Tuesday, April 28, 2015

Majlis kahwin adik iparku.

Assalamualaikum...

Patutnya aku citer pasal majlis kahwin adik ipar aku ni dulu sblm citer pasal rombongan bertandang tp sbb semalam mood memang nak citer psl citer seram tu terus up citer tu dulu... Apa bangang ntah hari ahad tgh2 gosok baju tetibe teringat citer tu terus seram.. Ko apehal tengah2 hari buta seram? Poyo betul..hahaha tu yg semangat nak citer pasal hantu tu..kahkahkah..

Masa majlis kenduri adik ipar aku ni which was during cuti raya cina, memang tak banyak gambar yg aku amek. Inipun husband amik sesikit. Giler busy kot. Mana sempat nak kelek henpon klik sana klik sini. Pagi2 dalam pukul 8 aku gerak ke rumah mak mertua aku. Anak2 tinggal sbb nanti mak abah aku bawa tghari sikit. So pagi2 tu tugas siapkan buah untuk makan damai. Aku dgn husband sponsor makan damai so dari main course sampai desert kami sediakan tp aku tak buat semualah. Lauk2 sume aku tempah je. Mana sempat weh nak masak. So aku cuma sediakn buah dgn puding cocktail. Puding cocktail tu pagi2 aku buat kat rumah mak aku. Gubah buah gedebak gedebuk dah pukul 11 lebih. Cepat2 bersiap gi mandi tukar baju cantik2. So dlm pukul 1 kami gi amik lauk dan siapkan meja makan damai..

Menunggu nak berarak dgn kompang dipalu pengantin malu.. eh ternyanyi pulak. :p

Dah nak sampai balai raya.. Kami org Johor so memang ada sesi pungut tol. Akupun menyibuk gak nak amik tol.. Tp serius gambar mmg takde. Gambar kat official photographer lah ada. Kuasa sgt aku nak gi amik gmbr letak dlm ni. 

Masa untuk menepung tawar. Masa ni aku dah sibuk kat meja makan damai.. 

Yang ni candy buffet. 

Ni lah buah yang aku buat. Aku buat fruit bouquet tp syg tak amik gambar lepas bukak. Gambar makanan pon aku tak sempat amik. Yelah aku ni dah jadi ketua hidang dah. Sib baik ada sepupu2 husband tolong jugak. Mana nak hidang air, nak hidang cocktail.. Tapi yg bestnya diorg ckp cocktail aku sedap.. Hehe banggo den. Adik ipar aku lagi best, die pergi ckp semua lauk tu aku yg masak.. Hahaha lagi takleh blah..

Lepas habis makan diorg teruskan dgn sesi bergambar... Lepas rombongan pihak lelaki balik, kami pulak serbu meja pengantin untuk makan. Aku sampai masuk angin kot sbb makan tak ikut time. Habis majlis teruslah berkemas kat balai raya tu. Angkut sana sini dgn sakit perut masuk anginnyer lagi.. Dlm kul 7 aku terus balik umah mak aku. Husband banyak lagi nak kemas. Aku dah takleh tahan sakit perut so balik sorang. Die pandai2lah balik. Anak2 mmg family aku jaga. Diorg dah balik dulu.  See langsung takde gambar aku dgn anak2kan sbb mmg xamik. Tapi adalah gambar dgn pengantin guna kamera rasmi. Jadilah dari takde...


Habis dah kawen semua adik beradik husband. Kalau adepun lepas ni akak ipar akulah kawen lagi..hehe. Okaylah.. daaaaaaaaaa

p/s: perut memulas pulak

4 Magic Words:

eima said...

kenduri adik ipar ai pun ai tak update ...sbb dok kalut2 pastu lupa terus ..... laa dah tgu hari dah nk dpt ank buah baru .... hehehe


lawa la gubahan yg anne buat tu

nuyui a.k.a miss YUI said...

cntik warna bju pgntin.. terang.. haiii untunglah ada akk ipar pndai deko2 gubah buah..hehe

Fai Nardir said...

tema pink putih.. cantikkk.. suka warna baju pengantin perempuan. hihi :-)

mrs adam said...

rajinnya jadi ketua hidang,klu saya mesti tak reti.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...