Thursday, February 12, 2015

Ayam masak merah simple jer..

Assalamualaikum....

Dalam pada malas malas takde mood nak update ni alih2 tgk dlm draft ade entry ayam masak merah yg patutnya aku share lepas acar telur puyuh hari tu.. Eh, dah okay sangat ler ni sbb bleh aku edit sikit2 buat entry hari ni.. hahaha. Aku ni malas bukan apa, malas nak upload gmbr sbnrnya.. Kalau nak uplod senang kena guna Note tp kat rumah Kasyah je kongker main Note tu. Kalau nak guna phone Lenovo aku susah sikit sbb gmbr tu besar sgt. Lambat nau nak sudah. Kalau nak guna phone jugak kena edit kecikkan. Bab kecikkan tu yg mls.. Eh senang citer hantu malas tengah baik dok landing kat dlm badan aku nih.. hahaha. Banyak pulak alasan ko kan.. hehe

Eh, malas ler aku nak cakap banyak. Ko tengok, cakap pon malas. Ape punye kedaung malas aku ni pon tak tahu. Mph ler tgk resepi.


Ayam masak merah

Bahan2
Ayam (sudah semestinya)
1 batang serai (diketuk)
3 sudu sos tomato
1 sudu kerisek
minyak
garam
gula

bahan kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
cili kering (ikut suka nak banyak mana)

cara2.
1. Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam hingga masak.
2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Kemudian masukkan serai dan sos tomato. Sos tomato tu ikut kemasaman yang disukai. Pandai2lah adjust. Korang yang nak makan kot.
3. Masukkan kerisik dan sedikit air. Perasakn dgn garam dan gula.. Dah rasa sedap, masukkan ayam. Gaul sebati dan siap...

Senang jer kan.. Ini set nasi daging yang aku buat haritu. bertambah2 makan... Tapi lepas ni lama lah nak tunggu aku punye entry masak nasi best2 lagi sbb aku akan undergo a very strict diet lepas raya cina ni. In sha Allah doakan aku berjaya mengharunginya..


Okaylah.. Dah kata malas so daaaaaa...

p/s: Malasnya nak buat kerja

6 Magic Words:

Farra AM said...

ahahahhaha sama la kitaaa.. bab nk edit2 gambo tu yg buat rasa malas tu datang... kalau takde gambo tak best plak nak bercerita kan? hehe..

btw, sedapnya weh ayam tuu... rajin masak cantik2 gini.. pua hati kan..

wahida said...

ko punya ayam masak merah letak kerisik eh? ooo boleh try la resepi ko ni...

eima said...

ooo letajk kerisik jugak ek .. baru tau .. teringin nk mkn ayam masak merah cam kat kenduri tu tap tak penah jd pun masak huhuhu rasa cam sambal ayam je

Love Razila said...

Uik??On diet program?? nak ikut gakkkk.

Owh letak kerisik eh??ok2 nanti nak try gaklah. HEHEHE baru 1st time dengar ni bubuh kerisik =)

nuyui a.k.a miss YUI said...

Oh pestime ayam msk mrh msuk kerisik.. nnti nak try

LYAfrina said...

Rajinnya .. tp mmg nmpk sedap.. msfi pdas kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...