Tuesday, May 19, 2015

Kuih deram/peneram/denderam/derang or whatever u call it.

Assalamualaikum...

Sapa suka kuih deram??? Alah kuih bulat2 yang kadang2 orang panggil telinga ke***g.. Nama berbeza2 mengikut tempat. Aku mmg dari kecik dengar mak aku cakap kuih deram... So kuih deramlah namanya. Aku masa kecik2 suka giler kuih ni. Asal pergi raya nampak kuih ni mmg aku hadaplah sebalang. Masa tu aku tak suka tart nenas. Jadinya sebabkan aku suka kuih ni, kalo gi pasar malam, most of the time mmg aku akan beli kuih deram Rm5 35 biji. Pastu makan dlm kete dgn anak2 dan bila balik rumah tgh2 malam Kasyah dtg kat aku ckp "mama, along dah abiskan kuih mama." Huhuhu sadis..hehe. Dek kerana aku tgk Kasyah mewarisi minat mendalam aku pada kuih deram ni, perasaan nak mencuba buat sendiri menjadi membuak-buak. Agaknya inilah perasaan yang sama mak aku rasa dulu masa die sibuk2 gigih buat kuih ni. Tapi guys, kegigihan mak aku mmg bernoktah. Seingat aku 3 kali die try buat, 3 kali boleh baling ke dinding. Keras baq hang. Aku nak gigitpun tak boleh.. hahaha so mak aku give up. Akupun jadi takut nak try.

Tapi di zaman teknologi ni, google je boleh dpt pelbagai versi kuih deram. Baca dan pahamkan. Dah paham jom buat. Aku try resepi simple kat sini. Gigihlah masa cuti hari pekerja balik kg buat kat kg. Mula2 masing2 memandang enteng usaha aku nak buat kuih deram sbb diorg takut pisang berbuah 4 kali..wakakaka.. Family aku menghanjing aku kuih keraslah, baling dindinglah, dinding pecahlah.. Hampehkan semua. Tapi ah tak kira. Nak try jugak. Tak jadi belakang citer. yang penting aku try. Aku buat separuh dari resepi asal. Takut gak nak buat byk2.

Kuih deram

Bahan2:
500g tepung beras (1 peket blended rice flour)
500g gula merah
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan (sekiranya ada)

Cara2.
1. Mula2 aku masak gula merah dgn air. Masak sampai gula larut.
2. Pastu tuang ke dlm tepung yang dah siap diletak dlm bekas. Memang tuang panas2 tapi janganlah kau 'pandai' sangat panas2 tu gi gaul pakai tangan. Pastu takyahlah tuang semua sekali harung. Sikit2lah. Kang terlembik pulak.
3. Kacau adunan guna senduk (ikutlah guna apapun. jgn guna tangan sudah) sampai die jadi doh. Menurut petua mak aku (pandai mak aku bg petua pdhl die buat tak jadi pon..wakakaka) adunan tu die tak keras dan tak lembik tp mcm meluncur je.. Payah pulak nak terangkan. Senang citer adunan tu die kalo ko letak die mcm mengembang.. Paham tak? Tak paham dah. Aku tak reti explain.. :p
4. Buat bulat kecil bulat kecil bulat yang besar, syg mama syg papa syg semua... eh eh ni apsal ade lagu pulak??? sila abaikan step ke4 ni...hahaha
5. Buat bulat2 dan leperkan atas tapak tgn. Amik chopstick buat lubang dan goreng. Base on my experience, lps buat tu kena terus goreng. ko jgn nak buat byk2 pastu gorg. nnti xjadi. Goreng sampai masak. makan panas2 sedap wooo...

Yay tak sangka menjadi.. Debor2 rasa masa nak goreng takut jadi keras kejung...sekali tgk elok je die mengembung... weeehuuuuuu... Mak berjaya uols.. Terus menari2 kegembiraan sampai kena sound dgn mak aku.. Eleh sebenarnya mak aku dengki sbb aku buat jadi..kahkahkah...(mmg tak senonohpon menari2 mcm org gila kat depan kuali sbb tu mak aku sound..:p)

Kembang bontot dek bangga dengan diri sendiri.... Kerana itu berat aku naik 2 kilo.. dush rasa nak pitam 18kali...huwarghhh

Over letak dua gambar...kahkahkah

Kasyah ngulang sampai habis sebalang... Siap suruh amik gambar die sambil makan kuih deram...


Sorry gambar agak seksi. Diharap tiada yang report gambar ni ke SKMM...


So kalau korang suka bolehlah cuba.. Ade jugak resepi letak tepung gandum tp yg tu aku tak try lg.. Raya ni mungkin nak buat kuih ni kalau rasa gigih nak duduk depan kuali sampai rentung.. Tapi kalau tak aku suruh mak aku order je...kehkehkeh.

Daaaaa..

p/s: saya agak sibuk 2-3 hari ni. Sorry kalo tak jengah. Nnti ade masa i pergi rumah uols ye.

12 Magic Words:

aTieYusof Family said...

wahhh Anne menjadi erk kuih deram.. sedapnya..kat sni susah nk jumpa klu ada pun yg besor2...masa kt smnjg dulu rajin lah makan..boleh simpan resepi ni, kot2 rajin nk cuba..hihi
abg kasyah suka mkn erk...:)

Zee Suhaini said...

hepinya kalo buat terus jadi..tu yang semangat lain maciam..
slalo engok kat pasar malam tp tak suka sangat kuih ni..

adda syuhada said...

susah nak dapat kuih ni...cukup menyelerakan..

nusha fasha said...

Wah terror akk buat.. yui pggl peneram. Kdg pggl telinga ***. Haha

FiZ aka Miss Pija said...

kuih fav saya jugak nik kak! saya panggil kuah peneram. lebih kurang la tu.hehe. tapi mmg kalau makan panas2, rangup2 di luar, melting di dalam. ahakz.tapi dah lama tak makan.dah jarang jumpa orang jual. eh..ke saya yang jarang keluar g pasar :p

Fai Nardir said...

wahhh senang je rupanya resepi kuih deram ni.. bolehhh la fai buat.. fai memang sukaaa giler dengan kuih ni...

Eka Tikah said...

kite panggil kuih telinga keling. hehe. suke yg kecik2. sedap jee ^^

LYAfrina said...

feberet asya ni.
sini sebut kueh derangg

mrs adam said...

ada org panggil kuih telinga keling.huhu
pandainya awak buat!bole la tempah.hihi

bil bil said...

resepi kuih

Nurul Syuhada said...

Assalamualaikum.. sebelum goreng tu, adunan tu kena perap ke?

AnneRaini said...

nurul syuhada: sy tak peram. terus goreng je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...