa nama kedai nasi lemak tu, kat area mana? apa landmark terdekat? atau kalau ko ada alamat, bak mai weh...aku nak terjah...

nuyui a.k.a miss YUI said...

Sronok deme nek lrt ya.. hehehe

ruziyatul mona Adzibi said...

Kasyah COmeiii... rambut baru ya?? :)

ruziyatul mona Adzibi said...

Kasyah COmeiii... rambut baru ya?? :)

LYAfrina said...

bestnyer..
lya pon ada plan nk bw fasya jln2 naik lrt... rindunya... dh lma x naik lrt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...