Wednesday, May 20, 2015

The journey to my slim phase..

Assalamualaikum..

(Amaran: Entry harini adalah sgt panjang. Nak baca silakan. Xnak dah.)

Tajuk poyo tak hengat. Slim phase konon padahal... dah malas cakap. hahaha. Aku ni nak kata dah kurus sangat tu tidaklah. Tapi keciklah sikit dari awal tahun haritu. Meh sini nak cerita perjalanan aku nak kurus ni. Lepas jer bersalinkan Suci, aku terus menjaga pemakanan. Konon sangat. Dalam pantang aku dah jaga dah. Nasi aku makan sekali sehari. Pagi sarapan minum milo/horlick dgn biskut 2 keping. Tengahari makan nasi sesenduk dgn lauk rebus ke panggang ke. Petang kul 3-4 gitu minum ptg sama mcm makan pagi. Pukul 6 makan malam tp biskut jugak or roti. Itu je rotate setiap hari sampai habis pantang. Memang turun 10 kg masa tu.

Oh ya lupa nak bagitau, berat aku masa pregnantkan Suci mmg lebih sikit dari Kasyah. 82kg hokeh. Lepas bersalin 77kg. Ek, 5kg jer Suci dgn air ketuban sume? Arghh stress. Dulu masa Kasyah lepas bersalin 74kg. So lepas pantang aku naik keje dgn berat 67kg. Diet tidak berhenti setakat itu. 67kg kot. So teruslah maintain jaga makan. Nasi aku masih makan tapi sekali sehari. Akukan masih bf Suci. Xnaklah drop susu. Berat aku turun secara semulajadi sikit-sikit sampailah aku cecah 58kg. Wah bestnya. 19kg dah hilang. Tapi walaupun aku turun 58kg badan tak berapa nak fit. Kiranya aku loss kg tp xberapa lost inci. Tak kesahlah. Lepas raya berat aku naik balik. Tapi maintain dalam 59-60kg. Sampailah dah masuk bulan januari aku stress sbb berat stuck kat situ. Ala camne ni...

So fikir punya fikir tak boleh jadi ni. Kena jugak turunkan berat sbb aku nak pregnant lg. Kalo skrg gemuk, possibility utk lagi gemuk masa pregnant adalah sgt tinggi. So lepas fikir, aku decide nak buat diet atkins. So aku start induction atkins 1 Mac haritu. Berat starting 59.9kg. Lepas seminggu berat turun jadi 57.2kg. Bestnye. Akan tetapi.... jeng jeng jeng.. Aku period pulak so berat naik balik jadi 58kg.. Hoiiiii nyampahnya. Sampai habis induction dan aku habis period berat statik kat 58kg.. Benci!

Aku teruskan fasa 2 tapi seriously penurunan sgt slow. Aku perasan diet atkins ni, kalo awal2 dah tak makan segala carbo gula sume tu, once ko makan je berat ko akan naik balik. Ini badan akulah. Die mcm ko mkn 1 gm coklat pon berat ko akan stuck or worse naik 300-400gm. Eh, mana boleh jadi. Sepanjang sblm aku start atkins ni, aku makan nasi ke cekelat ke apa ke elok je aku maintain berat 59-60kg tu. Tapi lepas atkins, terus xboleh maintain kalo termakan walopon sesudu nasi. So aku buat kesimpulan atkins tak sesuai utk aku. Aku boleh jadi gemuk kalo aku tak follow diet betul2. Aku tak plan utk terus beratkins lepas kurus. Aku cuma nak mkn mcm biasa dlm kuantiti yg aku jaga. Faham tak? So aku just tukar diet plan kepada diet seimbang. Carbo, protein, vitamin, lemak, gula sume tu ada dlm diet aku. Kuantiti adalah seperti yang diperlukan tubuh. Alhamdulillah walaupun tak drastik mcm atkins tapi oklah. Skrg ni dah jadi 55-56kg. Tapi walaupun mcm tak banyak turun tp inchloss aku mengkagumkan. Sbb aku dah boleh pakai baju2 lama sblm pregnantkan kasyah. Okaylahkan. Yang penting nampak kurus. kehkehkeh.

Apa yang aku makan? Mostly lauk jelah. Nasi hujung minggu je. Air manis aku tak amik. Aku minum air putih 2 liter sehari. Coklat, jajan, biskut, roti, kuih muih semua aku makan bila teringin. Bukan hari2 dan bukanlah banyak. Hilangkan teringin je.

Ini antara yang aku makan.. Tapi itu kalau rajin.. Selalunya, aku makan apa yang ada je. Kalo aku masak asam pedas so aku makan asam pedaslah. 

Ada masa aku buat excersize sikit. Zumba ke, squat ke, tapi yang light2 jelah.  Inipun dah lama tak buat sbb skt kaki..huhuh

Tahun lepas dan tahun ini..hehe. Pipi tu tak tahan..huhuhu.


Jadinya itulah journey to my slim phase. Aku ni takdelah kurus sgt tapi kategori normallah dgn ketinggian aku ni. Bab bontot besar tu takleh buat apa sbb tu aset.. hahaha. Plan asal nak turunkan bawah 55kg. So target sblm raya ni kalo boleh nak sampai 52kg. Nanti raya mesti makan byk so bolehlah maintain 55kg lps raya..kihkihkih. Lepas ni kite plan bile nak pregnant pulak ye.. kahkahkah..

Daaaaaaaaaaa...

p/s: Aku tak kondem diet atkins cuma diet tu tak sesuai utk badan aku.

13 Magic Words:

adarnadzmie said...

wahhh...tahniah dik... memang sgt berjaya atas usahamu....

Muzai Samilan said...

uihhh..52 kg tu sama dah ngan berat aku..keep iit up anne.. aku pun kena kawal gak ni sbb anak xde tp badan naik plak..sedihhh seriau sume ada..haha

Nieyl said...

wah!tahniah...:)

aTieYusof Family said...

perh mmg kagum dngn semangat Anne diet ni.. adui atie ni ntah bila nak start..ada bos kt sini diet atkins jg tapi tak menjadi..mau 3bln jg dia try..
sy ni mcm klu kurang mkn nasi boleh kurus, cuma tulah skrg dah tak tahan lapar lah..haha

Fai Nardir said...

bagusnya akak ade kesungguhan untuk diet.. jaga makan, minum air masak 2 liter sehari. rata-rata yang fai jumpa, majoriti cakap NAK DIET.. tapi diorang sendiri tak pantang makan, makan yang manis2, minum air masak pun kurang. kalau makan supplement pun takkan membantu..

Eka Tikah said...

wahh ade perubahan. hehe. share tips kak :P

AnneRaini said...

muzai: aku harap puasa nnti boleh turun berat. aku nak mkan banyak time raya..hahaha

AnneRaini said...

fai: tulah fai, air masak 2 liter sgt membantu tau...lagi2 kalo amik supplement.

FiZ aka Miss Pija said...

gaya senyum lain kak...haha.tapi serius memang nampak pipi tu lain lah.

aduh..bila nak start diet ni. motivasi oh motivasi.

LZ - The Blog Owner said...

Nampak perubahan pada AnneRaini.. teruskan usaha..
Bab minum air 2 liter sehari tu sgt mencabar pada saya.. hehehe

SweetLikeWhat said...

TAHNIAH KAK!DAH BERJAYA KURUS!

LYAfrina said...

kata org nk body cantik..masa pantang tu waktu terbaik..kna jaga btul2 pmakanan..paling penting setiap kali makan, pastikan pkai bengkung..bru perut x buncit...

lya amalkan jugak infused water..mmg berkesan..

tp skarang berat lya turun dlm 7kg sejak operation tu.. hehe.. nk jaga la, supaya maintain..

mrs adam said...

bestnya dah kurus!sy ni bila la nk kurus,nk jaga mkn byk betul dugaan.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...