Thursday, May 21, 2015

Ketam cili di hari ibu.

Assalamualaikum...

Cemburu jugak aku sana sini orang update pasal hari ibu. Gi celebratelah, dpt hadiahlah. Paling jeles bila dpt kad hari ibu dari anak-anak. Aku? Hari ibu sama je macam hari selasa, jumaat, hari-hari.. Ha sama je. Aku tanya Kasyah, die takde kad ke nak bagi aku. Selamba je jawab takde.. huwarghhh nape kat school xde buat kad hari ibu?? Ke aku sorang je yang tak dpt??? nyampah tau.. So berbalik pada hari ibu, aktiviti aku hanya duduk rumah jaga anak sbb husband sibuk pergi kelas. Lepas tu die mmg hampeh bab2 bagi hadiah ke sambut pape ke. Jgn haraplah nak ada element of surprise. Memang haramjadah.. hahaha. Ucapan hari ibu pun lepas aku tanya pastu ucap pon main2. Jadinya dah boleh expectkan kalo hari bapa aku buat apa? Buat BODOH jelah... Motif aku nak sambut????

Dah alang2 tinggal kat rumah pastu ade ketam aku beli kat pasar haritu, aku masaklah ketam cili. Memang syedap syangat uolss. Resepi ni bapak aku bagi sbb die kalo ketam masak cili mmg terbaik. Aku pernah share sebelum ni tapi takpe aku share lagi. Masak ketam di hari ibu pastu makan sorang2. Perghhhh nikmat mana yang mahu kudustakan (insert emoticon nangis guling2 kat sini).


Ketam cili/ Chilli crab

Bahan2.
Sudah semestinya ketam (Aku buat 3 ekor besar2)
4-5 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bwang putih (kisar)
Cili kering kisar (ikut tahap pedas yang disukai)
1 inci halia (hiris nipis)
3 sudu besar sos cili
2 sudu sos tomato
1 labu bwang besar hiris
garam
gula
minyak utk menumis

Cara
1. Ketam dibersihkan. Lebih senang potong 2 sbb ketam besar susah nak kacau dlm kuali.
2. Panaskan minyak (gunakan minyak zaitun utk kesihatan optimum) dan tumis bawang hinggah naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan halia dan tunggu hingga pecah minyak (cili garing).
4. Masukkan sos cili dan sos tomato. Tambah sedikit air utk berkuah.
5. Perasakan dgn garam dan gula. Dah cukup rasa masukkan ketam dan kacau sebati hingga ketam masak. Jangan lupa masukkan bawang hiris sekali.
6. Siap dah. Kalau aku ketam cili ni ada kuah sikit tapi bukanlah banjir mcm asam pedas tu. Hirup kuah die mmg syahdu tau.

Arghhh lapar balik tgk gambar ni.. 

Pagi tu aku buat jemput2 bilis je cicah sambal sardin. 

Okaylah..daaaaaaaaa

4 Magic Words:

aTieYusof Family said...

salam anne..
takpelah manatau thn depan Kasyah bagi Kad Hari Ibu.. hehe..pasti touching nti nya..
sedapnya ketam masak cili.. lama tak mkn ketam..hehe.

SweetLikeWhat said...

alahai kak..sedapnyeee..lapar tengok

LYAfrina said...

aumm..sedap nyer..feberet ketam ni..tp kna pntang lg mkn seafood..

Miss Kirokuza said...

anne mcm mne nk buat jempot2 molat mcm tu???ajo le

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...