Wednesday, June 3, 2015

Meatball Ikea for the first time.

Assalamualaikum...


Bulan lepas aku beria2 ajak husband pergi Ikea sbb nak beli rak besi untuk store. Stor kat rumah aku tu dah penuh sesak dah. Kalo masuk mmg boleh sesat. Jadinya marilah pergi Ikea sbb aku tgk kat katalog rak besi tu baru RM39.90. Sambil2 tu nak tgk rak kasut kot2 berkenan. Ada juga barang2 lain yang nak tengok. Aku ni jaraaaannggg sangat pergi Ikea. Kalau takde yang betul2 nak cari mmg tak pergi sbb jauh kot. Last aku pergi Ikea masa aku pregnantkan Suci. Lamakan. Dah nak dekat 2 tahun.

Sebelum ke Ikea kami ke sekolah Kasyah dulu sbb nak jumpa teacher dia. Alah konon hari amik report card ler tu tp takde report card pon. Kasyah nak kena work hard menulis dgn Math. Tulisan die mmg mewarisi papa betul. Tak cantik langsung.. Kahkahkah. Lepas meeting tu, kami terus gerak ke Ikea. Dalam pukul 10 lebih sampai. Itupun dah ramai orang.

Amik gambar bukan nak panggil. Dah tak senyum..huhuhu. Ni je weh sekeping gambar aku. Kuasa sangat nak beria bergambar. Aku bukan nak buat ads.. hehe

Ini meja sisi. Harga Rm29.90. Ade 3 warna. Hitam, putih dgn pink.. Geram tengok so amik seketul. Nak buat meja kopi kalo tetamu dtg. Xmo meja besar2. 

Baru jalan kejap, Suci dah crancky. Aku lupa nak sediakan umpan dia. Suci ni kalo nak bagi die diam kena bagi dia makan. Tak kesahlah apa asalkan makanan. Selalunya biskutlah. So kebetulan jam dah pukul 11 lebih, perut husband lapar sbb sarapan tadi Kasyah habiskan makanan die so kami pun decide utk makan. Festime kot makan kat Ikea. Tak pernah pon makan kat sini sbb selalunya sesak. Tapi since nampak mcm ok dan beratur pon tak panjang sgt, jomlah try.

Kebetulan masa aku pergi tu, skrin menu die rosak. So aku yang festime ni agak terpinga2 jugak nak beli apa.. Tapi aku gamble je sbb aku nak try meatball tu. Pastu lain2 amik sendiri.. Aku amik meatball 10 ketul, roti dgn mushroom sup (sedapnye), muffin, popia dgn biskut. Popia die sedaplah. aku suka. Meatball die biasa je. Aku tak tau apa yang sedap sgt org dok sibuk nak makan sampai teringat2 tu. hahaha.

Ini budak dua beradik pulun makan muffin. Murah je muffin tu. Rm1.50 je kot. Lupalah. Dah dekat sebulan pon kan..

Makan bersungguh2 sampai habis. Bagus.



Lepas makan gedebak gedebuk amik itu amik ini, habis jugak dekat Rm300 beli brg ikea ni. Ingat nak share stor aku sblm dgn selepas tp mcm malas pulak..haha..

Okayla itu je. Tetibe mcm mati kutu tak tau nak citer apa.. Daaaaaaa

p/s; Malam2 rindu anak2.

9 Magic Words:

lieyalatif said...

kalo ke ikea wajib makan meatballs, ciken wings ngan popia die....slurpppp!!

nuyui a.k.a miss YUI said...

kenapalah di ipoh tkde ikea.. jelessss

Rin Maira said...

x pernah pun merasa meatball ikea ni....
pernah makan meatball abang burn yg famous dulu..
tapi tekak rasa biasa2 je....
tekak kita mmg lain2 kan...hikss

Zee Suhaini said...

setuju..popia ikea memang sedap..kitorang pon kalo pegi mesti amek popia ngan ciken wings..meatball baru sekali try..tak bape nak kena sangat ngan tekak..

safurara said...

pergi ikea best kan! lama x pegi, suami xnk g sama sbb sesak dia kata.meja sisi tu skrg ni tesco and giant pon ada tiru.

SweetLikeWhat said...

alalala cute sgt dua beradik ni ha..akak saya suka meatball ikea tu..tapi tiap kali lamanye nak beratur..tmpt duduk pun susah dapat..huhu

mun said...

teringin gak nak makan meat ball ikea tu..sebab ramai kata sedap..

LYAfrina said...

ramai y kata mmg best meatball tu..tringin jugakk nak merasa

budakbandunglaici said...

dah lama tak pergi ikea

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...