Tuesday, January 27, 2015

Nasi Daging

Assalamualaikum...

Semalam ngantuk giler.. Hari ni dah okay dah.. hehe. Sape pernah makan nasi daging? Aku sebelum ni tak pernah pon makan. Dengar pon tak pernah. Dah jadi blogger ni barulah tau wujudnya nasi daging ni... Since Nasi daging ni katanya menu orang utara, so sepanjang aku dok KL ni tak pernah pulak jumpa nasi daging. Bila dah teringin nak makan, nak tak nak kena buat sendiri. Jadi bila google sana sini, akupun buatler.. Aku tak spesifik ikut resepi mana2. Aku main buat je. Kebetulan daging pon tak banyak. Jadi aku buat lauk lain utk dimakan dengan nasi daging.

Nasi daging aku makan bersama ayam masak merah, acar telur puyuh dan air asam pedas meletop... Alhamdulillah menjadi nasi daging aku. 


So, kalau korang nak try buat nasi daging, boleh try resepi simple aku ni. In sha Allah menjadi.

Nasi Daging

Bahan-bahan (utk 4 org mkn)
3 cawan beras basmati
500gm daging
1 labu bawang besar (hiris halus)
3 ulas bawang putih (hiris halus)
1 inci halia (racik halus)
1 inci halia (hiris nipis utk direbus bersama daging)
2 sudu besar serbuk kurma (jadikan pes)
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga)
1 cawan susu cair
3 1/2 cawan air rebusan daging
2 sudu minyak sapi
Garam secukup rasa
Bawang goreng, daun sup, daun bawang sebagai hiasan.

Cara2.
1. Daging dihiris nipis dan rebus hingga empuk bersama garam dan halia.
2. Basuh dan rendam beras selama setengah jam. Kemudian tos.
3. Panaskan minyak sapi dan tumis rempah 4 sekawan. Kemudian masukkan bawang, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau dan layu.
4. Masukkan pes serbuk kurma dan kacau sebati. Masukkan beras dan kacau rata.
5. Tuang susu cair dan air rebusan daging. Air tu agak2 sesuai nak masak nasi.
6. Tambah garam dan tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak.
7. Kalau suka bila dah masak boleh masukkan kacang gajus dan kismis. Tak suka dah..hahaha. Semasa menghidang, tabur bwang goreng dan daun sup. Kalau tak suka tak payah letak. Takde sapa paksa.


Husband makan bertambah2. Akupun makan tak hengat dunia.. Ni yang malas masak sedap2 ni... 


Untuk resepi acar dgn ayam masak merah, aku share dalam entry lain ye. Oh ya, untuk air asam tu, korang blender cili api seberapa byk korang suka. Hari tu aku letak dlm 10 biji cili api dgn 1 biji cili merah. Blender dgn air asam dan sedikit belacan. Dah blender masukkan gula, garam kalo korang kuat masin (aku tak letak sbb belacan pon dah masin), bwg besar cincang dan tomato cincang. Kacau sebati.. Siap..

Gitulahkan kalo datang saka rajin aku, kemain special menu hujung minggu. Kalao dtg malas, aku buat ikan goreng je. Makan dgn kicap..hahaha. Okaylah...

Daaaa...

p/s: Mana aku nak cari kete Mc Misssile ek????

8 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

Kak, yui nak pndh umh jd jiran akk leh? Untung2 leh merasa skli. Miahahaha.

Najib Ariyan said...

saya pernah makan beberapa kali... saya ada tanya jugak dalam hati, kenapa nasi daging ni warna dia tak menyerlah sangat... baru tau... rupanya dia guna rempah kurma... okay okay

thanks sharing

AnneRaini said...

yui: jomlah pindah sini...

adda syuhada said...

sedapnyerr...

adarnadzmie said...

akak memang sgt suka nasi daging... kot belah utara memang femes nasi ni.... klu kenduri selalu ana menu ni... alahai rindu nasi daging mak akak.....

ruziyatul mona Adzibi said...

Menyesal oi buka blog ni petang2. Lapaq... huhhu

nur anis said...

kecur liur dah saya tengok gambar ni pagi-pagi..

LYAfrina said...

pernha mkn y mak sedara buat..mmg sedap.. buat sdri mmg tak pernah lg..lps ni kena la cuba juga.. cri kelainan sikit dlm menu masakan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...