Tuesday, June 23, 2015

Edisi potong kek

Assalamualaikum...

Hari ke-6, masih lagi gagah berpuasa sbb aku ni selalunya masuk minggu ke-3 mesti dah lesu dah. Memang selalu gitu. Setakat ni aku masih masak hari2 untuk berbuka. Memang takde plan nak beli makanan kat bazar. Beli kuih muih bolehlah. Semalam gi beli kuih. Aku cuma teringin nak makan cucur udang tapi standard ah dah nampak mcm2 last2 berjenis jugak kuihnya. Tapi beli sikit2lah. 2-3 ketul je. Setakat semalam, aku berbuka bertemankan air suam. Nikmatnya minum air panas weh. Walaupun just air kosong tp lega sungguh. Husband sorang je minum air manis. Aku setia dgn air suam. Tak terliur pulak tgk air batu tu. Lagi terliur tgk air suam..hehehe.

Minggu lepaskan besday Kasyah. Since hari tu puasa so aku xde plan nak sambut sgtpun. Just bagi dia seronok potong kek. Itupun cari kek yang kecik. Sampai skrg ada lagi. Diorang je pun yang makan. Aku tak kuasa nak makan malam2 sbb aku mmg jenis makan time berbuka je. Takde nak makan lagi malam tu. Husband pulak beli KFC sbb Kasyah suka ayam KFC. Aku top up dgn nasi goreng sbb nasi pagi tu ada lagi. Kan kitorg sempat makan kurma je so nasi yg ada tu aku gorenglah.

Kek coklat cherry beli kat Baker's Cottage. 

Beria tiup lilin. Seronok die dapat potong kek. Hadiah belum beli lagi. Tunggu gaji nanti.

Suci standard ah nak sibuk gak..hehe.

Okay masa untuk potong kek.

Haip adik jangan usik kek along tu. 

Makan kek bersama2. Suci tak habis2 cakap sedap. 

Kasyah pulak cakap "Sedapnya kek ni. Terima kasih mama". Ah terharu mak nak. Kasyah makan 4 potong kek hari tu. Aku yg tengok pon rasa penuh perut.. hehe


In sha Allah kalau balik kg ni, ada rezeki kite potong kek kat kampung pulak ye. Sayang Kasyah.

Daaaaaa....

4 Magic Words:

eima said...

muka adik ngan kasyah tu sama la ..iras betui la ...kan kan
betui air suam paling sedap ... dah 5 hari dah berbuka minum air suam

wahida said...

selamat hari lahir kasyah...
auntie tengok kek awak tu terliur la hai...
sabo je la...tempting giler...

Muzai Samilan said...

happy birthday kasyah..aku pun setakat ni alhamdulillah rajin lagi masak.. selalu minggu ketiga baru muak nak masak..hehe

aTieYusof Family said...

alo..lo..suka Abg Kasyah makan kek ya.. kegemaran kot..
moga Kasyah terus membesar dgn sihat..
rajin Anne masak kan.. semangat tu.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...