Monday, April 27, 2015

Hantar pengantin di banglo yang seremmmm...

Assalamualaikum...

Saspen tak tajuk aku? Hahaha saje buat poyo tapi serius kalo korang nak tau pengalaman seram seram manja aku ni marilah teruskan pembacaan. Aku tak taulah entry ni akan jadi entry panjang ke pendek.. Layan jelah ye. Tengah ada mood nak menaip ni baik aku teruskan..hehe

Ini citer bulan lepas masa hantar adik ipar aku kahwen belah lelaki kat pasir mas Kelantan. Macam yang aku bagitau sblm ni, khamis malam aku gerak dari KL ke Kuantan dan dari Kuantan aku tunggu family mertua dtg bawa family aku dgn anak2 sekali. Malam tu jugak lebih kurang pukul 1 pagi kami gerak 2 kereta dari Kuantan ke Kuala Terengganu. Hari Jumaat dalam pukul 3ish kami gerak 2 kereta ke Kelantan. Sedara mara belah terengganu akan dtg esok. Jadinya kitorg je (family aku dgn family mertua) yang akan tido kat Kelantan sbb family pengantin lelaki dah sediakn homestay. Banglo katanya..

Kami sampai ke banglo tu dah hampir maghrib dalam 5-10 minit lg nk maghrib so keadaan hampir gelap. Sampai2 je kat banglo tu dah mula rasa semacam sbb banglo tu old skool punye banglo. Memang besar tp creepy. Faham tak maksud aku. Banglo tu warna putih pastu dalam die kebanyakan barang adalah barang lama. Tapi bukanlah usang mcm tahun 50-an punye tu cuma nampak macam dah 15-20 tahun punya banglo. Sama mcm kalo ko tengok drama tahun 90an mcm tulah dalam die. Kepala otak mulalah fikir tak best tp spesis aku ni tak suka ckp. Orang kata jgn celupar mulut. Tapi since kami ramai so takdelah takut sgt. Lepas mandi2 sembahyang maghrib, kami keluar sebab nak ke wakaf che yeh.. dah alang2 sampai Kelantan mestilah pergi ye tak.


Berpusinglah kami kat wakaf che yeh tu. Aku tak beli apa sgtpun sbb esok nak ke rantau panjang pulak. Aku beli seluat batik je kot dgn baju kelawar tu.. Dtg jauh2 dgn byk giler brg best2 last beli baju tidur je..haha.

Mak aku beli skirt. Abah aku sibuk beli buah2an. Manggalah kundanglah, asam jawalah.. macam2.

Yang ni sibuk berselfie pulak..

Boringlah tu sbb mama sibuk membelek kain. Tapi aku ni belek je lebih, belinya tak. dahlah masa gi Kelantan ni belum gaji lg so mood nak shopping beria tu yilek..

Balik dari wakaf che yeh lebih kurang pukul 11 lebih. Mata aku dah ngantuk so balik2 je memang tido. Aku tak tau yang lain tido pukul berapa. Malam tu tido memang lena sbb penat dan ngantuk. Yelah semalam pukul 4 pg baru smpi Terengganu pastu pagi dah bangun.. Memang takleh tahan. Nasib baik tak jadi papa walaupun suasana rumah tu memang semacam. Aku risau gak kalo2 aku bukak mata je tercongok benda bukan2 depan aku..hahaha tapi selamat sampai pagi..

Pagi tu kami sarapan nasi dagang Kelantan yang dibeli oleh biras aku. Lepas sarapan kami bersiap2 untuk majlis kahwinnya sbb majlis tu mmg dibuat kat banglo tu. Pihak lelaki sewa banglo tu untuk kenduri sbb rumah diorang kecik so xde ruang. Khemah semua pasang kat luar banglo. By the time orang datang kami dah siap khemas dan pindahkan brg masuk kete sbb lepas je habis majlis terus nak cau cin cau pergi rantau panjang. Masa tengah lepak2 mak mertua aku tanya
"Sapa bangun mandi malam tadi?"
"Mana ada sape bangun mandi. Faiz adalah bangun gi kencing dalam pukul 5 lebih tu"
"Mak dengar orang mandi. Ingatkan Abang ngah mandi. Mak siap jerit suruh pasang air. Pastu along marah suruh mak diam jangan tegur"
"????"

Nasib baik dah siang.. So takdelah seram sgt. Bila family pengantin lelaki dtg, diorg tanya okay tak tido semalam. Aku jawab okay jek sbb memang aku tido nyenyak kepenatan. Diorang sengih je.. So majlis pon berjalan seperti sepatutnya...

Sebelum berarak ke meja pengantin amik gambar dulu...Panas woii masa ni.. Yang bestnya diorg tanya aku ni sapa? Aku ckplah aku akak ipar pengantin pompuan. Pastu diorg ckp mudanya akak ipar.. haha mudalah sgt. Adik ipar aku muda 7 tahun kot dgn aku.  Dahlah masa majlis kat segamat haritu student adik ipar aku ingat aku ni adik die.. Kah kah kah nampak sgt aku boleh pergi ke umur 22 tahun dgn muka ni.. Padahal dah bmw 3 series dah. 




Kat sana takde bersanding. Just berarak pastu makan damai. Berarak pon xde kompang cuma diorg pasang lagu kompang je..

So habis makan, lepak2 sat kami pun terus salam2 cau cin cau ke rantau panjang...Itu je tujuan nak gi Kelantan sbb nak gi rantau panjang..hahaha. Kat rantau panjang langsung xde amik gambar weh. Yelah aku sibuk dgn Suci, husband handle Kasyah. Mcmlah byk masa nak bergambar...Lagipun panas terik kot. Xde mood aik nak posing sana sini. Kat rantau panjang aku cuma beli narita, t-shirt sehelai sbb t-shirt nak pakai dah habis, kuali, emas celop dgn sedikit tidbits. Itu je. Tapi mak mertua aku dgn tok shopping tak hengat punya.. Penuh bonet kete siap kena cukai..hahaha. Dalam pukul 6.30 kami gerak nak balik ke Kuala terengganu dan esoknya aku sefamily balik segamat. Sempatlah bawa family aku gi pasar payang jap. So habislah trip Kelantan tu...

eh jap jap.. So apa yang seram??? Okay meh aku citer.. Masa kat sana lepas mak mertua aku citer die dengar org mandi malam2 buta tak tau pukul bape, kitorg tak kesah sgt sbb dah siang dahpun dan kami nak balik dah. Alih2 2 minggu lepas masa aku balik kg nak hantar baju raya tu mak akupun bukak cerita. Inipun adik ipar aku cerita kat mak aku sbb seminggu lepas majlis kawen tu, diorg balik segamat singgah umah mak aku dulu sbb kunci umah mak aku simpankan. 

Rupanya bukan mak mertua dgn akak ipar aku je yang dengar orang mandi tengah2 malam tu, abang aku pon dengar jugak. Family aku tido kat bilik bawah. Aku dan yang lain2 tido kat tingkat atas. Bilik aku dgn bilik family mertua berkongsi bilik air. Tu yang diorg dengar dan ingat husband aku yang bangun mandi. Yang abang aku pulak die terjaga nak terkucil tp die dengar ada orang bancuh air kat dapur. Bilik bawah tu attach dgn bilik air dan sebelah dgn dapur. Pukul 3 pagi sape pulak nak bancuh air???? Terus die tak jadi bangun dan tahan kencing sampai ke Subuh.. haha.

Lepas tu, family pengantin lelaki tanya okay tak tido sbb diorang nampak hantu tu sendiri.. Huwarghhhh sib baik kitorg tak nampak weh. Diorg semua nampak pompuan baju putih rambut panjang naik tangga pergi tingkat atas... Hoii seram hoiii... Meremang bulu roma masa mak aku cerita.. Maknanya betul firasat aku yang rasa semacam je dlm banglo tu. Dahla ada gambar2 owner agaknya (gambar lama tahun 90an punye) yang setiap kali aku tengok aku rasa lain mcm. Gambar tu mcm hidup tau. Arghhh ni apasal aku citer aku yang seram ni????

Eh panjang pulak entry aku hari ni... Okaylah

daaaaaaaaaaaaa

4 Magic Words:

Fai Nardir said...

nasib baik lah tahu cerita sebenar bila dah balik.. kalau lah tahu cerita ni masa kat homestay tu juga, mau terusss cabut je semua orang. Syukur takde yang nampak kelibat hantu tu kan.. nauzubillah..... Fai memang penakut, "allergic" bila dengar cerita hantu ni. hihi...

Zee Suhaini said...

walaupon zee ni orang kelate anne, percayalah baru sekali jer pegi wakaf che yeh..
rantau panjang pon gitu gak..huhuuu sadiss..

aTieYusof Family said...

erkkk... seram lah Anne..klu sy mesti tak tido dah semalam tu...huhu

mrs adam said...

naseb baik cite seramnya tahu keesokkan harinya kan.klu tak mesti tak tdo mlm jawabnya.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...