Monday, February 16, 2015

Jalan2 Melaka.

Assalamualaikum...

Dah 2 minggu dah pun jalan2 Melakanya baru hari ni rajin nak update. Ni pun aku pulun buat satu entry je.. Malas dah nak fikir lg lepas ni...hehe. Lepas raya cina ni kalau rajin boleh citer pasal kenduri kawen adik ipar aku pulak. Dah2 tak yah nak korner2, moh layan jer cuti2 tak seberapa aku ni. Since plan nak ke Penang terpaksa dibatalkan so aku merengek dgn husband nak ke Melaka pulak sbbnya Melaka dekat je dgn Segamat. Lagipun aku bukan beria nak berjalan sgt. Nak kasi anak2 je seronok2. Kasyah lah asik sebut nak gi Melaka je so mohler kite. Aku pergi hari Isnin cuti ganti hari wilayah so masa tu Melaka tak cuti. Tak terlalu sesak so okaylah.

Kami gerak pukul 8.30 lebih kurang. Dalam pukul 10 lebih dah sampai Melaka so destinasi pertama terus ke muzium kapal selam.

Panas weh...

Mak akupun sibuk nak gambar.. Sambil2 tu sempat selfie. Masa ni tak ramai orang pun.

Suci good girl sbb baru bangun tido dan dah dpt tonik ajaib.. Susu ler tu. hehe

Kasyah takut masuk dalam kapal selam ni walaupun dah pernah masuk sblm ni.. Ramai2 pakat gelakkan die.. Last2 okay jugak. Padahal die yang beria nak pergi pon. 

Suci tak nak dengan orang lain melainkan mama dgn papa. jenuh dukung die..

Dah posing2 jom ler blah. Jam pun dah pukul 12 so terus ke destinasi impian... Coconut Shake Klebang!

Saja bawa mak abah aku merasa coconut shake. Bapa suka coconut shake tu.  Harap maklum gambar takde sbb masing2 kebulur. Tahap sampai makanan sume terus mencekik. 

Dah makan kenyang, moh le ke kapal Flor De La Mar ni pulak. Kasyah panggil kapal besar. ni pun tempat die sibuk nak pergi. Mak abah akupun festime masuk kapal ni walaupun ntah bapa kali pergi Melaka..hehehe. 

Mengambil kesempatan mengabadikan kenangan dlm kapal besar ni. 

Lepas belek2 situ sini, tekak rasa haus giler. Decide gi minum kat kedai sebelah Mahkota Parade. Apa ntah nama tempat tu. Lupalah tp ada walk kat blkg die. Pahlawan Walk ke Mahkota Walk ke.. Sorry lupalah..No gambar jugak sbb haus giler kot. Minum2 lepas tu gi solat kat surau sebelah area Menara taming Sari tu. Siap semua tgk jam dah pukul 4 so aku ajak gi Mydin MiTC je..hahaha. Gi Melaka gi Mydin padahal KL melambak Mydin.. Dalam pukul 6 keluar dari Mydin husband ajak gi Umbai sblm balik nak pekena seafood. Aku okay jek. Jom ler. Dalam puul 6.30 gitu sampai kat medan ikan bakar. 

Muka lapar memasing..hehe

Makanan yang diorder. ikan jenahak tiga rasa, kupang sambal, sotong goreng tepung, kailan ikan masin dgn ikan siakap stim (xde gambar). Ni kedai nombor satu sbb sblm ni pernah makan kat sini jugak. Sambal kicap die sedap hokeh. 

Suci menjahanamkan air. Lantaklah dik asalkan awak bahagia..

Habis makan, solat maghrib di surau berhampiran.. dalam pukul 8 gitu gerak balik Segamat. Pukul 10 dah sampai.. Habis dah jalan2 Melaka... Okaylah kan yang penting anak2 happy dan dapat spend time dgn yang tersayang. Lepas ni kena plan jugak cuti2 penang... tak kira. hehe

Daaaaaaaaaa..

4 Magic Words:

Rin Maira said...

tq atas doa anne ya...

klebang tu tempat yg ada pasir2...dlm video klip aman af2014 tu kan....

nuyui a.k.a miss YUI said...

Aihh bilalah dpt p melaka..

misskirokuza said...

anne aku pon lom pnah g kapal bosar tu hahahahahhaah :p

LYAfrina said...

Bestnyer jalan2...
Kapal selam..antara aset negara y akhirnya dijadikan pameran.. tp xpela..ada jgk hasil bila pelancong dtg kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...